Majlis Konvokesyen 64

Interview by AJK Media
  • 11 hingga 18 Disember 2021

Seramai 8,956 orang graduan telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-64 yang berlangsung di kampus Johor Bahru bermula pagi tadi.

Majlis yang berlangsung selama tujuh hari itu merupakan yang pertama diadakan selepas tiga kali ditangguhkan sejak akhir 2019 akibat dari pandemik COVID-19 dan diadakan di Dewan Sultan Iskandar (DSI).

Majlis tersebut merupakan julung kali diadakan setelah tiga kali ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Mengambil kira besarnya erti sebuah konvokesyen kepada kegirangan graduan, MK64 telah dijalankan bermula 11 hingga 18 Disember, bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Kampus Johor Bahru.

Diadakan dalam 13 sesi, penganugerahan Ijazah diberikan kepada 748 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (1915), Ijazah Sarjana Muda (4326) dan Diploma (1967).

Daripada jumlah tersebut, seramai 812 orang graduan antarabangsa dari 54 buah negara turut dianugerahkan ijazah di mana Nigeria, Iran dan Pakistan merupakan tiga negara dengan bilangan graduan tertinggi.

Bagi sesi pertama yang berlangsung pagi tadi, sesi pengurniaan telah disempurnakan oleh Canselor UTM, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Tuanku Permaisuri Johor.

Selain pengurniaan diploma dan ijazah serta pengurniaan pelbagai hadiah akademik, MK64 turut menyaksikan sesi perisytiharan Pro-Canselor yang baharu, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim di samping Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Abdul Halim Ali yang  dikurniakan Anugerah Kehormat

Lima tokoh Negara turut mendapat penganugerahan gelaran Profesor Emeritus iaitu Datuk Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Datuk Ir.Dr. Ishak Ismail, Dato’ Dr. Mohamed Mansor Abdullah, Ir. Dr. Warid Hussin dan Datuk Dr. Mohd Ruddin Abd. Ghani.

Pengalaman pertama saya menjadi petugas KONVO. Menggunakan Integrasi Sistem iCONVO, UTMSMART dan ConvoOnSTage…sangat menhujakan. Alhamdulillah….Berjaya