Monthly Archives: July 2020

Tanjung Langsat

Memang kawasan Tanjung Langsat ini merupakan antara tempat yang wajib disinggah para pencinta foto landskap.  Tempat ni berdekatan dengan Masjid Tanjung Langsat..tapi untuk ke sini anda perlu mempunyai juru pandu yang pernah ke sini sebab banyak lorong.takut salah lorong, mmng sia sia lah terlepas moment matahari terbit.

Saya selalunya akan solat Subuh di masjid tanjung langsat ini..biar awal, daripada terlambat sampai..dari rumah saya ke sini dalam lingkungan 1 jam jugak lah.

Jangan keliru..foto ini bukan foto jeti di tanjung langsat. Saya pada mulanya ingat jeti, rupanya ia adalah sebuah restoran

spesifikasi desktop / laptop untuk video dan photo editing

Saya sedang mencari sebuah pc atau laptop yang brkemampuan untuk edit video dan photo dengan lancar.  Saya lebih prefer refurbished item sebab harga boleh dapat murah murah berbanding yang baru..tapi saya masih terbuka.

Antara spesifikasi yang diperlukan (saya punya benchmark) merujuk kepada pembacaan saya adalah:

  1. CPU: CPU perlu multi-core. lagi banyak core dan multi-thread lagi bagus sebab proses akan lebih laju kerana setiap proses bolh dijalankan secara serentak (parallel).  Untuk intel, intel i-7 ke atas adalah pilihan yang baik..tapi selalunya CPU intel ni datang bukan dalam banyak core.  AMD Rayzen 7 adalah pilihan masa kini dengan 6 core dan lebih. tapi Rayzen based ni tak de lagi yang refurbished.
  2. RAM: RAM paling minimum 16GB, tapi bagi saya better 32GB terus (Future proof :)). DDR3 saya rasa masih ok..tapi kalau harga DDR4 boleh dapat yang ok, ok lag jugak sebab dengar DDR5 dah nak keluar.
  3. Hard disk: Perlu ada dua iaitu SSD dan HDD.  Solid state disk tu perlu untuk digunakan untuk simpan Windows OS dan program editing yang berat macam Photoshop, Lightroom dan Premier Pro.  HDD pula perlu untuk storan file file video / foto yang besar.
  4. Monitor: monitor perlu yang besar 21 inchi atau 27 inchi dah cukup.  Tapi yang penting, colour reproduction mesti yang tepat.

Vellfire buat hal

Salam. Nak kongsi sikit pasal vellfire saya keluaran jepun 2011. Kereta ini recond version yang saya beli dari Kasawari.  Secara umunya, kereta recond jepun ni, mmng amat bagus dari segi mutu exterior dan interior.  Terutama interiornya, kualiti amat bagus sekali…bayangkan kereta yang telah berusia 10 tahun, masih lagi ok keadaannya sampai sekarang.

Ok minggu ni kira dah masuk 5 tahun dah kereta ni saya miliki. Biasalah, kereta usia mcm gini akan mula demand macam macam. Minggu ni engine oil pump buat hal….simptom dia..enjin akan mlahu (mengaum kuat waktu engin nak dihidupkan …saya diberitahu sebab oil pump yang rosak ni kena sedut kuat sikit minyak hitam untuk naik ke dalam engine. harga siap pasang RM1,800.00

Kemudian..drive shaft pulak tengok dah koyak…

Adobe Lightroom

Dalam edit gambar landscape, saya akan pakai Adobe Lightroom. Adobe photoshop pun boleh..tapi saya lagi prefer Lightroom. untuk proses gambar, panduan UTAMA saya adalah HISTROGRAM. Gambar yang OK, sepatutnya mempunyai Histogram yang gemuk di tengah tengah. kalau gemuk ke kiri, maknanya gambar tu underexpose (gelap sangat), kalau gemuk ke kanan, maknanya gambar tu overexpose (terang sangat).
kalau tengok gambar “Before”, histrogram saya senget ke sebelah kiri, sbb gambar tu “underexpose’ banyak warna kegelapan. Saya akan adjust supaya histogram saya mempunyai keadaan yang balance (gemuk di tengah tengah). Adjust exposure, white balance. saturation, vibrance, white level, black level, highlight, shadow, noise reduction dsb. Lepas tu saya akan pakai Adobe Photoshop untuk proses SHARPEN dan letak watermark.

1000 km

Miletone: 1000 km running distance.

tak sangka pulak hari ni genap 1000 km untuk larian saya. Start berlari (joggig) pada bulan januari 2019. Masa tu tak sangka boleh berjankit dan ketagih untuk berlari. lebih tak sangka, saya boleh consistent dengan berlari…hari ini 16 Julai 2020, genap 1000 km. Kasut pertama saya, Nike Structure baru je kena kencing kucing. Masih ada belum dibuang lagi..tapak kasut memang dah haus. lagipun spec kasut tu…maximum penggunaan adalah sekitar 790 km je..mmng dah lanyak habis dah kasut..berbaloi lah..guna habis sebelum kena kencing kucing huhhu

AC Motor Drive- Secara ringkas

Salam

Saya ada buat video menerangkan secara ringkas apa itu Pemacu Motor AC.  Motor AC ini ada pelbagai jenis namun yang popular adalah motor induction.  Untuk pengetahuan semua, Brushless dc motor tau nama ringkasnya BLDC motor adalah kategori AC motor ye..bukan DC motor. Binaannya sama dengan DC motor tapi tiada brush commutator dan secara prinsipnya, penghasilan torque adalah disebabkan induction dan menggunakan ac voltage. BLDC mempunyai struktur yang ringkas, ringan dan lassad. Disebabkan itu, BLDC motor ini lebih popular digunakan berbanding induction motor dalam peralatan boleh-alih.

 

A beautiful scene at Teluk Kumbar, Penang

Saya telah beberapa kali berpeluang melawat Pulau Pinang. antara negeri yang pesat membangun dari segi infrastruktur bandar yang moden.  Namun di sebalik pembângunan, masih ada kawasan yang dikekalkan bagi tujuan sejarah dan juga perlancongan. Masih wujud kampung kampung Melayu di situ dan di kawasan inilah banyak spot landskap yang menarik boleh dilawati.

Salah satu tempat adalah di Pantai Teluk Bayu di kawasan Teluk Kumbar. Kawasan ini menjadi tumpuan para pelancong dan juga masyarakat sekitar untuk bersantai bersama keluarga sambil duduk menyaksikan matahari terbenam.