Peringatan Mesra : Tarikh Akhir Dan Panduan Mengemukakan Tuntutan Perbelanjaan Serta Penutupan Panjar Wang Runcit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara,

Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas

  1. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir mengemukakan tuntutan pembayaran dan Penutupan Penyata Panjar Wang Runcit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

Bil.

Perkara

Tarikh Penutupan

1.

 

Tuntutan Bayaran di sistem UTMFin bagi Semua Peruntukan (Bajet : U, A, R, Q, D )

 

8 Disember 2022

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)

2.

Penutupan Panjar Wang Runcit

3.

 

 

Pendahuluan (Perjalanan dan Pelbagai)




Dibekukan mulai

9 – 31 Disember 2022

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)


4.

Penghantaran dokumen bayaran ke Pejabat Pembayar

 

Sebelum atau pada

14 Disember 2022

(Jam 12.00 Tengahari)

(UTMJB, UTMKL dan UTMPAGOH)

 

 

  1. Sehubungan dengan itu pihak Fakulti/Bahagian/Jabatan/Ketua Projek Penyelidikan diminta untuk memberi perhatian kepada Panduan yang dilampirkan. Semua tuntutan pembayaran untuk tahun 2022 bagi kerja yang disempurnakan dan perkhidmatan atau barang/peralatan yang telah diterima pada tahun semasa hendaklah dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk membolehkan pembayaran diproses dan direkodkan pada tahun semasa. Bagi geran penyelidikan, mohon rujuk kepada tadbir urus geran penyelidikan yang berkaitan.dan perkara diatas adalah masih terpakai.

               Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua. Kerjasama semua dalam perkara ini amatlah diharapkan

Sekian, Terima Kasih