Mengenal Diri , Alam dan Tuhan

Mengenal ilmu diri dan tuhan

Manusia datangnya daripada perkataan arab Nisyan iaitu pelupa. Kita sebagai manusia sering lupa dengan seruan tuhan kerana iman manusia itu ada naik turunnya.Sebagai contoh dikala manusia itu dalam musibah, maka dirinya akan rapat kepada tuhan dan meminta kepadanya tetapi ketika dilimpahkan kesenangan dan kemewahan maka sedikit alpa itu wujud, Oleh itu sebagai peringatan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat yang sebenarnya ilmu atau apa sahaja yang kita ada sebenarnya adalah tiada. Maka dengan itu , kita perlu mengenal diri sendiri dimana pada hakikatnya manusia tidak mempunyai apa-apa sekalipun.

Ilmu kepakaran yang kita ada perlu dimanfaatkan untuk membantu sesama manusia atau alam ini. Sekiranya kita merasakan hebat dengan ilmu yang kita ada maka kita perlu tenang dan kembali kepada hakikat sebenarnya kita ini hanya ada jasad dan roh yang sebenarnya datangnya dari tuhan pencipta alam yang satu yang tidak mampu ditandingi dan penuh dengan kasih sayang yang tidak terhingga

Sebagai mukhadimah pembukaan tajuk baru post mari kita hayati pesanan tentang ilmu Pengetahuan mengenal diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *