
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas dan email sebelum ini berkaitan penutupan dan tarikh akhir pemohonan tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2020 dan pemakluman secara terus oleh Jabatan Bendahari UTM dan bahagian Kewangan RMC bertarikh bertarikh 24 November 2020 dan 30 November 2020 serta 2 Disember 2020 . Perkara ini juga merujuk kepada keputusan mesyuarat penutupan akaun UTM yang diluluskan diperingkat Jabatan Bendahari UTM.
Dimaklumkan merujuk kepada pemakluman yang dinyatakan tarikh pembukaan semua tuntutan bayaran dan perolehan bagi tahun 2021 adalah mulai
Jenis Geran | Kod Bajet | Tarikh Buka Pemohonan | Catatan |
Geran Mengurus | U | 11/1/2021 | Di buka selepas selesai Agihan peruntukan |
Geran Penyelidikan | Q & R | 7/1/2021 | Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun |
Lain -Lain Geran | A & D | 7/1/2021 | Dibuka selepas selesai Proses Teknikal perubahan tahun |
Untuk makluman semua , sebarang perubahan pembukaan tuntutan atau pemohonan adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan Jabatan Bendahari UTM dan keadaan sistem UTMFin. Untuk sebarang pertanyaan sekiranya pembukaan lewat dari tarikh yang dinyatakan boleh berhubung terus dengan En Nasimin Bin Ngadi sebagai pegawai bertanggungjawab di Jabatan Bendahari UTM (nasimin@utm.my) bagi urusan sistem.
Diharap perkara ini dalam makluman dan tindakan semua . Kerjasama semua dalam perkara ini adalah diharapkan. Segala kesulitan dalam perkara ini adalah amat dikesali.