LATIHAN PENGURUSAN AGILE

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menganjurkan Latihan Pengurusan Agile pada 14 Julai 2019 bertempat di Ibusawat TM Skudai, 81300 Skudai Johor.  Program bermula daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Seramai lapan orang staf daripada CICT dan 10 orang staf daripada (TTC) telah menghadirinya.  Pengarah CICT, Prof Madya Dr. Shahizan bin Othman turut hadir ke majilis tersebut dan diiringi oleh Prof Madya Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad, untuk memberi kata-kata aluan dan semangat untuk para peserta.

 

BENGKEL AGILE IMPLEMENTATION

 

Seramai 32 orang staf CICT bersama 13 orang dari PTJ UTM Johor Bahru telah menghadiri Bengkel Agile Implementation di Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. Johor Bahru.  Bengkel ini telah diadakan pada 14 – 16 Julai 2019 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel ini bertujuan mempercepatkan pembangunan system Aplikasi Pengurusan Maklumat Akademik (MyAIMS) dan mengurus projek-projek menggunakan alat (tools) yang bersesuaian.  Encik Mohd Affendi bin Mohamad dan Encik Muhammad Lukman bin Nasarudin dari telah dilantik oleh TM One sebagai Fasilitator bagi bengkel tersebut.

 

Semoga bengkel ini akan memberi sumbangan dan impak kepada pembangunan sistem Aplikasi Pengurusan Maklumat Akadmik UTM (MyAIMS) untuk mencapai hasrat Universiti dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi.

 

LAWATAN KERJA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE CICT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM

Centre for Global Open Access Learning, Immersive Technology & Networks (GOAL-ITQAN), USIM telah mengadakan sesi lawatan ke CICT, UTM Johor Bahru pada 9 Julai 2019 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Chief Information Officer (CIO) dan disertai oleh 14 orang staf iaitu Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit.

 

Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan Smart University/Smart Campus yang telah dijalankan di UTM seterusnya membuat penanda aras bagi pelaksanaan Smart University USIM.

 

Delegasi USIM telah dibawa melawat ke Pusat Data, CICT, UTM.  Perbincangan dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.

 

MORNING BRIEFING WITH THE DIRECTOR OF CICT -JULY 2019

Sesi Morning Briefing with Director of CICT bersama semua staf CICT telah diadakan pada 07 Julai 2019 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Program ini diadakan untuk mewarwarkan perkembangan CICT terkini kepada semua warga CICT oleh Timbalan Pengarah dan ketua-ketua Bahagian/Unit/Projek.

 

Staf yang hadir akan dimasukkan ke dalam UTMSmile sebagai mata CPD.

 

       

Program Gotong Royong Perdana UTM

Program Gotong Royong Perdana UTM telah dilaksanakan pada 04 Julai 2019 (Khamis) pada jam 9.15 pagi – 11.15 pagi mengikut lokasi zon yang telah ditetapkan di PTJ masing-masing. Warga CICT, juga tidak ketinggalan pelajar praktikal CICT turut bersama-sama menjayakan program ini sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT dan Universiti.

Untuk memeriahkan lagi program gotong royong, staf digalakkan membawa POT LUCK untuk bahagian masing-masing.

 

 

Program Memasak Bubur Lambuk

 

Badan Kebajikan Kakitangan CICT telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk Kembali Lagi sempena Ramadhan 1440. Program berlangsung pada 22 Mei 2019 (Rabu) bermula jam 08.00 pagi bertempat di PPICT Aras 3. Aktiviti dilakukan secara bergotong royong.

Sumbangan warga CICT berbentuk wang ringgit dan tenaga amat bererti dalam membantu menjayakan program ini dan semoga dapat ganjaran daripada Allah. “Bersedekahlah walaupon kita bukan orang yang berharta kerana apa yang disedekahkan itulah harta sebenar kita”

Terima kasih juga kepada AJK Badan Kebajikan CICT kerana telah menyediakan bubur lambur dan bubur caca kepada semua warga CICT.

 

PROGRAM SANTAI @11

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Program Santai @11.   Program ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari bekerja di Bilik Ruckus. Setiap warga boleh menggunakan peralatan/permainan seperti Carrom Men, Dart Board, Magnetite Sport Chess, Happy Family Card, Snap Card, Bet Playing Cards, UNO Stacko, Mikado Spiel, Multi Game dan Super Sticky. Program ini bertujuan merehatkan minda dan mengurang stress bekerja.

Program ini adalah lanjutan dari Program CICT LUV YOU, Siri Santai 1.0 yang telah diadakan pada 12 Mei 2019 di Dewan Seminar, CICT.

     

PROGRAM CICT LUV YOU, SIRI SANTAI 1.0

Program CICT LUV YOU, Siri Santai 1.0 telah diadakan pada 12 Mei 2019 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Program yang dihadiri oleh warga CICT ini telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 4 CICT.

Pengisian Program Santai 1.0 yang disampaikan oleh Kaunselor UTM iaitu Encik Nurul Aziz bin Mohamed adalah pengenalan kaunseling, mitos kaunseling, stress n myth in stress, stress activities dan simple stress reduce technique.

Kehadiran staf CICT dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSmile.

 

TAHNIAH!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohammed Bin Mohd Hasni kerana telah berjaya dalam penilaian professional dan berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).  36 calon lain yang turut sama dalam penilain tersebut juga telah Berjaya mendapat pengiktirafan tersebut oleh pihak MBOT.

Tahniah En Mohamed bin Hasni di atas pengiktirafan sebagai Teknologies Profesional (Ts) dan semoga terus cemerlang di masa mendatang.

MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR (JUN) & MAJLIS TAUTAN UKHUWAH AIDILFITRI 2019

Majiis Bersama Naib Canselor & Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2019 telah diadakan pada 20 Jun 2019 (Khamis )   Majlis Bersama Naib Canselor bermula jam 9.00 pagi di Dewan Alumni, UTM JB dan Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2019 bertempat di Dataran UTM.

 

Majlis Sambutan Peringkat Universiti ini akan memfokuskan kepada elemen utama iaitu:-

  1. Melarangpenggunaan Plastik-Pakai-Buang pada majlis rasmi universiti bermula dengan Majlis Tautan Ukhwah sehingga disebarluaskan ke seluruh UTM selepas itu.
  2. Semua staf CICT diiwajibkanmembawa bekas makanan dan bekas minuman serta beg fabrik (woven bag) yang dibawa sendiri selain sudu/garpu yang bukan berasaskan plastik.
  3. Galakan setiap PTJ/Unit yang mengendalikan penyediaan makanan di setiap Lot Khemah menggunakan kaedah buffet traydan mengelakkan/melarang penggunaan sebarang beg plastik, penyedut minuman (straw), bekas minuman plastik serta sudu/garpu berasaskan plastik.
  4. Menggunakan hanya bekas makanan/plastik terbiodegradasi dan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kanji dan selulosa.
  5. Menggalakkan staf utk makan dan berukhwah sesama sendiri di lokasi berbanding terus membawa pulang makanan. Lokasi khas khemah akan disediakan bagi memudahkan staf.
  6. Memberikan kesedaran mengenai pembaziran makanandan pelupusan sisa makanan yang sesuai semasa program. Lokasi tong sampah yang bersesuaian akan disediakan.

 

Pihak Universiti menerusi jalinan kerjasama Pusat Islam UTM dan beberapa PTJ/Unit yang mengendalikan majlis ini berharap program ini akan membantu meningkatkan reputasi serta imej kelestarian ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

 

Pada tahun ini semua staf UTMJB meraikan Majlis Hari Raya tanpa plastik dan diminta membawa bekas makanan & minuman yang secukupnya untuk tujuan di makan di Dataran UTM dan bukan untuk tujuan dibungkus dibawa balik ke pejabat demi mengamalkan gaya hidup lestari..

 

Gerai CICT bernombor 7 telah menyumbangkan menu Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah.

 

Majlis meriah tersebut berakhir pada jam 10.00 pagi.