Archives for September 27, 2021

ANUGERAH MODERATOR TERBAIK

*ANUGERAH MODERATOR TERBAIK*

Di bawah inisiatif FSSHeart, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM, salah satu penghargaan yang diusahakan ialah meraikan penglibatan staf PPP FSSH dalam menjayakan program pembangunan, dan pengembangan bakat.

Sehubungan dengan itu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan telah mewujudkan *Anugerah Moderator Terbaik* sebagai tanda penghargaan dan meraikan staf yang telah menjayakan program-program dibawah FSSHeart sepanjang tahun 2020-2021 bagi memeriahkan lagi FSSHeart Talent Convention 2021. Penglibatan dan usaha anda dalam merealisasikan program fakulti amat dihargai.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon-calon *Anugerah Moderator Terbaik.*

Keputusan pemenang akan diumumkan secara rasmi di Majlis Penutupan FSSHeart Talent Convention 2021 pada 30hb September 2021.

Kita nanti pengumuman pemenang-pemenangnya.