Permohonan Bantuan Zakat UTMJB sesi 2018/2019

Permohonan Bantuan Zakat UTMJB sesi 2018/2019
bagi kategori :

> Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP)
> Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD)
> Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)

AKAN DIBUKA BERMULA 03 SEPTEMBER 2018 HINGGA 24 SEPTEMBER 2018

(Khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Kampus UTMJB sahaja)

Permohonan dibuat secara online di laman web islamiccentre.utm.my. Sila baca dahulu syarat-syarat yang ditetapkan di http://islamiccentre.utm.my/jenis-bantuan-zakat/

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Berikut adalah syarat am permohonan :

1. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai (slip gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan perlu dimuatnaik dalam ruangan yang disediakan. Pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi bapa yang bekerja sendiri sahaja dan boleh dimuatturun di http://islamiccentre.utm.my/borang-pengesahan-pendapatan/. Sekiranya pasangan bekerja di bawah Felda/Risda/Felcra dan seumpama dengannya, sila nyatakan penyata pendapatan dari organisasi berkenaan)

2. Bagi bantuan zakat yuran pengajian, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa/ bantuan/pinjaman dari mana-mana organisasi

3. Bagi bantuan zakat sara diri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester.

4. Bagi bantuan zakat latihan industri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester. Pemohon tidak menerima elaun dari majikan tempat praktikum dan perlu disertakan pengesahan tidak diberikan elaun daripada majikan.

Keputusan permohonan adalah ditapis berdasarkan kiraan had kifayah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan dengan merujuk syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan akan diemelkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013-4154879.
Sekian, terima kasih.

SUMBER : Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru