Tag Archives: dji

Kuching, Sarawak

Saya berada di Kuching, Sarawak dari 22 Oktober hingga 24 Oktober 2023 yang lepas. Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sarawak. Alhamdulillah cita-cita sejak kecil tertunai.

Gambar ini dirakam di Riverside Sarawak. Merupakan satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan bersiar-siar. Di sekitar sungai Sarawak ini, terdapat kedai makan, kedaia cenderahati dan pelbagai lagi. Kedai Kek Lapis Mama Shu pun ada di sini.

Saya berada di atas jambatan Darul Hana semasa merakam gambar ini. Saya tidak pasti sama ada larangan drone di sini.

Tengahari di UTM

Selalunya, saya akan fly di waktu senja atau subuh kerna warna langit pada masa itu sangat mendamaikan dan berwarna berbanding tengahri.

memotret landscape terutamanya pada waktu tengahari adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Mencabar dari segi ketahanan badan (sebab panas terik) dan juga kesabaran dalam mengolah semula gambar yang diambil. Gambar yang dirakam ketika awktu tengahari amat contast dan sukar unutk diedit. Tetapi bergantung kepada nasib..kalau tengahari tersebut ada ketikanya mendung, makan kuranglah sikit contrastnya..masa tu boleh tekan butang klik.

Alhamdulilah saya rakam gambar ini ketika mendung dan ada warna biru langit sedikit.

tempat merakam: point view dari Fakulti Kimia

Kota Iskandar Johor

Kota ini merupakan pusat pentadbiran negeri yang baharu menggantikan Johor Bahru yang telah agak sesak. Perjalanan dari Skudai ke sini mengambil masa sekitar 30 minit. Agak sunyi tak banyak kereta. Kawasan ini juga agak jauh dari kawasan perumahan Eco Botani. Kebanyakan rumah di sini adalah kategori mewah dan hanya mampu tengok sahaja kot. Memang cantik kawasan rumah di sini..tapi tulah.hraganya yang tinggi membataskan anaka anak muda unutk membeli rumah.

OK gambar ini saya ambil sekitar jam 7 malam di sebel,ah masjid kota iskandar ini. Asyik pergi ke bulatan bintang tu je kan..so saya tukar port ke sini pula. Nampak cantik jugak sebab ada susunatur bangunan kerajaan johor yang unik dan ada pula bangunan pencakar langit di hujung sana.

Bukit Tunku View Point

This place is located at Bukit Tunku. If you are planning to have a visit to this place, please set Rumah Kediaman Dato Bandar Kuala Lumpur.

This was my second visit during the morning hour to this place. You will be surprised with a beautiful view of Kuala Lumpur city.

You can fly a drone here. But please be careful with your drone.

View of Kuala Lumpur captured using DJI Mavic Air 2s

Kelmarin @ UTM

Kelmarin, hari Sabtu..langit petang macam cerah walapun dari kejauhan di Pulai nampak awan tebal. Tapi di sekitar UTM dan Taman Universiti, cuaca agak panas dan tidak berawan.

Saya rasa, mungkin ada chance saya nak merakam masjid UTM dari drone DJI saya. Hari itu, saya merancang nak buat hyperlapse..rancangan yang asyik tergendala kerana faktor masa, teknikal dan cuaca.

Sampai di sana, saya lihat awan tebal sudah mula merayap ke dalam kawasan UTM. Saya terbang sekejap dan turun semula kerana angin agak kuat. dari jauh, terlihat petir..tapi saya rasa..masih boleh terbang lagi untuk hari itu..saya terbang dan hanya merakam gambar sahaja..tanpa membuat hyperlapse.

Gambar ini merupakan gambar yang dicantum dari 9 keping gambar. Lensa DJI bukan jenis ultra-wide 10mm..panjang fokal hanya 22mm kalau tak silap…kira wide lah jugak..tapi tidak sesuai untuk landscape photo.

So, untuk itu, DJI menggunakan software perisian cameranya untuk merakam 9 gambar dan mencantumkannya di dalam drone unutk mendapatkan effect ultra-wide lens. Gambar yang dirakam adalah JPEG dan juga RAW. Tetapi unutk RAW file, kita terpaksa cantumkan secara manual di dalam komputer kita.

File RAW agak besar, dan komputer saya tidak mampu untuk memprosesnya..so saya hanya edit guna jpeg sahaja..Tetapi walapun jpeg, all the details are there. Sedap juga saya edit shadow and highlight. Gambar tidak pecah

masjid sultan ismail

Langit Terbakar

Salam,

Dah lama tak berkesempatan untuk merakam langit terbakar macam ni. Selalunya keadaan langit macam ni boleh di agak akan berlaku sekiranya cuaca pada petang itu sangat panas dan berharap sewaktu senja, kawasan di ufuk barat cerah dan tidak berawan sangat.

DCIM\101MEDIA\DJI_0969.JPG