Dimanakah Kita ?

Sering sembang .. Hanya al-quran dan Hadis yang tidak boleh diubah, peraturan adalah itu adalah diciptakan manusia. Namun terkadang terpikir adakah peraturan itu sengaja diciptakan untuk membataskan sesuatu?

Mengikut pendapatku, peraturan yang diciptakan oleh manusia pasti ada kekurangannya dan ianya bukanlah diciptakan secara sesuka hati namun untuk mengawal tingkahlaku manusia itu sendiri.

Jangan hanya berteriak yang peraturan itu menyusahkan kerana anda sendiri tidak memakai kasut orang yang memikirkan untuk menyediakan peraturan berkenaan dan jangan hanya berteriak yang manusia itu tidak ingin membantu, walhal pelbagai dugaan dan cabaran ditempuh oleh mereka.

Ingatlah manusia.. sesungguhnya peraturan yang perlu dipinda memerlukan masa untuk disesuaikan dan ingatlah juga manusia yang mempunyai kuasa meminda peraturan itu perlu dilihat secara keseluruhan. jadilah seperti rama-rama yang nyawanya singkat tetapi dapat melihat secara keseluruhan alam dan bersinar sebagai simbol yang cantik . Janganlah jadi kepomopong sahaja dan tidak berkembang menjadi rama-rama dan akhirnya mati dalam kepompong. Begitu juga ketika anda mempunyai kuasa meminda peraturan, bertindaklah sebagai penggerak dan melibatkan pelbagai pihak terutama sekali yang melibatkan perkara yang engkau sendiri tidak memahami persekitarannya.

Oleh yang demikian hayatilah video di atas ini sebagai simbolik dimanakah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *