RADIS 3.0

Image result for radis utm login

https://radis.utm.my/rmc/index.jsp

Sistem RADIS UTM merupakan sistem yang menguruskan penyelidikan di UTM  dan sistem ini hanya boleh di akses di UTM atau melalui VPN diluar UTM. sistem ini dibangunkan sendiri oleh gabungan penyelidikan dan staf UTM bagi memudahkan pengurusan geran penyelidikan kementerian, gerank kontrak dan geran international

Semua pengurusan geran ini dari sudut operasi dan pengurusan kewangan secara asasnya berada dalam sistem ini. Penyelidik boleh menyemak status pemohonan geran UTM atau mana-mana geran yang didaftarkan di RMC.

sistem ini dalam proses updated kepada 4.0 untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan kehendak pengurusan penyelidikan UTM khususnya Pengurusan RMC sendiri.

Walaubagaimanapun sistem ini hanya integrate dengan sistem kewangan UTM tetapi tidak semuanya memenuhi keperluan dan kehendak pengguna penyelidikan. Sistem ini dalam proses pembangunan terutama sekali modul perolehan penyelidikan.

Sistem UTMFin

https://utmfin.utm.my/

Sistem UTMFin merupakan sistem yang diguna pakai untuk urusan kewangan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan proses penerimaan tunai, penerimaan peruntukan , agihan peruntukan,pindahan, pindaan peruntukan,  perolehan , bayaran, tuntutan perjalanan, bil tuntutan dan pengurusan asset  serta jernal pelarasan.

Selain itu, sistem ini dijuga digunakan untuk melaporkan aktiviti kewangan Universiti dan membantu urusan Jawatankuasa tertentu untuk membuat keputusan. Selain itu Pengurusan Stor Pusat juga menggunakan sistem ini. Sistem ini juga digunakan untuk pemohonan pinjaman Komputer / kenderaan / basikal/ mobile phone/ i-pad /tablet dan sebagainya.

Sistem ini telah diguna pakai sejak Tahun 2012 dan dibangunkan secara in House oleh teknikal CICT yang kini di beri nafas baru dengan nama UTMDigital bersama Jabatan Bendahari UTM. Sistem ini telah mendapat Pengiktirafan SAGA compliance dan terus dikemaskini oleh UTMDigital mengikut keperluan semasa Universiti atas pandangan daripada pihak Jabatan Bendahari.

Sistem ini diguna pakai di seluruh UTM bagi proses pemohonan, penyemakan, pengesahan dan kelulusan serta laporan berkaitan kewangan Universiti. Walaupun teknologi kian berkembang, sistem ini masih diguna pakai sehingga diberi nafas baru pada masa akan datang. Untuk makluman sistem ini akan dikemaski Versinya kepada UTMFIN V2 mulai tahun 2021 bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan

Walaupun dibahas secara hebat oleh ilmuan mahupun pengguna sistem ini sendiri,Sistem ini   masih utuh digunakan oleh Jabatan Bendahari UTM bagi memproses segala opersi berkaitan kewangan untuk memenuhi Sijil Audit Bersih, Kementerian Kewangan Malaysia.

Sistem UTMHR Versi 1.0 (HRFin)

https://hrfin.utm.my/smu/index.jsp

Sistem UTMHR merupakan satu sistem yang digunakan di UTM untuk pelbagai maklumat berkaitan staf

Sistem ini merupakan satu sistem yang digunakan oleh Pejabat Pendaftar secara keseluruhan dan PTJ yang berkaitan bagi menguruskan urusan perkhidmatan staf, penempatan, perubahan pendapatan, cukai pendapatan dan lain-lain.

Sistem ini telah dibangunkan oleh team teknikal UTMHR dan dikemaskini (Update) dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak pengurusan UTM

ACID ID

Apa itu Academic Computing ID (ACID) kat UTM ? 

ACID ialah sebahagian daripada servis komputer, yang mana menyediakan ID unik pengguna melalui pengesahan dari server untuk penggunaan log masuk sistem perkomputeran akademik. Semua pelajar mempunyai ID pengguna tersendiri setelah mendaftar program melalui fakulti masing-masing. Manakala, staf perlu mempunyai akaun mel UTM rasmi terlebih dahulu sebelum memohon akaun ACID.

Sistem yang menggunakan ACID ialah:

1. Virtual Private Network (VPN) ACID
2. UTM Library Online Database
3. UTMotion
4. UTMShare
5. Eportfolio
6. OBE UTM
7. Staff Portal
8. Cyberubp UTM
9. Elearning UTM *
10. AIMS2000 **
11. SPS ***
12. GSMS ***

Contoh cara untuk mengetahui UserID dan Password ACID UTM: