Asas Ilmu

Kita sebagai manusia tiada apa pada diri kita, tidak kira status, pangkat, ilmu, kelayakan akademik dan harta . Kita sebenarnya sepatutnya malu kerana setiap yang ada pada diri kita semuanya adalah milik Allah . Oleh yang demikian Tiada yang ada melainkan dia (Allah) yang paling sesuai untuk kita mengenalnya. Semua yang ada disekeliling kita adalah milik Dia (Allah) Tiada satu pun darinya adalah milik kita. Jantung, hati, darah yang mengalir , roh , isteri , anak-anak , ilmu , akal fikiran , ilham adalah darinya (Allah)

Sekiranya kita kembalikan ini kepadanya (Allah) maka sedarlah diri ini, rakan-rakan atau sesiapa yang membaca penulisan ini yang kita semua ini adalah miliknya. Namun sebagai manusia perlulah kita sentiasa belajar, bertindak sebagai manusia dan melalui semua perkara sebagai manusia. Sekiranya kita merasa hebat atau lebih , maka beristighfarlah kita dan kembalikan la semuanya adalah ketentuannya.

Tanpa kasih sayang darinya (Allah), maka kita tidak mampu untuk hadir di dunia ini kerana kasih sayang Allah itu tiada yang boleh dibandingkan dengan segalanya. Jika kau mengatakan dugaan yang diberikan itu bukan kasih sayang, maka kau lupa rahmat yang telah diberikan kerana dengan dugaan itu, kasih sayang Allah lebih terserlah bilamana kau dengan tenang menempuhnya kerana kesudahannya adalah sesuatu yang indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *