Archives for January 2020

FSSH Togatherness Day

Kepada yg pm sis semalam untuk kerja kosong tu.. Nanti sis reply k.. Tak sempat nak reply mesej u all semua.. Sis kebizian mlm td.. Ni hr ni sis masuk hutan k.. ade team building smpai petang sah 2 hp tak pegang ?? Thanks yg berminat. cume sis nak tanya.. yg nak apply kerja kosong tu dah buat research ke sis ni org nye cemana? Korang boleh tahan telinga tak?

May be an image of 11 people and people smiling
May be an image of text that says "iv UTM FSSH Tegetherness UNITE THROUGH day NATURE 15 JANUARY 2020 HUTAN REKREASI UTM H umanities.utm.my EDUCATING HUMANIZING"

#dayanaatwork2020

#dayanaacademicworld

My Supervise Style

2 jam baru siap komen bab 1-2 je..Ade lg 3 bab nak sambung komen petang t..Memg lama sebb satu thesis lengkap A-Z nak komen ni.. Tp pljr tu sempat tanya saya tadi.. “Dr, penilai thesis nanti memg macam Dr ke? Semak satu2 word by word?” ?Hakikatnya… penilai nnti mungkin lbh critical dr saya tau .. ?#dayanaacademicworld#dayanaatwork2020

Supervison Knowlage

Sebagai seorang Ahli Akademik.. ini antara kelas yg sangat beharga bagi kami.. Nak supervised pelajar yg “lebih dewasa” dan kadang “jauh lebih berusia” pun dari saya.. tu belum lg pelajar abtarabangsa… so camana nak handle?? beza tau nak “mengajar” student postgraduate dengan undergraduate or even pelajar sekolah.. its required different skills and different mental prepared ? Thats why sampai sekarang saya masih “Belajar”.. try to do the best for my students.. Dear my students out there, maafkan saya kalau tak jadi SV yg baik seperti diharapkan.. Saya newbie ?. Ni saya g kelas amik ilmu dr mentor hebat ni untuk supervised korang… ?

May be an image of text that says "U UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA IMPROVING Strategies towards effective POSTGRADUATE SUPERVISION supervisory approach! Thursday, 9 January 2020 Bilik Seminar 2, Block D06, FSSH, UTM Speaker Prof Dr. Mohd. Salleh Abu Please Register here! 口花ロ All lecturers are invited. CPD points awarded! Faculty of Social Sciences and Humanities enquiries, please contact PM Norlina at 012-7071775 norlina@utm.my"
May be an image of 1 person

#dayanaacademicworld

#dayanaatwork2020

Back to Office

Welcome Back Dayana.. Welcome back to R.E.A.L.I.T.Y ??

No photo description available.

#dayanaatwork2020

#dayanaacademicworld

Fakulti Pendidikan UTM.

Memori @ SMK Taman Desa Skudai

1/1/2019 hingga 31/12/2019

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat dan InayahNya dapat saya menyelesaikan dengan jayanya Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai selama setahun bermula dari 1 Januari 2019 hinggalah 31 Disember 2019.

              Pertamanya, sekalung penghargaan kepada pihak Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead), Kementerian Pendidikan Malaysia di atas sokongan serta kelulusan yang diberikan untuk menjalankan Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai ini

              Keduanya, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua Sek. Men. Keb. Taman Desa Skudai, Tuan Ahmad Shakir Jaafar yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sekolah ini. Beliau amat menyokong penuh untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sini bagi mendapatkan pengalaman bergelar seorang pendidik.

              Jutaan terima kasih juga kepada Pn Rosilah Mohd iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang bertindak sebagai penyelia saya sepanjang sesi latihan ikhtisas yang dilalui. Segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan amat amat saya hargai. Terima kasih tak terhingga juga buat mentor saya En Mohamad Arisa Judin. Bantuan dan pertolongan terutama berkaitan bidang Sains Komputer di sekolah amatlah bernilai kepada diri ini.

              Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan guru dan staf sokongan terutama Kelab Kebirus SMK Taman Desa Skudai. Kebaikan, kemurahan hati, kasih sayang, pertolongan dan gurau senda yang dicurahkan kepada saya akan sentiasa diingati dan dikenang.

              Buat anak didik 5 UKM, Cikgu Doakan semoga semuanya cemerlang dalam SPM 2019 yang telah dilalui seterusnya berupaya menjejak kaki ke menara gading, Insya Allah.  Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Ikhtisas. Segala pengalaman manis yang diperolehi sangatlah berharga dan akan dimanfaatkan sebaiknya dalam proses pembelajaran dan  pengajaran di IPT serta dikongsikan menerusi penulisan.

Sekian Terima Kasih, Wasalam

#latihanikhtisas2020 #dayanaatschool2019

UTM Open Day