Kenapa Allah Bagi Kaya?

Soalan ini sering kali orang kaya jarang fikirkan tentangnya tetapi seringkali orang yang kurang pendapatannya atau orang sedang diuji pendapatannya atau orang yang kurang berkemampuan. Allah pilih seseorang itu untuk menjadi kaya adalah untuk membantu orang lain tidak kira masyarakat atau kawasan sekeliling.

Kaya itu ada banyak maksud yang boleh kita pecahkan , Ada yang kaya dengan ilmu. Ada yang kaya dengan budi pekerti. Ada yang kaya dengan akhlaknya. Ada juga yang kaya dengan anaknya. Tidak juga ada yang kaya dengan senyuman. Hari ini topik yang kita akan sembang-sembang adalah kaya pendapatan. Allah jadikan seseorang itu kaya adalah untuk membantu masyarakat sekeliling mereka untuk lebih mensyukuri nikmat Allah disamping tidak kufur pada nikmat yang diberi (Sikaya)

Mari kita tonton video daripada seorang insan mengenai kupasan tentang Kenapa Allah bagi Kaya pada seseorang :

Diharap penjelasan yang diberikan ini dapat membuka minda kita semua untuk memberi atau membantu masyarakat disekeliling kita. Yang menerima bantuan jangan la hanya terus berharap tanpa usaha. Cuba untuk berubah dan keluar dari lingkungan berkenaan. Perbaiki diri untuk bukan lagi penerima bantuan tetapi pemberi bantuan kerana Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jangan pula engkau meratapi nasibmu kerana nikmat yang Allah berikan adalah tidak terhitung daripada yang enkau boleh fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *