Bila stress, salah satu terapi yang saya gunakan adalah membaca. Selalunya yang menjadi pilihan adalah buku motivasi yang boleh saya jadikan rujukan.
Buku Asam Pedas Gula Melaka oleh Norbi Husin ini saya beli di Badan Book Store, Angsana Johor Bahru. Harganya RM43.00, 590 mukasurat.
Kisah suka duka kehidupan seorang pengetua dalam mentadbir sekolah dikongsi dengan sangat menarik. Dalam masa seminggu, habis buku ini saya baca. Menarik… sangat menarik.
Walaupun buku ini berkisah tentang pengetua sekolah, ia sangat mudah dikaitkan dengan semua jawatan pentadbir. Bagaimana mengenalpasti masalah, mengawal pekerja bawahan, memberi impak dari segi motivasi dan teguran…. Menarik.. sangat menarik.
Jika saya berjumpa dengan buku ini diawal masa saya memegang jawatan sebagai Pengurus Teknologi Maklumat di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) dulu, mungkin saya akan mengubah sedikit pendekatan pentadbiran yang saya laksanakan.
Tidak kira samada anda memegang jawatan sebagai pentadbir yang besar atau yang kecil… buku ini akan dapat memberi sedikit idea mengenai cara melaksanakan tugas dengan baik, merancang dan mengawal pekerja bawahan kita. Menarik… mungkin sebab itulah buku ini telah diulang cetak sebanyak 3 kali.
Selamat membaca… 🙂