Pengajaran Tentang Masa dalam Surah Al-Asr & Al-Fajr

Pagi ini, PM Dr Shahidan menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya masa. Pengajaran yang dipetik dalam surah al-asr (waktu asar yang sibuk dengan kerja) dan al-fajr (waktu subuh yang susah nak bangun).

Yes, I like my boss PM Shahidan. He is a simple guy – talks like father, full of hikmah and prioritize syura. I can feel that he speaks from heart to others’ heart. Straight forward and sincere.

Dalam surah al-Asr, Allah menerangkan bahawa sesungguhnya demi masa ramai orang yang kerugian – Innal insana la fi Husr. Justeru dalam kehidupan, banyak idioms tentang masa. Ada orang tak cukup masa, ada orang lebih masa, ada orang buang masa, ada orang curi masa, ada orang beri masa. Yang paling bahaya sekiranya masa kita berkait dengan masa orang lain. Contoh paling mudah ialah apabila kita tidak menepati masa dalam mesyuarat, orang terpaksa menunggu untuk mulakan perbincangan – itu namanya kita mencuri masa orang lain (Allahuakhbar baru perasan kita bukan sahaja merugikan masa sendiri tetapi sehingga mencuri masa orang lain). Yang paling bagus ialah kita beri masa – beri masa dengan mendengar masalah orang lain, beri masa kepada masjid dan surau, beri masa untuk membantu orang lain.

Dalam kita cuba menghargai masa – ingat untuk Watawa saubil haq – Berdakwah dengan kecil-kecilan – anak-anak dan suami. Juga jangan lupa Watawa saubis sob – penuh dengan kesabaran

Double Tax Deduction bagi Projek Penyelidikan UTM

Double Tax Deduction adalah satu inisiatif bagi mempertingkatkan kolaborasi diantara research UTM dan Industri. Penyelidikan UTM dapat geran dan real-industry problem dan produk industri pula akan lebih mantap. Bonus paling besar ialah industri (syarikat) dapat DTD.

En Amirul Shahrin memang pandai promo DTD – semenjak diperkenalkan tahun 2018 hingga sekarang – KPI UTM 10 juta untuk tahun 2019 bulan Jun lagi sudah lepas. fuh, hebat!. Antara industri besar yang sudah percaya dengan DTD ialah UMW Corporation dengan lebih 150 anak syarikat di bawahnya. Royal Widad juga antara syarikat terkini yang berminat dengan DTD. Tambahan pula, industri sudah semakin bijak – mereka telah mula percaya dengan universiti berbanding projek konsultansi bagi menambahbaik produk dan perkhidmatan masing-masing.

Bagi pendaftaran di RADIS, jenis geran Contract Research DTD ialah nama yang boleh didaftarkan dalam RADIS UTM bagi projek DTD. Pastikan dalam tajuk projek mesti namakan “Projek Penyelidikan tot tot tot” or else projek akan jadi projek konsultansi. Katanya lagi jangan lupa masukkan honorarium (upah) penyelidik/pensyarah untuk projek DTD kerana bayaran itu juga boleh dapat DTD. Untuk memudahkan urusan kewangan, boleh guna spin-off company untuk memudahkan urusan kewangan yang rumit di RADIS. Selain itu, kriteria DTD pun simple – hanya perlu LOA daripada syarikat sahaja yang diperlukan untuk daftar dalam sistem RADIS. Konsultansi lanjut untuk DTD terutama sekali yang berkaitan dengan urusan LHDNM dan dokumentasi juga disediakan oleh pihak RMC. Pastikan ada komponen research iaitu tempoh yang bersesuaian.

Yang paling best, DTD akan dapat matching grant (sekarang dikenali sebagai IIID) dengan nilai minimum 10k dan maksimum 20k untuk bidang Sains dan Teknologi. Diantara konsep yang boleh dijadikan geran industri (Contract Research) ialah:
1. Latihan Industri.
2. Maintenance Project.
3. Design something – e.g. 21st century learning classroom, Data Center layout.