Kronologi kisah semasa kursus Ipad for Teaching and Learning pada 25 Mac 2014, di Bilik Bengkel, UTMLead.
The end….
Kronologi kisah semasa kursus Ipad for Teaching and Learning pada 25 Mac 2014, di Bilik Bengkel, UTMLead.
The end….
Hari ini, saya terlibat sebagai fasilitator bersama Prof Mohamed Noor Hassan, Pengarah CTL dalam kursus Penggunaan Ipad untuk PDP. Peserta adalah pensyarah daripada pelbagai fakulti di UTM. Kebanyakannya peserta telah mempunyai Ipad namun belum menggunakannya secara optimum. Terdapat juga peserta yang telah berpengalaman namun ingin mendapatkan input baru sekiranya berbeza dengan aplikasi yang mereka gunakan.
Kursus lebih berkonsepkan perkongsian aplikasi yang mungkin sesuai untuk digunakan dalam kelas mahupun untuk pembangunan bahan pembelajaran seperti Adobe Reader untuk membuat catatan dalam dokumen pdf, Document by Readdle untuk menguruskan pelbagai dokumen dalam ipad, Photo Editor dan InstaCollage untuk edit gambar, CuteCut untuk edit video, SlideIdea untuk perisian persembahan, Educreation untuk ScreenCasting dan Evernote untuk menyimpan pelbagai catatan dalam bentuk multimedia.
Kesemua aplikasi yang diperkenalkan dalam kursus ini adalah percuma dan boleh digunakan terus selepas semua peserta kembali ke fakulti masing-masing. Semoga hasil daripada kursus ini dapat membantu mempelbagaikan strategi pengajaran pensyarah berkaitan.
Pada 20 hingga 21 Mei yang lalu, USM telah menganjurkan satu kursus Penggunaan Ipad dalam pengajaran, pembelajaran dan peningkatan produktiviti kendiri. Kursus ni diajar oleh Prof Karim, Pengarah Center for Development of Academic Excellent, USM.
Sedikit biodata beliau…
Dr Abd Karim Alias is a Professor of Food Technology at the School of Industrial Technology, Universiti Sains Malaysia (USM) and current Director of the Centre for Development of Academic Excellence (CDAE). In 2002, he received the inaugural USM Excellent Educator Award and in 2010 he received the Anugerah Tokoh (Distinguished Person) in Anugerah Sanggar Sanjung. He also was the recipient of the prestigious Anugerah Akademik Negara (National Academic Award) in 2008 for teaching.
Banyak benda tau belajar dalam kursus ni. Tak sia-sia terbang dari Johor ke Penang. Tak dapat shopping kat Chowrasta pun takpa… Banyak ilmu dapat.
Antara projek yang aku buat, hasil dari kursus tersebut.
Pakai Apps Instacollage
Yang ni pulak pakai Trailer pada Apps iMovie.
Banyak lagi benda baru yang dapat masa kursus ni… InsyaAllah nak share dengan kawan- kawan di UTM pula selepas ni. InsyaAllah