2016 dah pun berakhir. Bertambah setahun lagi usiaku. Entah selesai atau tidak tanggungjawab terhadap tugas di UTM dan keluarga.
Tahun 2016, lebih banyak tumpuan pada menyelesaikan KAI di pejabat baru. Banyak benda yang rasanya boleh diperbaiki lagi… jika dapat diulang semula. Namun masa tidak menanti kita…
Tahun 2017 menanti dengan pelbagai liku terutamanya melibatkan kewangan bagi semua staf UTM. Perlu mengekalkan momentum kerja dengan dana yang semakin mengecil. Bukannya mudah…
Mengeluh bukanlah jalan penyelesaian. Menyalahkan orang lain takkan membawa kita ke mana-mana. Mengelak daripada melaksanakan tugas bukan pula jalan terbaik. Semoga janji yang dibuat awal tahun ini dapat dicapai akhir tahun nanti…
Sebagai ibu… tahun ini bertambah satu lagi tugas. No 1 akan ambil peperiksaan UPSR. Kerjasama dengan pihak sekolah akan bertambah. Dia kumasukkan ke pusat tuisyen kerana format peperiksaan yang berubah. Dengan satu lagi harapan agar dapat fokus dan lebih cemerlang. Tapi pengajian agama juga tak boleh dilewa… masih pening menguruskan jadual dan masa dia dan aku sendiri.
2 hari ini, menguruskan bas dan menyusunatur jadual ketiga-tiga hero kecilku. Kepala fikir kerja… hati fikir anak. Risaunya terutama No 3… dah darjah 2 tapi masih lagaknya tak berubah.
No 1 dan no 2 pula… tahun ni pertama kali berjalan kaki balik daripada sekolah. Dah hari kedua masih lagi adik hilang abang.. abang hilang adik. Risau makin bertambah2 lagi di hati ini.
Semoga kau mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Mendidik manusia menjadi hambamu yang berilmu, beriman, bertakwa dan beramal soleh.