Apa tu Index citation, ISI, SCOPUS, Index Proceeding, Impact Factor …?

Masih tak berapa faham apa itu ISI Jurnal, Scopus Listed Paper, Index Proceeding, impact factor dan pelbagai lagi terma yang berkaitan dengan penulisan kertas kerja ke?

Ok, disini saya senaraikan link yang menerangkan hal-hal di atas.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat lebih memahamkan lagi saya dan anda semua.

1.What is difference between impact factor and impact index of journals?

http://www.researchgate.net/post/What_is_difference_between_impact_factor_and_impact_index_of_journals

2. Index citation, ISI, SCOPUS, Impact Factor tu amende bro? oleh Dr OTT

http://drotspss.blogspot.com/2013/04/tajuk-463-journal-isi-scopus-impact.html

3. Comparing Open Access Journal with ISI Journals by UTM Library Research Support Team

http://www.staff.blog.utm.my/pszresearchsupport/2011/09/14/comparing-open-access-journal-with-isi-journals/

4. Jurnal Ranking by UTM Library Research Support Team

http://www.staff.blog.utm.my/pszresearchsupport/2012/08/04/of-tiers-and-rankings-scimago-sjr/

5. Understanding Journal Impact Factor (part 1 and part 2)

6. Scimago Journal and Country Rank (SJR), as an alternative to Thomson Reutersโ€™s Impact Factor and EigenFactor.

http://www.scimagojr.com/news.php?id=41

 

Journal Berwasit dalam senarai ISI Web of Knowledge

Seperti yang saya kongsi dalam artikel sebelum ini tentang bagaimana nak semak samada jurnal adalah diindeks oleh ISI atau SCOPUS, kali ni saya nak cerita macamana nak tahu impact factor jurnal tersebut pula.

Untuk ini, kita perlu pergi ke laman ISI menerusi laman web perpustakaan masing-masing. Tak boleh suka-suka hati je nak tengok tau. Kena berdaftar.

Bagi pelajar UTM, boleh klik pada online database daripada laman berikut

http://ezproxy.psz.utm.my/menu

Anda perlukan ACID id untuk akses online database ni tau.

Kemudian, cari Web Of Science dan anda akan dibawa ke link ISI web of science.

ISIwok

Kemudian pilih tab > Additional Resources dan klik Journal Citation Reports

ISIJCRISIJCR

Pilih tahun laporan dan kemudian anda boleh teruskan mencari nama Jurnal yang anda ingin tahu.

Contohnya : Journal Adult Education Quarterly

Anda akan dipaparkan dengan maklumat berikut.

AdultEdQuarterly

Artikel ni untuk peringatan diri sendiri yang setiap kali nak cari impact factor, asyik-asyik tanya pakcik google. Mudah-mudahan masalah saya ni akan membantu rakan-rakan dan pelajar saya dikemudian hari nanti.

Wasallam…

Senarai Jurnal Scopus dan ISI

Sebagai pensyarah di UTM yang merupakan salah satu Universiti Penyelidikan di Malaysia, kami dah tak tak digalakkan lagi menghantar kertas kerja penyelidikan di jurnal-jurnal yang tiada berwasit (impact factor). Malah, kalau nak hantar ke seminar pun kalau boleh proceeding akan diindekskan oleh pengkalan data ISI atau SCOPUS

Tapi… macamana nak tahu samada jurnal tu tersenarai atau tidak dalam SCOPUS atau ISI?

webofknowledge

Untuk ISI atau Web Of Science Directory, klik pada link berikut

http://ip-science.thomsonreuters.com/mjl/

Kemudian, masukkan no ISSN atau nama jurnal yang dicari. Kalau ada tersenarai dalam ISI ni, InsyaAllah akan keluarlah maklumat lengkap jurnal tersebut. Kalau takda? Faham-faham ajalah yek.

scopus

Kalau nak cari di SCOPUS pula, klik link berikut

http://www.scimagojr.com/journalsearch.php

Lepas tu, sama juga, masukkan nama jurnal atau no ISSN atau publisher. Yang ni lagi lengkap tau, siap ada statistik sepanjang 3 tahun. Kemudian, langkah seterusnya adalah… hantar kertas kerja, review, betulkan, hantar balik dan seterusnya ๐Ÿ™‚

Kalau nak tahu Impact Factor journal dibawah senarai ISI pulak macamana? lepas ni saya share… tunggu.