Category Archives: gadget

Apple Watch Series 6 Pre-order

Saya dapat email semalam dari Switch. Mereka nak sampaikan yang Apple Watch Series 6 dah boleh buat pre-order pada 16 Oktober ini start pukul 9.00 am.

Saya macam plan nak beli tapi bukan untuk saya tapi untuk yang tersayang (hadiah hari jadi). Nak beli pun rasanya Apple Watch SE dah cukup berbaloi kot sebab features yang ada pada Apple Watch 6 ni banyak yang tak boleh activate di Malaysia macam ECG, Family group dan Oxygen sensor.

So better beli Apple Watch SE je..harga pun oklah..

Apple Watch

Apple Watch ni memang dsri dulu lagi saya tempting nak beli. masa apple watch bersion pertama x nampak sangat kegunaan dia… tapi bila dah involve on fitness mmng nampak kegunaannya.

Tapi banyak perkara yang menyebabkan pembelian ni menjadi tertahan. pertama sebab saya ada jam sendiri yang harganya agaklah mahal. yang kedua adalah banyak lagi pilihan smart watch yg murah dan features hanpir sama dgn smart watch dan yang ketiga adalah ketahanan bateri yang singkat… 18 jam je berbanding dgn smart watch yang lain

apple watch series 6 ni banyak features… yang paling nak tergelak adalah features di mana apple watch ni boleh memantau corak tidur kita. features ni dah lama ada dah. saya punya xiomi band yang berharga RM100 ni pun dah bertahun tahun ada. lagipun nak tidur pakai jam? dah lama baterinya singkat… bila pulak nak charge kalau dah 24 jam melekat kat tangan.?

Internet of Things

Internet of Things atau IoT ni rasanya dari segi konaep dah dengar 10 tahun yg lepas.. konsep dah ada tapi teknologi pada masa tu terbatas.

sekrang teknologi wifi pun dah bertambah baik dari segi kelanian dan bandwidth dan ini secara tidak lngsung menggerakan semual konsep iot ni… konsep IoT ni luas ye… tapi kat sini saya nak tunjukkan IoT saya di rumah

IoT ni dalam bahasa mudah adalah lebih rangkaian setiap barangan / perkakasan. Mereka boleh berinterkasi dan memberi arahan kepada perkakasan yang lain mengikut aturan yg telah ditetapkan.

kalau IoT dalam rumah, boleh la macm kawal lampu , perkakasan yg lain tv dan sebagainya. Banyak betul perkakasan yg dah menyokong IoT ni… yang murah semestinya datang dari China iaitu Xiomi.

gambar ni adalah gambar litar lampu LED yg telah saya pasang.lampu ni x de IoT So utk meng IoT dan lampu ni saya pasang smart suis berjenama Sonoff yang dikawal oleh wifi

 

Upgrade thinkpad x240

Thinkpad x240 ni saya belikan untuk isteri saya. Refurbished model berharga rm1000. Kapasiti 500GB, RAM 4GB (single slot…  baru tau masa bukak panel belakang) dan i5 CPU.

semput lepas update kepada windows10. Asalnya nak upgrade ram tapi agak mahal dan rasanya x de lah improvement sgt.  Baik upgrade hdd kan?
saya beli ssd jenama Crucial BX 480GB berhrga Rm 200 .. murah tu. awalnya ada masalah clone… kena buat dua kali proses clone ni… nasib baik data semua masih ada … fuh lega

DIY Clone Harddisc

Orang kata bila DIY, lagi puas hati..saya cube ye….

Nak trasnfer semua file termasuk Windows 10 OS kedalam SSD yang baru. Kenapa ke SSD? …sebab nak speed up performance komputer Thinkpad saya.  RAM dah upgrade dari 2GB RAM kepada 4GB RAM….

Step by step untuk clone:

1.First, kena lah beli SSD. Selalunya SSD ni kosong dalm belum format.Kalau anda sambung terus ke komputer, komputer tak akan kenal ia sebagai storgae device. So ada yang perlu dibuat adalah initialize SSD ni terlebih dahulu. Bagaimana? kalau pakai window 10, pi start button dan klik butan kanan tetius. dan pilih menu Disk management. Pilih NSTF Format

2. Kena beli software. Tak de yang free…kalau ada yang anda jumpa free, tu selalunya pertengahan jalan unutk finalized cloning tu , button akan disable..so nak tak nak kena beli..saya beli kat Shoppe je…Partition Wizard.

3. Proses clone akan ambil masa beberapa jam..biarkan komputer anda.Bila dah siap, komputer anda akan reboot seperti biasa menggunakan harddisk lama. File file harddisk lama masih ada…so jangan risau kalau proses cloning tak jadi

4.  Kena lah tukar harddisk bay..ingatkan inilah proses paling senang..rupenya proses paling susah sbb?!..sbb skru ketat sangat lah pulak…. hahhaha

Computer rosak

Semalam, 12 Ogos 2020..tak tahu kenapa..tiba tiba komputer desktop hp saya ada problem…..Saya sangam suka dengan komputer ni sebab membolehkan saya bekerja atau menyiapkan satu satu tugasan tengan cepas dan efficient..spec pun tinggi..intel i7, 16GB DDR4 ram,

Mula mula, saya perasan, komputer agak sukar nak connect dengan internet..(saya balik Temerloh bebrapa hari dan semua saya off kan)…klik menu internet connection di taskbar..tak keluar langsung..tapi kemudian buat troubleshoot..OK dah…

PELIK

Semalam, try tekan button start windows, tak nak keluar pulak menu….kemudian..banyak magi error error yang keluar..warning bad image…first error adalah berkenan Wacom tablet error..kemudian keluar pula error adobe acrobat….try restart..benda yang same keluar, tapi bertambah!

Baca tips2 di internet..dan dah try tapi semua tak jadi…ada bagi tips try log in dengan id baru..create new id dan log in..terus blank display..tapi mouse pointer ada pula!

Pelik pelik!

Try reset (macam format kot), tapi tak berjaya langsung..pelik! kemudian hari ni terus tak boleh masuk windows..apa yang rosak ye..? masa peringkat awal saya mengandaikan ada files windows yang corrupt dan saya perlu repair tau reinstall je version baru….tapi tak boleh juga….saya juga try install malware..tapi tak boleh install langsung…PELIK!!!!

KEMUNGKINAN BESAR HARDISK DAH ROSAK! MUNGKIN..hari ni nak p[i hangar kedai..tgk apa kata expert

Cetoleh pasal Drone

Drone yang saya akan saya tuliskan ini adalah yang berkait dengan seni fotografi landskap.

Untuk kegunaan consumer, ada beberapa jenama yang boleh dipertimbangkan. antara yang popular adalah drone jenama DJI yang berasal dari China. Drone jenama EVO dan beberapa lagi. Tidak ketinggalan juga jenama GoPro yang menghasilkan Karma tapi telah menghentikan keluaran drone Karma mereka sekitar than 2017-2018.

Saya akan bercerita mengenai pengalaman saya mengenai drone setelah memiliki dua tenis drone iaitu Drone GoPro Karma dan drone DJI Mavic Mini.

GoPro Karma

Dari segi versatil, drone ini memang amat mengkagumkan. Ia juga agar modular. Anda boleh tanggalkan kamera GoPro Hero 5 dari drone tersebut dan sambungkan kepada Karma stick untuk kegunaan video tangan. Dari segi sudut luas, memamg drone Karma ini yang paling luas kerana ia menggunakan kamera Hero 5 yang sememangnya mempunyai sudut yang luas dan ada effect fisheye. Tidak ada drone lain yang boleh menandingi drone Karma ini dari segi sudut ini.

Kelemahan utama: berat dan besar. Tidak mempunyai sensor position. Hanya menggunakan satu jenis GPS, tidak pakai Russia punya satelit GLONAS. So connectivity agar terbatas kepada GPS USA sahaja.

Kadang kadang boleh melayang tanpa dapat dikawal. Saya experienced 2 kali sepanjang 2 tahun membeli drone ini..walapun saya dah ikut SOP, iaitu compass calibration setiap kali memulakan penerbangan.

Bateri yang kecil dan tak spadan dengen kursa yang disedut oleh drone ini.  Hanya boleh terming seminar 15 minit dan kurang dari itu..so kena standby 2-3 bateri extra kalan bertujuan untuk terbang lama.

DJI Mavic Mini

Adik yang paling kecil dalam keluarga DJI Mavic.  Mempunyai body yang solid ikut abang sulung iaitu Mavic Pro tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Mavic Air. Ringan sekitar 250g jahaja berat.  Amat stabil dan mempunyai sensor position. Bateri yang tahan lama..saya boleh terbang sekitar 30 minit dan saya juga mempunyai 2 extra bateri..so mmng puas terbang.

Connectivity: enhanced wifi, GPS dan GLONAS. So ok lah dari sei stability cuma range agar terbatas sedikit. Untuk drone DJI, ada dua jenis iaitu FCC dan EC compatibility. Kalau dapat yang FCC (USA) ..range boleh menjangkau 4km tapi kalau EC (Europe) punya hanya sekitar 2km sahaja. Yang dibawa masuk Malaysia, (saya punya ni) adalah EC compatibility. 2 km ni ok lah. 500m terbang pun dah tak nampak dah drone ni kat mana.

Kekurangan: tidak ada RAW file untuk tujuan photo post processing. Saya lebih menyukai RAW file berbanding jpeg.  Mempunyai sudut focal / Pandang yang agar sempit..tak puas dan terpaksa terbang lebih jauh untuk dapatnya frame yang dikehendaki.

Kenapa saya tak Beli Mavic 2 Pro

Mavic 2 pro ni dah dikeluarkan sebelum Mavic Mini..tapi saya tak beli kebab kerana pelbagai perkara. Mahal mmang mahal, sekitar RM6000, tapi saya rasa kepuasan  merakam lebi penting..saya tak kisah berbelanja untuk Mavic 2 Pro sebenarnya. Tapi apa yang menghalang saya adalar dari sudut kekhuatiran saya jika drone itu hilang, rosak, terhempas atau kemalangan yang tidak disengajakan…Huhu rasa memang menangis

spesifikasi desktop / laptop untuk video dan photo editing

Saya sedang mencari sebuah pc atau laptop yang brkemampuan untuk edit video dan photo dengan lancar.  Saya lebih prefer refurbished item sebab harga boleh dapat murah murah berbanding yang baru..tapi saya masih terbuka.

Antara spesifikasi yang diperlukan (saya punya benchmark) merujuk kepada pembacaan saya adalah:

  1. CPU: CPU perlu multi-core. lagi banyak core dan multi-thread lagi bagus sebab proses akan lebih laju kerana setiap proses bolh dijalankan secara serentak (parallel).  Untuk intel, intel i-7 ke atas adalah pilihan yang baik..tapi selalunya CPU intel ni datang bukan dalam banyak core.  AMD Rayzen 7 adalah pilihan masa kini dengan 6 core dan lebih. tapi Rayzen based ni tak de lagi yang refurbished.
  2. RAM: RAM paling minimum 16GB, tapi bagi saya better 32GB terus (Future proof :)). DDR3 saya rasa masih ok..tapi kalau harga DDR4 boleh dapat yang ok, ok lag jugak sebab dengar DDR5 dah nak keluar.
  3. Hard disk: Perlu ada dua iaitu SSD dan HDD.  Solid state disk tu perlu untuk digunakan untuk simpan Windows OS dan program editing yang berat macam Photoshop, Lightroom dan Premier Pro.  HDD pula perlu untuk storan file file video / foto yang besar.
  4. Monitor: monitor perlu yang besar 21 inchi atau 27 inchi dah cukup.  Tapi yang penting, colour reproduction mesti yang tepat.

iMac upgrade ke macOS Catalina

Alhamdulillah…iMAC yang saya pinggirkan sebelum ini mula menjadi perhatian. macOS High Sierra telah dipertingkatkan kepada macOS Catalina. Storage yang sebelum ini semput penuh dengan dokumen telah dipindahkan secara nirwayar ke dalam Apple Airport Time capsule 3TB.

Untuk membantu clean up iMAC saya minta bantuan Clean Up my MAC software. Memang amat berbaloi untuk membuang  junk files yang bersepah sepah dan tak reti nak trace kat mana…:)

macOS Catalina

Upgrade dan Clean up PC

Saya nak bercerita sedikit berkenaan upgarde dan clean up PC iaitu Apple iMAC.  Apple iMAC ni saya beli sekitar 2012 dan dating dental macOS El-Capitan kale tak silap. Storage 1TB dan RAM 8GB.  CPU Intel i5 Quad core. Masa tu spesifikasi desktop madam ni dah kira ok dah until pelbagai task.  Tapi prestasi iMAC ni semakin lama semakin lembab.  Beberapa kali saya dapat notifikasi yang saya mempunyai very low start-up disk space…tapi saya buat tak tahu je dan Tanya delete beberapa file asalkan iMAC saya ni masih boleh berjalan.

Beberapa tahun selepas itu, saya upgrade iMAC saya ni kepada macOS yang lebih baru iaitu High Sierra.  Hmmm..bila upgrade memang jadi lagi lembab. Nak bukak Microsoft Word pun kekadang tu mengambil masa yang agar lama. Fed up,..saya beli dekstop baru iaitu Windows 10 based HP Workstation yang mempunyai spesifikasi yang agar tinggi jug lah; CPU intel i-7 Quad core, RAM 16Gb.  Memang laju. iMAC saya pinggirkan ke tepi.

Tahu 2020, minta sya unduk upgrade komputer macam menjadi jadi pulas..Mungkin sebab masa PKP virus Covid 19, asyik duduk rumah dan tak buat apa apa..saya pun mula memikir macam mana nak bayat komputer jadi laju.

Saya juga ada beberapa laptop refurbished  yang saya beli sebelum PKP, dan kebanyakannya digunakan ole anak anak dan isteri untuk tugasan sekolah masing masing.  Untuk refurbished ni sya cadangkan beli lah laptop Lenovo Thinkpad X series..memang amat berbaloi! Saya ada X220 dan X230..walaupun sudan lama tapi perkakasan masih terbaek! dan mudah untuk beberapa komponennya seperti HDD dan RAM untuk diupgrade.

Saya mula tanya pak cik Google yang penuh dengan informasi dan segala info berkenaan komputer mula saya geledah..banyak dah saya tinggalkan dan terlalu banyak cerita dalam teknologi komputer ni..baru saya tau beza antara intel i3, i5 dan i7 (sebelum ni buat tak tau je)…kebangkitan AMD Rayzen tengan teknologi multi-core yang berjaya mengalahkan intel dan sebagainya