Sistem UTMFin

https://utmfin.utm.my/

Sistem UTMFin merupakan sistem yang diguna pakai untuk urusan kewangan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan proses penerimaan tunai, penerimaan peruntukan , agihan peruntukan,pindahan, pindaan peruntukan,  perolehan , bayaran, tuntutan perjalanan, bil tuntutan dan pengurusan asset  serta jernal pelarasan.

Selain itu, sistem ini dijuga digunakan untuk melaporkan aktiviti kewangan Universiti dan membantu urusan Jawatankuasa tertentu untuk membuat keputusan. Selain itu Pengurusan Stor Pusat juga menggunakan sistem ini. Sistem ini juga digunakan untuk pemohonan pinjaman Komputer / kenderaan / basikal/ mobile phone/ i-pad /tablet dan sebagainya.

Sistem ini telah diguna pakai sejak Tahun 2012 dan dibangunkan secara in House oleh teknikal CICT yang kini di beri nafas baru dengan nama UTMDigital bersama Jabatan Bendahari UTM. Sistem ini telah mendapat Pengiktirafan SAGA compliance dan terus dikemaskini oleh UTMDigital mengikut keperluan semasa Universiti atas pandangan daripada pihak Jabatan Bendahari.

Sistem ini diguna pakai di seluruh UTM bagi proses pemohonan, penyemakan, pengesahan dan kelulusan serta laporan berkaitan kewangan Universiti. Walaupun teknologi kian berkembang, sistem ini masih diguna pakai sehingga diberi nafas baru pada masa akan datang. Untuk makluman sistem ini akan dikemaski Versinya kepada UTMFIN V2 mulai tahun 2021 bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan

Walaupun dibahas secara hebat oleh ilmuan mahupun pengguna sistem ini sendiri,Sistem ini   masih utuh digunakan oleh Jabatan Bendahari UTM bagi memproses segala opersi berkaitan kewangan untuk memenuhi Sijil Audit Bersih, Kementerian Kewangan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *