Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Soal Selidik

Kajian Soal Selidik: Contoh dan Penerangan

Objektif : Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk : – meramal tabiat pengguna. – mengukur tahap kesedaran serta kesediaan pembeli menerima produk baru. – mengetahui jenis ikan yang di gemari. – menerima cadangan atau komen dari pembeli. – mempromosikan jenama. – langkah awal dalam meneroka pasaran. Kaedah : Sebanyak 1500 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di pelbagai tempat.

Di dalam borang ini kami telah menggunakan skala “Sangat Bersetuju”, “Bersetuju”, “Natural”, “Tidak Bersetuju” dan “Sangat Tidak Bersetuju” bagi mengukur tahap kesedaran serta kesediaan pembeli untuk menerima produk baru. Kami telah mengklasifikasikan “Sangat Bersetuju” dan “Bersetuju” sebagai indikator pasaran sedia ada. Bagi “Natural” pula, kami klasifikasikan sebagai pasaran yang boleh di teroka. Klasifikasi bagi “ Tidak Bersetuju” dan “Sangat Tidak Bersetuju” pula adalah sebagai pasaran yang memerlukan masa untuk di teroka. Bagi meramalkan tabiat pembeli, responden bebas memilih lebih dari satu pilihan atau menyatakan sendiri pernyataan yang paling tepat dengan mereka.

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap.

Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji : Kos membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.

Responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Kemungkinan wujud responden tiada nama. Pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidiknya. Maklumat prasangka yang kurang berbanding temuramah. Hal ini kerana, adakalanya penemuramah akan salah tafsir maklumat yang diberikan oleh responden  Namun, pengumpulan data menggunakan borang soal selidik juga mempunyai kelemahannya.

Antara kelemahan borang soal selidik ialah :

Tidak semua responden yang mahu melengkapkan borang soal selidik. Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya. Gillham (2000) menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4 hingga 6 muka surat sahaja. Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi berbanding dengan menulis perkataan. Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa, memberi jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan.

Dibawah ini contoh dan saranan kajian soal selidik oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM:

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN UTM TAHUN 2017 / CUSTOMER SATISFACTION INDEX UTM 2017

Sukacita dimaklumkan Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), UTM telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan satu standard indikator untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan universiti terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan fakulti dalam UTM. Kajian ini adalah penting bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian awam yang berkesan dalam membina kepercayaan pelanggan dan seterusnya mencapai sasaran Universiti dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Mohon YBhg Prof/Saudara meluangkan sedikit masa untuk menjawab kajian ini di pautan di bawah. Kaji selidik ini boleh dibuat berulang kali untuk menilai PTJ/Fakulti yang berlainan (boleh menilai lebih daripada satu PTJ /unit yang Y. Bhg Prof / saudara pernah berurusan).

Versi BAHASA INGGERIS :
http://www.utm.my/survey-english-2017

Versi BAHASA MALAYSIA :
http://www.utm.my/survey-malay-2017

Kami juga memohon kerjasama dan bantuan daripada semua PTJ / fakulti untuk menyebarluaskan kajian ini kepada para pelanggan PTJ / Fakulti masing-masing seperti para mahasiswa (PG & UG), pembekal, alumni dsbnya. Kajian ini dibuka sehingga 31 Disember, 2017. Penglibatan semua di dalam kajian tahap kepuasan pelanggan(CSI) ini amatlah dihargai.

 

Avatar

MShahrulnizam (79)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... saya MShahrulnizam, merupakan seorang staf UTM yang bertugas di Azman Hashim International Business School (AHIBS) dulu dikenali @ "Faculty Of Management".  Berkhidmat di UTM dari tahun 1996 hingga sekarang lebih kurang 20 tahun ke atas.

Minat menulis dan berkongsi pengalaman dan sesuatu perkara sehingga tercetusnya idea untuk membina sebuah blog yang tak seberapa ini untuk dikongsi bersama.

Sekian,

MShahrulnizam
Universiti Teknologi Malaysia, 81310
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

2 thoughts on “Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Soal Selidik

  1. Pingback: Soal Selidik dalam Penyelidikan | Pascasiswazah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *