Karnival STEM 22 April 2018

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah 1 lagi karnival STEM diadakan sempena majlis perasmian pembukaan Taska Muafakat Yayasan Badaraya Johor Bahru. Karnival ini bertempat di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah pada 22 April 2018. Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak yang melibatkan aktiviti STEM dilaksanakan. Selain itu, ibu bapa juga turut memberi sokongan untuk karnival ini. Semoga aktiviti yang dianjurkan ini dapat menarik minat, memberi keseronokan dan gambaran awal yang positif untuk kanak-kanak serta ibu bapa tentang pengajaran dan pembelajaran ilmu yang melibatkan pendekatan STEM.

Gambar menunjukkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang karnival. 

Pertandingan Video Stem

Berakhir pertandingan Video STEM di bawah projek #STEMazing UTM.. TAHNIAH kepada semua sekolah yg berjaya membawa hadiah berupa wang tunai. Jumpa lg tahun hadapan!. Sebelah saya siapa?? Dr Nurbiha A Shukor; Pengurus Projek STEMazing UTM. Ofkos my bff forever. Proud of you beb! #bff #kawansejakmatrik

Project STEMazing is coming soon!

Project STEMazing will be releasing their research report about ‘Teachers’ Perception of Using STEM Videos for Teaching and Learning’ in collaboration with Kementerian Pendidikan Malaysia soon!

STEM Video Competition…

Pertandingan menghasilkan Video STEM

Penyertaan terbuka kepada 3 kategori
1. Semua Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 – 3
2. Semua Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan 5
3. Semua Pelajar UTM yang berstatus Aktif

Tarikh akhir penghantaran Story Outline dan Video adalah pada 30 September 2017

Hubungi Dr Nurbiha Shukor (+607-5537885, nurbiha@utm.my) untuk maklumat lanjut.

http://utmlead.utm.my/stemazing-competition/

STEM Day : Jom Terokai STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)

Kursus Aplikasi Web 2.0 dan Google Apps dalam PdP

*Kursus Aplikasi Web 2.0 dan Google Apps dalam PdP* @ _STEM Day Sempena Iskandar Learning Festival 2017_

Tarikh : 20 Julai 2017
Hari : Khamis
Tempat : Makmal Komputer, UniKL MITEC, Bandar Seri Alam Johor Bahru
Masa : 9pagi- 12tghr
Yuran : *PERCUMA*

Untuk *mendaftar* sila klik link berikut :
Kursus Aplikasi Web 2.0 dan Google Apps dalam PdP

Sebarang pertanyaan bolehlah di ajukan kepada:
Dr Noor Dayana (UTM): 0123426136
Dr Noor Azean (UTM): 0127225606