Kursus Ipad untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Hari ini, saya terlibat sebagai fasilitator bersama Prof Mohamed Noor Hassan, Pengarah CTL dalam kursus Penggunaan Ipad untuk PDP. Peserta adalah pensyarah daripada pelbagai fakulti di UTM. Kebanyakannya peserta telah mempunyai Ipad namun belum menggunakannya secara optimum. Terdapat juga peserta yang telah berpengalaman namun ingin mendapatkan input baru sekiranya berbeza dengan aplikasi yang mereka gunakan.

Kursus lebih berkonsepkan perkongsian aplikasi yang mungkin sesuai untuk digunakan dalam kelas mahupun untuk pembangunan bahan pembelajaran seperti Adobe Reader untuk membuat catatan dalam dokumen pdf, Document by Readdle untuk menguruskan pelbagai dokumen dalam ipad, Photo Editor dan InstaCollage untuk edit gambar, CuteCut untuk edit video, SlideIdea untuk perisian persembahan, Educreation untuk ScreenCasting dan Evernote untuk menyimpan pelbagai catatan dalam bentuk multimedia.

Kesemua aplikasi yang diperkenalkan dalam kursus ini adalah percuma dan boleh digunakan terus selepas semua peserta kembali ke fakulti masing-masing. Semoga hasil daripada kursus ini dapat membantu mempelbagaikan strategi pengajaran pensyarah berkaitan.