Guru Kelab STEM Dan Teknologi Hijau

Kelab STEM & Teknologi Hijau merupakan salah satu kelab dan persatuan yang terdapat di SMKTDS. Perjumpaan kelab ini akan di adakan pada setiap hari rabu jam 7.30-9.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah disertai sepanjang tahun 2019. Antaranya aktiviti pembinaan Model Hidrolik yang menjadi salah satu projek utama bagi persatuan ini. Melalui projek ini pelajar perlu menghasilkan satu Model Hidrolik yang dapat berfungsi seakan-akan model sebenar. Pelajar akan melalui beberapa fasa seperti fasa perancangan di awal tahun, fasa eksplorasi sehingga ke fasa penilaian di hujung tahun 2019. Selain itu, antara aktiviti lain yang telah dilakukan semasa perjumpaan adalah Smart SODOKU, IQ Test, Balance Test dan sebagainya

Pelajar perlu membina model yang stabil semasa aktiviti Balance Test di lakukan