Journal Berwasit dalam senarai ISI Web of Knowledge

Seperti yang saya kongsi dalam artikel sebelum ini tentang bagaimana nak semak samada jurnal adalah diindeks oleh ISI atau SCOPUS, kali ni saya nak cerita macamana nak tahu impact factor jurnal tersebut pula.

Untuk ini, kita perlu pergi ke laman ISI menerusi laman web perpustakaan masing-masing. Tak boleh suka-suka hati je nak tengok tau. Kena berdaftar.

Bagi pelajar UTM, boleh klik pada online database daripada laman berikut

http://ezproxy.psz.utm.my/menu

Anda perlukan ACID id untuk akses online database ni tau.

Kemudian, cari Web Of Science dan anda akan dibawa ke link ISI web of science.

ISIwok

Kemudian pilih tab > Additional Resources dan klik Journal Citation Reports

ISIJCRISIJCR

Pilih tahun laporan dan kemudian anda boleh teruskan mencari nama Jurnal yang anda ingin tahu.

Contohnya : Journal Adult Education Quarterly

Anda akan dipaparkan dengan maklumat berikut.

AdultEdQuarterly

Artikel ni untuk peringatan diri sendiri yang setiap kali nak cari impact factor, asyik-asyik tanya pakcik google. Mudah-mudahan masalah saya ni akan membantu rakan-rakan dan pelajar saya dikemudian hari nanti.

Wasallam…