Sharing Phd Journey

Di awal pendaftaran saya sebagai seorang pelajar PhD, fakulti masih kurang melaksanakan aktiviti berkaitan pembentangan penyelidikan mahupun gathering sesama pelajar. Tetapi, saya perlu menghadiri kelas ( ye… kelas wajib hadir, tapi tiada kredit) sepanjang 2 semester pengajian. Antara kursus yang saya perlu ambil adalah Research Methodology 1 dan 2, statistik 1 dan 2, kursus SPSS dan kursus wajib universiti. Sesetengah subjek ada peperiksaan akhir yang melibatkan 30% markah.

Walaupun terasa agak terikat dengan masa kerana perlu menyiapkan tugasan dan dalam masa yang sama perlu menulis proposal saya, kelas2 tersebut sebenarnya banyak membantu kemahiran penyelidikan yang tidak saya perolehi daripada SV saya.

Antara kemahiran yang secara tidak sedar saya perilehi adalah

1. Jenis- jenis kajian – jika tidak kerana kelas ini, saya hanya tahu melaksanakan kajian eksperimen sahaja… ethnography? mungkin langsung tidak pernah saya dengar kajian sedemikian kalau tidak kerana rakan kelas melaksanakan kajian sedemikian

2. Pemprosesan data kuantitatif – ancova, factor analysis… semuanya tidak saya gunakan untuk kajian saya. Tapi, kelas yang saya hadiri menyedarkan saya perbezaan dan bila ia diperlukan…

3. Trend kajian semasa – saya tahu yang saya di track yang betul bila mendapat pelbagai komen dan cadangan daripada rakan dan pensyarah kelas semasa pembentangan progress proposal saya… walaupun masa itu saya belum hantar untuk disemak oleh SV saya…

4. Hubungan sosial – kalau tidak kerana kelas itu… saya tak kenal rakan2 yang sama2 membuat penyelidikan, yang saya tahu boleh membantu untuk sesetengah aspek yang saya lemah. Boleh dihubungi bila saya rasa hilang fokus dan perlu untuk berbual dengan orang yang memahami ( suami dan keluarga… mereka hanya simpati, bukannya empati. Anda faham maksud saya >__< )

Kini, tiada lagi kelas wajib untuk pelajar Master Full researh dan Phd melainkan wajib universiti kerana arahan MQA. Jadi, Panel multimedia pendidikan, Fakulti Pendidikan melaksanakan kolokium 2 minggu sekali untuk pelajar supaya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan.

Gambar Kolokium kedua pada 13 Mac 2014 mengenai Research Objective.

Janganlah anda merasa malas atau ragu2 untk hadir sesi kolokium atau pembentangan sebegini…. percayalah banyak yang anda akan perolehi secara terang ataupun separa sedar. Phd kalau dilalui seorang diri… akan menjadi sangat panjang… percayalahhhhhh. Itu kesilapan yang saya sedari setelah sekian lama. Jangan ulangi kesilapan saya.

Selamat berehat di pagi Sabtu 🙂