Biasiswa Ainuddin Wahid telah dibuka untuk permohonan!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga akademik,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa Ainuddin Wahid telah dibuka untuk permohonan. Biasiswa berprestij ini ditawarkan sekali dalam setahun kepada pelajar PhD yang berada dalam tahun 1 pengajian ataupun yang telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian PhD di UTM.

Pemilihan untuk penerima biasiswa ini akan melalui proses saringan, lulus ujian personaliti dan temuduga dengan panel temuduga.

Maklumat lanjut dengan kelayakan dan bentuk biasiswa yang diterima boleh diperolehi di link ini:http://sps.utm.my/ainuddin-wahid/.

Permohonan biasiswa ini perlu dibuat secara online pada link ini: http://webapps.sps.utm.my/ainuddin/

Mohon Penyelia mewar-warkan kepada pelajar PhD dibawah seliaan yang memenuhi syarat untuk memohon. Tarikh akhir permohonan adalah pada 19.3.2017.

Sekian, terima kasih.

Biasiswa Ainuddin Wahid Sesi 2016/2017

Biasiswa Ainuddin Wahid 2015/2016

Biasiswa Ainuddin Wahid 2015
Form can be downloaded HERE