Holiday kat Penang lagi

Bulan 11, pergi lagi Penang,,,rasanya tahun nie dah 3 kali pergi. Kali nie naik bas beramai-ramai…satu family sebelah husband…meraikan majlis sambut menantu anak saudara Nurul Aqilah dan pasangannya. Bertolak dari JB ..khamis malam jumaat…Sampai padang besar 12:00 tgh….bengkok badan duk dalam bas…hihii..tapi apa2 pun seronok…

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum…

Sebenarnya planning nak cuti nie takder lah beriaya sangat. Nak ambik anak nombor 2 dekat Matrikulasi Kuala Pilah….lepas tu ambil pulak anak yang dekat UiTM shah Alam..

Ingat nak lepak kat shah Alam….dan jalan-jalan KL …tapi lain pulak ceritanya

22/12/2022

Seawal jam 5:00 pagi …dah gerak ker Kuala Pilah…Alhamdulillah jalan tak jem…tapi orang dah ramai di RNR Machap..berenti nak solat subuh…dalam pukul 9:00 pagi dah sampai Kuala Pilah….Breakfast sekejap..terus ker Shah Alam. Pukul 11:00 pagi dah sampai Shah Alam…

First, shopping kat GM Klang…best gila…banyak memborong

Majlis Kahwin Ira

10 September 2022

Majlis kahwin anak sedara sebelah husband…

Selamat penganti baru Ira dan suhaimi….

gambar anak2
umair yang comel

Resepi Nasi Briani Johor

Resepi Blogger Terkenal   Pn Azie Kitchen….

Nasi Briani Yang sedap
Bahan bahan:
5 pot beras Basmathi
1-2 biji buah tomato – direbus 
1 helai daun pandan
1 ikat batang ketumbar 
4-5 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Sedikit garam
Sedikit susu cair
 
Bahan Kisar Basah
5 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih
1 inci halia
 
Bahan kisar Kering
1-2 sudu besar rempah ketumbar, jintan manis & jintan putih 
 
Cara – cara 
Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan daun ketumbar.  
 
Nasi Beriani Johor
 
Masukkan bahan kisar basah dan kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering dan buah tomato yang direbus tadi.
 
Nasi Beriani Johor

Nasi Beriani Johor
 
Masukkan beras dan goreng seketika. Tuang air secukupnya dan sedikit garam.
 
Nasi Beriani Johor
 
Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila air telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.
 
Nasi Beriani Johor
 
Bila air telah kering, titis pewarna kuning telur dan tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru dikacau rata. 
 
Nasi Beriani Johor
 
Boleh tabur bawang goreng, sebelum dihidangkan. 
 

Majlis Akhir Tahun team DDI

Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Banyak kenangan pahit dan manis yang berlaku sepanjang tahun 2020. Kawan-kawan juga ada yang berpindah ke tempat yang baru. Selamat maju jaya pada kawan2 team DDI yang akan tempat baru

  1. Pn Que
  2. En Subha
  3. En Madradzi
  4. Pn Aruslin
  5. En Azman
  6. Pn Shafika Hani

Semoga ceria selalu. Move on and happy always.

Resepi

Resepi Sotong Cicah Sos Thai | Hai assalamualaikum peminat-peminat masakan Thai. Hari ini kami nak kongsikan resepi yang simple sahaja dari Thai. Kalau korang pernah baca artikel resepi sebelum-sebelum ini mesti korang tahu resepi. Resepi daripada khairulaming yang simple sahaja iaitu Resepi Sotong Cicah Sos Thai yang pasti akan membuatkan korang kecur air liur. Jom lihat bahan-bahan resepi masakan ni.

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • 8 tangkai cili (8 chillies)
  • 5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
  • 1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
  • 2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
  • Garam (salt)
  • 3 sudu gula (3 tbsp sugar)
  • Daun ketumbar (coriander leaves)
  • 3 biji limau nipis

Cara-cara Masak Sotong Cicah Sos Thai

  1. Untuk Sos Thai, masukkan 8 tangkai cili ke dalam lesung.
  2. Tumbuk cili tersebut.
  3. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih dan tumbuk lagi.
  4. Selepas itu, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Tambah 1 sudu sos tiram.
  6. Tambah 2 sudu sos ikan dan tambahkan sedikit garam.
  7. Masukkan 3 sudu gula.
  8. Perah 3 biji limau nipis dan tuangkan jusnya.
  9. Tambah daun ketumbar yang telah dihiris.
  10. Gaul semuanya.
  11. Untuk sotong pula, asingkan kepala sotong dan badannnya.
  12. Kelar badan sotong dan masak dalam kuali tanpa minyak dan bahan perisa.
  13. Untuk hidangan boleh tuangkan terus sos Thai ke atas sotong tersebut.
  14. Atau asingkan saja sos thai dan sotong tersebut ikut cita rasa korang.

Siap sudah resepi daging bakar cicah sos thai ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sertakan link video dibawah untuk rujukan korang.

Birthday Umair

Umair – 2 Tahun

16 November 2020

Macam baru semalam rasa bersalinkan anak bertuah nie. Di usia 41 tahun mama melahirkan anak mama yang ke 4. Sekejap masa berlalu.

Punyalah suka dapat kek ada mainan truck tu..Kek pun sedap. Alhamdulillah..Diberi masa untuk bersama anak2 dalam musim PKPB nie…

Seronok ada anak kecik…cuma tu lah usia dah lebih 40 tahun..x sama masa dapat anak no 1 hingga no 3.

Semoga jadi anak yang soleh…diberkati hidupnya di dunia dan di akhirat…

Sagu Gula Melaka

1 cawan biji sagu 
1 liter air atau lebih
Pewarna kegemaran

Cara-cara:
Rendam biji sagu seketika dan tos. 

Puding Sagu Gula Melaka

Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. 

Sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup air. Tutup api dan masukkan air ke dalam periuk sagu dan kacau rata.

Puding Sagu Gula Melaka

Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambil dikacau untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau rata menggunakan garfu.

Puding Sagu Gula Melaka
Puding Sagu Gula Melaka

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.  

Nota: boleh juga terus dimasukkan sagu ke dalam air gula Melaka dan kacau rata. Masukkan dalam bekas sesuai dan sejukkan. Bila hendak makan, tuang susu cair atau santan yang telah dimasak. 

Puding Sagu Gula Melaka

Untuk Manisan:

1 keping gula melaka – 100 gram
1 sudu besar gula pasir
½ cawan air
1 helai daun pandan – simpul
½ sudu besar tepung jagung – bancuh dengan air

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung, masak hingga gula larut dan mendidih. 

Puding Sagu Gula Melaka

Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah tutup api.

Puding Sagu Gula Melaka

Santan:1 cawan santan
¼ sudu kecil garam
atau:
Susu cair

Santan dimasak dengan sedikit garam. Sedia untuk digunakan. 

Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair.

Letak 1 sudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati.

Sagu Gula Melaka

Puding Sagu Gula Melaka Nur Qaseh

Oleh: Azie Kitchen

Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
Jagung manis
Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.

Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.

 

 

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis
Santan:
1 cawan pati santan

1/4 sudu teh garam

atau:

Susu cair
Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair. Letak sesudu jagung manis.

Puding Sagu Gula Melaka
Puding Sagu Gula Melaka