ISQAE 2013

Pada 7-10 Oktober 2013, Fakulti Pendidikan UTM cengan kerjasama UM dan Universitas Negeri Jakarta telah mengadakan seminar antarabangsa ISQAE di KSL Resort Hotel, Johor Bahru.

Seminar ini disertai oleh lebih 150 orang peserta daripada pelbagai negara yang membentangkan kertas kerja dalam bidang yang pelbagai seperti asas pendidikan, pengurusan pendidikan, pendidikan teknikal dan vokasional, pendidikan formal dan tidak formal dan lain-lain lagi.

Kebanyakan pelajar yang menyambung dalam bidang sarjana atau doktor falsafah samada di Malaysia mahupun Indonesia, banyak mengambil peluang membentangkan dapatan kajian mereka di seminar ini kerana yuran yang agak murah. Peluang ini dapat membantu memberi mendapat pendedahan awal dalam bentuk membina keyakinan untuk berkongsi kajian masing-masing. Ia juga sangat baik kepada pelajar untuk membina rangkaian dengan peserta lain yang menjalankan kajian yang lebih kurang sama.

Semoga semua yang terlibat dalam seminar ini samada pembentang mahupun peserta biasa dapat memperolehi manfaat untuk pembelajaran mahupun kerjaya masing-masing.