Archives for July 12, 2023

NEXUS YOUNG RESEARCHER 2023

Assalamualaikum / Good Day
YBhg. Datuk/ Dato’, YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Saudara
Penyelidik yang dihormati.
Nexus Young Researcher (NYR) adalah satu bentuk program baru untuk pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah secara sepenuh masa di UTM. Program ini merupakan salah satu agenda JTNCPI untuk mencapai matlamat bagi menghasilkan saintis-saintis muda / penyelidik yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia.
Program ini adalah diintegrasikan dengan geran penyelidikan UTM Encouragement Research (UTMER) dan UTM Fundamental Research UTMFR 2023 yang telah diumumkan pada 16 Julai 2023.
Syarat permohonan:
1) Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2) Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk calon Sarjana dan PhD semasa permohonan.
3) Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian dari mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan atau badan penaja.
4) Dibuka untuk pelajar yang tidak bekerja
5) Dibenarkan untuk pelajar fast-track.
6) Dibuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja.
7) Dibuka untuk pelajar baru. Walaubagaimanapun, jika bersesuaian dengan geran dan keperluan projek UTMER/UTMFR pelajar pada semester 1 atau 2 boleh juga memohon.
Kriteria Nexus Young Researcher 2023 boleh didapati di LINK atau QR code yang diberikan.
Tempoh pembiayaan:
Sarjana: 2 tahun
PhD : 3 tahun
Peruntukan pembiayaan:
Sarjana: Elaun RM1500/bulan, dan yuran RM12,390 untuk 4 semeter.
PhD: Elaun RM1800/bulan dan yuran 18,350 untuk 6 semester.
Output program:
Sarjana : 1 jurnal WOS
PhD 2 jurnal WOS
Kaedah permohonan:
Calon perlu mengisi LINK / QR code yang diberikan sebelum 24 Ogos 2023 jam 5.00 petang.
Permohonan yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses
Keputusan akan dibentangkan dan akan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Geran Penyelidikan (JKPGP).
Keputusan yang diumumkan adalah MUKTAMAD.
Jadual gerak kerja permohonan dan proses kelulusan adalah seperti berikut:
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai dan Research Manager di RMC
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
rmcutm