Program pesisir Sarjana (Teknologi Pendidikan) 2014/2015

Program Luar (dahulu dikenali sebagai Program Pesisir) merupakan program pengajian siswazah UTM secara separuh masa yangย  dikendalikan di luar waktu pejabat atau di luar kampus universiti bagi memberikan peluang kepada golongan bekerja meningkatkan kelulusan profesional mereka selari dengan kehendak pengajian tinggi negara. Lazimnya sesi pengkuliahan Program Luar (Pesisir) dijalankan pada setiap hujung minggu (hari Sabtu dan Ahad).

Untuk program Teknologi Pendidikan (Kod Program : MPPB1BJD), UTM telah membuka penawaran bagi sesi 2014/2015 semester 2 ini bertempat di Muar. Bagi anda yang menetap dan bekerja di kawasan Melaka, Muar dan Batu Pahat bolehlah berdaftar di laman berikut sekiranya berminat.

http://www.sps.utm.my/sps/admission.html

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program pesisir yang ditawarkan oleh UTM, boleh klik link berikut. Semester 2 sesi 2014/2015 akan bermula pada 22 Februari 2015.

http://sps.utm.my/offcampus/list-of-programme/

 

Senarai pensyarah bidang Teknologi pendidikan di Fakulti pendidikan boleh dilihat pada laman berikut

https://people.utm.my/norah/potential-supervisor-for-postgraduate-program-chemistry-education/