Buku Rujukan untuk Kajian Penyelidikan Sains Sosial

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftar Program Ijazah Sarjana (Msc) atau Ijazah Kedoktoran ( Phd) di institusi pengajian tinggi, terutamanya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagi pelajar yang mengambil bidang sains sosial seperti Pengurusan, Perniagaan, Pendidikan dan sebagainya, salah satu buku yang digalakkan anda menggunakannya adalah

Buku Kaedah Penyelidikan oleh PM Dr Chua Yan Piaw.

Buku ini memberi gambaran ringkas mengenai apa itu Penyelidikan Sains Sosial merangkumi topik Asas Penyelidikan, Rekabentuk Penyelidikan, Pensampelan, Pengukuran, Instrumen dan Laporan Penyeldikan.

Buku ini ditulis dalam bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan amat mudah difahami oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang penyelidikan. Contoh yang digunakan juga mudah dan sesuai dengan penyelidik amatur.

Saya sendiri menggunakan buku ini sebagai rujukan pertama semasa membuat kajian dengan Bahagian Teknologi Pendidikan dulu. Boleh diperolehi di mana-mana kedai buku di seluruh Malaysia. Cuma, selalunya kehabisan stok 🙂

Semoga membantu …