Archives for May 19, 2021

UTM tangguh kepulangan pelajar ke kampus

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai dan Kuala Lumpur mengambil keputusan menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus masing-masing berikutan risiko penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan oleh universiti terbabit, keputusan itu adalah selaras dengan pengumuman kerajaan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini..

Pemakluman oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertarikh 11 Mei lalu menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dijadualkan akan dilaksanakan selepas cuti Aidilfitri adalah dibatalkan sehingga tamat sesi perkuliahan semester II, sesi 2020/2021.

Sehubungan dengan itu, semua surat kelulusan masuk kampus yang diterima oleh pelajar melalui sistem UTMSMART atau surat kebenaran adalah terbatal.

Permohonan baharu kemasukan ke kampus melalui Sistem UTMSMART juga akan ditutup buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Sumber : Johorkini

May be an image of ‎text that says "‎FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN Faculty of Social Sciences הרתו‎"‎