Select Page

Istimewanya Hari Raya

Raya Aidilfitri ada satu keistimewaan yang sukar untuk dilafazkan. Namun salah satu yang paling istimewa adalah ukhuwah persaudaraan.Pada waktu inilah, yang muda bertemu yang tua, yang jauh bersua yang dekat. Walau masa tak panjang… namun seboleh mungkin disusun jadual supaya dapat singgah ke rumah2 keluarga yang jarang bertemu.. kadang-kadang hanya bertanya khabar dalam sistem pesanan ringkas… selalunya tidak…Aku… setiap tahun akan cuba bertemu wajah-wajah yang uzur dan semakin di mamah usia… bimbang tak ketemu lagi tahun kemudian. Walau ceritanya tak banyak beza.. darah tinggi, kencing manis, jantung… kisah-kisah biasa, nikmatnya melihat senyuman di bibir mereka.Satu lagi istimewanya adalah dapat menemui keluarga dekat yang sukar bertemu muka… masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Dapat bercerita apa berlaku sepanjang tidak bersua, mendengar kisah yang tak dikongsi dalam media sosial, bermaafan bimbang ada terdetik dihati mana-mana prasangka. Semoga diterima kemaafan… andailah esok aku tiada lagi dimuka bumi ini.Semoga diterima Ibadat kita sepanjang Ramadhan, dan semoga dieratkan ukhuwah persaudaraan kita hingga ke akhir hayat.Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Cuti Hari pekerja 2019

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua warga kerja UTM khususnya dan kepada semua yang bergelar pekerja. Bersama kita terus menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan (Work–life balance) “Pekerja Amanah, Aspirasi Negara” ?