Karnival STEM 22 April 2018

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah 1 lagi karnival STEM diadakan sempena majlis perasmian pembukaan Taska Muafakat Yayasan Badaraya Johor Bahru. Karnival ini bertempat di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah pada 22 April 2018. Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak yang melibatkan aktiviti STEM dilaksanakan. Selain itu, ibu bapa juga turut memberi sokongan untuk karnival ini. Semoga aktiviti yang dianjurkan ini dapat menarik minat, memberi keseronokan dan gambaran awal yang positif untuk kanak-kanak serta ibu bapa tentang pengajaran dan pembelajaran ilmu yang melibatkan pendekatan STEM.

Gambar menunjukkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang karnival.