Archives for June 6, 2022

COVID-19

YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination: Public-Private Partnership di Dewan Serbaguna, KKM hari ini.KKM bersama ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. berjaya diiktiraf sebagai ‘MOST VACCINATION DOSES ADMINISTERED IN A DAY’ daripada Malaysia Book of Records, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sejak Februari 2021.KKM dan ProtectHealth telah bekerjasama dalam menerajui PICK sehingga lebih 72 juta dos vaksin diberi kepada Keluarga Malaysia dan pada 28 Julai 2021 dan jumlah suntikan vaksin harian tertinggi direkodkan adalah sebanyak 581, 566 dos, sekali gus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.Dalam Majlis Penerimaan Anugerah berkenaan, terdapat sejumlah 42 penerima anugerah yang terdiri daripada klinik, hospital swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan PICK. Penganugerahan ini adalah hasil daripada kerjasama strategik awam-swasta sepanjang PICK dijalankan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.Turut hadir bersama dalam Majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Dato’ Dr. Anas Alam Faizli, Ketua Pegawai Eksekutif Protecthealth Corporation Sdn Bhd dan Encik. Jwan Heah Yeow Hooi, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records.