Jom Buka Minda

Salam rakan-rakan sekalian hari ini, saya nak berkongsikan satu perkara yang dikongsikan oleh guru dalam mempelajari erti kehidupan sebenar. Pernah tak terpikir kenapa Tuhan (Allah) tidak hanya mendatangkan orang yang baik-baik sahaja kepada kita ? Kenapa kadang-kadang tuhan hantar orang yang sangat memeningkan, menyusahkan dan membebankan dalam kehidupan kita ?

So sebelum kita kupaskan dengan lebih lanjut.. mari kita tonton Video ini :

Selesai menonton Vide tersebut? Dalam Video ini mengisahkan seorang wanita yang meminta pertolongan daripada seorang pemuda untuk mengangkat tongkatnya.. Namun pemuda itu buat tiada apa dan terus makan coklat . Hal ini menyebabkan wanita yang berumur itu merasakan sakit hati dan beliau mengambil sendiri tongkatnya.. Dalam ketika wanita itu mengambil tongkat maka jatuhlah piano dari atas. Sekiranya beliau tidak bangun untuk mengambil tongkatnya, maka beliau berkemungkinan akan mati atau cedera akibat daripada perkara tersebut.

So Jika kita membuka minda kita, Allah hadirkan ujian atau individu atau kumpulan manusia yang menyebalkan atau membuat kita rasa tidak selesa, marah, sakit hati adalah bukan disebabkan Allah tidak sayangkan kita tetapi Allah hendak kita lebih kuat menempuh hari-hari akan datang. Allah sangat mengetahui apa sahaja yang terbaik buat kita. Saya juga pernah diuji yang saya sendiri merasakan diri ini tidak kuat untuk menempuhinya dan merasakan sangat-sangat down sehingga fikiran yang didorong oleh nafsu untuk mencederakan diri atau apa sahaja yang memudaratkan diri.

Syukur pada Allah yang tak terhingga akal fikiran ini dapat kembali kepada fitrahnya untuk berfikir secara normal. Oleh itu saya memohon kepada pembaca tidak terus menyimpulkan yang Allah ini tidak sayang kepada kita. Ini kerana Allah adalah yang maha mengasihi maha menyayangi .. Kalau hendak dikira rahmat Allah kepada kita dengan apa yang kita lakukan untuk mengigatinya.. maka tidak terhitung beratnya kasih sayang dan rahmat Allah. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *