Archives for August 3, 2021

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik oleh warganegara setiap tahun. Dalam meningkatkan momentum sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan melancarkan Program Bulan Kemerdekaan yang menyajikan pelbagai program bermula 1 Ogos 2021 – 16 September 2021.

Ayuh! bersama-sama kami dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan menyertai pelbagai program menarik yang terbuka kepada seluruh warga UTM.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh hubungi Pengerusi Program Sambutan Kemerdekaan FSSH, En. Khairull Azmi bin Ishak di talian 012-7275589 / Cik Nur Nadirah binti Baharam 012-712 7571.
#malaysiaprihatin #fsshprihatin

Pertandingan Mengarang Sajak & Puisi bertemakan Kemerdekaan dan Kemanusiaan

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan akan mengadakan Pertandingan Mengarang Sajak & Puisi bertemakan Kemerdekaan dan Kemanusiaan yang berlangsung sehingga 8 Ogos 2021.

FSSH ingin menjemput seluruh warga UTM untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang. Mari bersama-sama kami dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan menyertai pelbagai program menarik yang terbuka kepada seluruh warga UTM. Borang pendaftaran boleh dicapai di pautan berikut:

Pelajar:https://docs.google.com/…/1ZV0LezgHWQYXbOvDEbyQ…/edit…Staf:https://docs.google.com/…/1tkPG0…/edit…Sebarang pertanyaan mengenai program boleh hubungi Pengerusi Program Sambutan Kemerdekaan FSSH, En. Khairull Azmi bin Ishak di talian 012-7275589 / Cik Nur Nadirah binti Baharam 012-712 7571. #malaysiaprihatin#fsshprihatin