Jadual Pembayaran Gaji 2021

Berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020- Tarikh dan Pembayaran Emolumen Tahun 2021 dilampirkan jadual pembayaran Gaji 2021 . Pemakluman daripada UTM akan menyusul :

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2021Isnin 
Februari09.02.2021SelasaTahun Baru Cina12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
Mac18.03.2021Khamis 
April22.04.2021Khamis 
Mei06.05.2021KhamisHari Raya Puasa13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
Jun14.06.2021IsninHari Gawai1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
Julai14.07.2021RabuHari Raya Haji20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)
Ogos19.08.2021Khamis 
September23.09.2021Khamis 
Oktober25.10.2021Isnin 
November25.11.2021KhamisHari Deepavali4 November 2021 (Khamis)
Disember20.12.2021IsninHari Krismas25 Disember 2021 (Sabtu)

Sila muaturun Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020

Pendahuluan Gaji…

Apa Itu Pendahuluan Gaji

Pendahuluan Gaji merupakan bayaran pendahuluan akibat daripada gaji tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan sama ada berpunca daripada masalah teknikal sistem ataupun masalah teknikal manusia atau pihak ketiga.

 

Pendahuluan gaji hanya dibayar jika 

a- Staf tidak menerima gaji akibat daripada masalah teknikal sistem pembayaran gaji atau sistem ROC.

b Staf tidak menerima gaji akibat \masalah berpunca daripada kesilapan PTJ ketika ROC dibuat (bergantung kepada keadaaan yang dirasakan sesuai)

c- staf tidak menerima gaji akibat data gaji hilang secara tiba-tiba.

Bila Pembayaran Pendahuluan Gaji sepatutnya dibayar 

Pembayaran Pendahuluan gaji bukanlah dibayar pada hari gaji sama dengan staf yang menerima gaji tetapi ianya dibayar selepas hari pembayaran gaji bergantung kepada keadaan. Setiap orang mempunyai kes yang berbeza. Pertimbangan pembayaran pendahuluan gaji bergantung kepada sebab yang kukuh mengapa ianya perlu dibayar gaji.

Pertimbangan perlu disebabkan terdapat sesetengah PTJ yang mengambil perkara ini seperti tidak penting berikutan Pembayaran gaji tetap akan dibuat menggunakan pendahuluan gaji.  Bermula 2014, pendahuluan gaji tidak akan dibayar dengan mudah. satu laporan berkaitan pendahuluan gaji akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Emolumen Universiti dan ianya telah menjadi satu isu bagi Universiti Teknologi Malaysia kerana jumlahnya yang agak tinggi sehinggakan disoalkan oleh Audit Kewangan yang dilantik daripada Audit Negara,

Adakah Pendahuluan Gaji merupakan Satu Hak? 

Tidak, Pendahuluan gaji bukan satu hak bagi staf  tetapi ianya atas pertimbangan pihak Pejabat Bendahari/ Universiti sama ada perlu atau tidak ianya dibayar.  Bermula Mac 2014 sebarang pendahuluan perlu diberikan alasan yang kukuh bagi pembayaran dibuat. Sebarang masalah dikatakan teknikal akan dirujuk kepada pihak teknikal sebelum pembayaran dibuat. Jika didapati tidak melibat teknikal sistem. pihak kami tidak akan membuat sebarang pembayaran.

Untuk makluman Mulai Ogos 2014 pendahuluan gaji hanya akan mengambil kira gaji pokok sahaja daripada keseluruhan gaji .

 

 

 

Elaun Lebih Masa

Rasanya Ini la perkara yang mana-mana staf sangat perihatin  apabila membuat kerja lebih masa atau diarahkan oleh pihak Universiti Untuk kerja lebih masa.  Untuk makluman Elaun Kerja lebih masa hanya akan dibayar jika ianya dibayar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Universiti dan JPA.

Kerja lebih masa saudara hanya akan dibayar jika dikemukakan tuntutan Ke Pejabat Bendahari UTM mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap Tuntutan Perlu mengikut Tarikh Tutp pengahanataran dokemen ke Pejabat Bedndahari. Setiap tuntutan perlu dihantar apabila tamat tarikh bulan tersebut

Contoh :

Ali membuat tuntutan elaun lebih masa bagi Bulan Febuari melalui sistem UTMFin  dan perlu menghantar tuntutan yang telah disahkan oleh penyelia dan diluluskan oleh Ketua Jabatan sebelum 15 Hb setiap bulan berikutnya. Andaikan tuntutan Febuari 2014 maka perlu dihantar dokumen dan tuntutan elaun lebih masa pada atau sebelum 15  Mac 2014. Jika tidak tuntutan tidak akan dibayar

 

 

Gaji dan Elaun Tidak Dibayar?

APA YANG PATUT ANDA BUAT  SEKIRANYA GAJI ANDA TIDAK DITERIMA PADA HARI GAJI ?

…………..SABAR-SABAR………

Berikut Merupakan Tindakan yang anda perlu Buat 

1. Membuat semakan dengan Maklumat Peribadi saudara di Sistem UTMHR sama ada no akaun bank gaji anda dalam sistem nombor yang betul atau sebaliknya

https://hrfin.utm.my/smuhr/

2.  Jika tiada masalah, Sila membuat semakan dengan pejabat Bendahari UTM status Gaji saudara. Antara Kemungkinan Gaji anda :

               a- Bank Gagal Mengkreditkan gaji anda pada masa yang ditetapkan( Hari Gaji :                         8.00 A.M

               b-Bank Reject Autopay Gaji saudara kerana terdapat masalah no akaun.

                c-PSM  PTJ gagal membuat ROC penyambungan Kontrak/ Pelarasan Gaji atau                         kesilapan ketika membuat ROC online

                d- Masalah teknikal sistem UTMFIn/UTMHR yang mengakibatkan Gaji saudara                      tidak berjaya diproses

                e- Masalah teknikal sistem Bank CIMB atau bank anda yang menyebabkan gaji                           saudara tidak dapat diproses

4. Saudara boleh memohon pendahuluan gaji melalui PSM PTJ masing-masing sekiranya :

                  a-  Kesilapan teknikal

                  b- PSM gagal membuat ROC online penyambungan kontrak

                 c- Reject Transaction daripada pihak Bank


  PENDAHULUAN GAJI MERUPAKAN BUDI BICARA PEJABAT BENDAHARI UTM…………..!

Perkara Penting Untuk Staf Baru

Perkara pertama yang saya ingin katakan bagi staf baru ialah 

Namun banyak perkara yang kamu perlu tahu terutamanya berkaitan Emolumen. Jika kamu semua mengambil perkara dibuat tidak penting, maka keberangkalian kamu tidak mendapat gaji adalah tinggi. So apa yang ingi saya highlight kat sini perlu di ambil perhatian . Antara Perkara yang perlu dibuat oleh saudara semua ialah :

1. Pastikan saudara telah Mendaftarkan NO KWSP bagi staf lantikan baru yang belum pernah bekerja di mana-mana jaabatan kerajaan

2. Memastikan lantikan saudara telah dikemaskini di modul ROC online oleh Pihak PSM PTJ masing-masing.

3. Pastikan No akaun bank dalam sistem UTMHR dimaklumat peribadi saudara adalah tepat. Jika tidak gaji dan elaun saudara tidak dapat dikreditkan ke akaun saudara.

4. Pastikan Maklumat Cukai pendapatan dikemaskini oleh saudara dan pihak PSM bagi mengelakan saudara dikenakan panelti jika audit desk Cukai Pendapatan dibuat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan saudara tidak pernah membayar cukai pendapatan.

5. Sebarang Perubahan No Akaun perlu ke Pejabat Bendahari dan lampirkan salinan Muka depan Bank atau salinan slip bank .

6. Bagi staf lantikan Kontrak pastikan saudara mempunyai No SOCSO bagi memudahkan pihak Universiti membuat pembayaran SOSCSO kepada pihak Berkitan

BANTULAH DIRI ANDA SEKIRANYA ANDA MENERLUKAN GAJI DAN ELAUN ANDA