Analisis SEM Menggunakan AMOS

Analisis SEM atau Structural Equation Modeling merupakan kaedah untuk mengenalpasti hubungan sebab-akibat antara beberapa pembolehubah dalam kajian kuantitatif. Contohnya jika anda ingin mengesahkan bahawa faktor pendapatan keluarga, bilangan adik beradik dan aras IQ boleh mempengaruhi EQ pelajar.

Jika anda ingin belajar mengenai analisis ini, dapatkan buku Statistik Penyelidikan Lanjutan Buku 5 oleh Chuan yan Piaw. Dalam bab 9 ada dibincangkan kaedah analisis ini dengan terperinci beserta contoh. Sangat sesuai untuk newbie ( penyelidik baru).

Anda juga perlu perisian AMOS untuk memudahkan anda memahami analisis ini. Bagi pelajar, sila download AMOS for Student menerusi link berikut

http://amosdevelopment.com/download/index.htm

Ia percuma. Hanya terdapat sedikit kekangan kerana terhad kepada 8 observed variables dan 54 parameter sahaja. Data boleh disimpan dalam perisian SPSS atau Excell.

Bagi pelajar UTM, anda boleh muatturun AMOS dalam pakej SPSS 16. Ia tidak terhad kepada bilangan pembolehubah dan parameter tetapi perlu dipasang pada PC dalam rangkaian UTM sahaja.

http://cyberubp.utm.my

Selamat mencuba.