Archives for March 2019

AJK Hadiah Sambutan Hari Guru SMKTDS

Sambutan Hari Guru SMKTDS telah dibuat awal pada bulan April (18/4/2019) memandangkan tarikh 16 Mei adalah jatuh pada bulan Ramadhan. Maka, untuk sambutan ini, saya telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi AJK Hadiah dimana saya bersama rakan kelab KEBIRUS perlu mencari hadiah yang bersesuaian untuk diedarkan kepada semua guru-guru sekolah. Tema yang dipilih untuk Sambutan Hari Guru tahun 2019 adalah “Bola”. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan oleh KEBIRUS antaranya perlawanan futsal antara guru dan pelajar, perlawanan bola jarring dan lain-lain lagi

Bola merupakan tema bagi Sambutan Hari Guru SMK Taman Desa Skudai pada tahun 2019

LDP Sukan Persahabatan & Pengurusan Tatatertib

LDP Sukan Persahabatan & Pengurusan Tatatertib telah di adakan pada hari Sabtu 9 Mac 2019. Melalui LDP ini semua guru telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan bagi acara sukan persahabatan yang telah di kendalikan oleh pelajar 2 kursus Sains Sukan, Sekolah Pendidikan UTM. Melalui LDP ini saya dapat mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan guru disekolah juga mengetahui tatatertib bagi profession perguruan.

Guru Rumah Sukan Jingga

Sebagai guru Rumah Sukan Jingga, saya telah bersama-sama membantu dalam latihan rumah sukan yang di adakan pada setiap petang sebagai persediaan kepada Hari Sukan yang telah di adakan pada 7 Mac 2019. Antara tanggungjawab yang di galas adalah bersama-sama dalam setiap latihan yang telah di adakan termasuk persediaan khemah dan menjaga kebajikan pelajar rumah sukan Jingga pada hari kejohanan.

Perjumpaan pertama rumah Jingga di adakan pada 9 Januari 2019
Perjumpaan pertama rumah Jingga di adakan pada 9 Januari 2019
Bersama guru-guru Rumah Jingga SMKTDS
Harimau merupakan “Haiwan Simbolik” kepada rumah Jingga

Hari Sukan Sekolah

Hari Sukan SMKTDS telah berlangsung pada 7 Mac 2019 (Khamis). Sebagai guru sukan rumah Jingga, saya telah bertanggung jawab untuk membantu dalam persiapan Khemah dan juga makanan dan minuman untuk pelajar. Kesemua guru-guru rumah sukan Jingga telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan perhiasan khemah dan juga perhiasan untuk pelajar yang terlibat dalam acara perbarisan.

UTM Open Day