Bersiaran pagi di sini. 6 Januari 2022. Selamat tahun baru!!
Tag Archives: sunrise
Masjid Merah Putrajaya
Lokasi ni memang saya scout. dari google map..berpandukan kepada gambar gambar photographer yang lain dan arah matahari terbit..kawasan ini terletak di belakang rumah orang sebenarnya.
Jelutong Beach
Kalau saya ke Penang, saya kan ke sini. tempat ini senang nak sampai kerana berada di sebelah lebuhraya Jelutong Express-way. Tapi kalau sesapa yang tak mencari, memang susah nak jumpa sebab terlindung oleh pokok renek
Ni gambar masa sunrise..tapi setiap kali pergi agak hampa sebab laut sering dalam keadaan surut..huhu..
kalau boleh dapatlah rakam satu keping lagi dimana laut tengah pasang sebelum jeti ni dirobohkan
Tanjung Langsat
Memang kawasan Tanjung Langsat ini merupakan antara tempat yang wajib disinggah para pencinta foto landskap. Tempat ni berdekatan dengan Masjid Tanjung Langsat..tapi untuk ke sini anda perlu mempunyai juru pandu yang pernah ke sini sebab banyak lorong.takut salah lorong, mmng sia sia lah terlepas moment matahari terbit.
Saya selalunya akan solat Subuh di masjid tanjung langsat ini..biar awal, daripada terlambat sampai..dari rumah saya ke sini dalam lingkungan 1 jam jugak lah.
Jangan keliru..foto ini bukan foto jeti di tanjung langsat. Saya pada mulanya ingat jeti, rupanya ia adalah sebuah restoran
Tanjung Langsat
Kawasan Tanjung Langsat ini letaknya di dalam kawasan Pasir Gudang. Tempatnya agak terpencil sedikit. Ia merupakan kawasan kampung melayu. Untuk peminat gambar landskap, ada dua tempat yang boleh dikunjungi untuk sesi matahari terbit, iaitu di jeti kayu dan jeti batu.
Jeti kayu (sebenarnya bukan jeti)..ia merupakan warung makan yang dibina diatas air. Jeti batu pula merupakan jeti di mana semua urusan tangkapan ikan dilakukan di situ. Di sekitar kawasan jeti batu ini ada terdapat restoran terapung lain.