BLOCKCHAIN

Apa itu Teknologi Blok Rantai (Blockchain)?

Jika kita biasa dengan bacaan-bacaan mengenai teknologi blockchain, nama yang sering dikaitkan dengan teknologi ini adalah Bitcoin. Namun, blockchain tidak terhad kepada bitcoin sahaja, tetapi penggunaannya boleh merangkumi pelbagai aspek seperti kewangan, logistik, pilihanraya, penyimpanan data malah politik sekalipun.

Artikel ini merangkumi subtopik-subtopik utama mengenai teknologi blockchain ini iaitu:

  1. Ciri-ciri utama teknologi blockchain
  2. Sejarah teknologi blockchain
  3. Mengapa blockchain?
  4. Bagaimana blockchain berfungsi?
  5. Integriti blockchain
  6. Kaedah serangan blockchain
  7. Maklumat tambahan
  8. Rujukan

Ciri-ciri utama

Walaupun teknologi blockchain merangkumi pelbagai aspek, terdapat persamaan antara ciri-ciri teknologi blockchain yang digunakan. Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:

  1. Blockchain menyimpan maklumat dalam satu blok.
  2. Tiada satu badan atau satu pemain utama yang terlibat memastikan integriti data yang tersimpan dalam blok. Setiap blok ini dipantau dan disahkan oleh semua pemain yang terlibat. (Pemencaran kuasa/decentralization)
  3. Maklumat dalam blok tak boleh diubah oleh satu-satu pemain.
  4. Apabila maklumat dalam satu blok ini sudah selesai disimpan, ia akan dirantai dengan blok sebelumnya.
  5. Bagi mengubah kandungan satu-satu blok, satu persetujuan perlu diadakan antara majoriti pemain yang terlibat.
  6. Jika ada seseorang pemain cuba mengubah mana-mana blok, pemain-pemain lain akan sedar akan perubahan ini, dan integriti blok dapat dikekalkan.
T

Sejarah teknologi blockchain

Aplikasi blockchain pertama iaitu Bitcoin mula diperkenalkan oleh seorang individu tak dikenali, Satoshi Nakamoto sekitar tahun 2008. Namun, sejarah blockchain bermula sebelum daripada tahun 2008. [1]

Sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, telah wujud usaha untuk memperkenalkan sistem kewangan elektronik yang tidak bergantung kepada mana-mana institusi kewangan seperti bank. Namun, kebanyakan sistem ini mengalami masalah yang sukar dielakkan. Masalah terbesar ialah perbelanjaan dua-kali (double spending). [2]

Pada tahun 1991, Stuart Haber dan W. Scott Stornetta telah menerbitkan sebuah artikel mengenai kaedah untuk mencap waktu (time-stamping) sesuatu dokumen digital. Pengecapan waktu bagi sesuatu dokumen adalah penting untuk mengetahui tarikh wujud sesuatu dokumen digital itu. Jika sesuatu dokumen digital itu tiada tarikh wujud, maka sesiapa pun boleh mendakwa bahawa dialah yang menghasilkan dokumen itu. Ini boleh menimbulkan masalah berkenaan hak cipta sesuatu dokumen digital. [3]

Pada tahun 1998, Wei Dai telah memperkenalkan b-money sebagai satu matawang/aset digital yang tidak diselia oleh mana-mana institusi kewangan. Namun, b-money tidak berjaya direalisasikan kerana tiada kaedah perlaksanaan yang dipersetujui oleh pemain-pemain yang terlibat.

Pada tahun yang sama, Nick Szabo telah memperkenalkan Bit Gold, satu jenis aset digital yang menjadi pelopor kepada Bitcoin. Bit Gold mempunyai pelbagai elemen yang serupa dengan Bitcoin, namun Bit Gold tidak dimulakan seperti Bitcoin. Ia hanya kekal sebagai satu konsep pada kertas. Szabo merupakan pelopor teknologi blockchain. [5]

Pada tahun 1997, Adam Back telah memperkenalkan satu elemen penting yang memacu teknologi blockchain dalam bitcoin, iaitu hashcash. Hashcash pada asalnya adalah satu mekanisma untuk mengelakkan daripada berlakunya serangan nafi khidmat (Denial of Service/DoS) pada e-mel spam. Dalam bitcoin, ia digunakan sebagai bukti kerja dilaksanakan (proof of work) atau lebih popular dikenali sebagai penggalian (mining).

Pada tahun 2005, Hal Finney telah memperkenalkan konsep bukti kerja boleh dilaksanakan guna semula (reusable proof of work). Konsep ini juga memperkenalkan matawang/aset kripto, namun ia tidak berjaya direalisasikan kerana masih memerlukan satu pusat utama untuk beroperasi

Akhirnya, pada tahun 2008, seorang individu yang tidak diketahui identiti sebenarnya telah menerbitkan satu kertas putih (whitepaper) yang membawa konsep bitcoin, satu matawang/aset kripto yang tidak berpusat, bebas daripada inflasi, dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud daripada usaha-usaha sebelumnya. Individu tersebut adalah Satoshi Nakamoto. [1]

Mengapa blockchain?

Dalam kehidupan bermasyarakat, ada pelbagai interaksi yang dilakukan antara seseorang individu, dengan individu lain dalam masyarakat tersebut. Interaksi-interaksi ini adalah seperti perbualan, pemberian barang, pengundian, transaksi jual-beli dan media sosial.

Secara kita tidak sedari, sebahagian daripada interaksi ini memerlukan pihak ketiga yang dipercayai oleh kedua-dua belah pihak. Lihat sahaja pada badan-badan kerajaan dan swasta yang ada seperti institusi kewangan, institusi kehakiman, suruhanjaya pilihanraya, syarikat kiriman barang, pembekal internet dan pelbagai contoh lain yang ada di sekeliling kita

Kewujudan pihak ketiga ini bukanlah suatu yang negatif secara mutlak. Malah, tanpa kewujudan pihak ketiga, manusia tidak dapat maju seperti keadaan hari ini. Namun, kewujudan pihak ketiga juga boleh membawa masalah jika kepercayaan yang diberikan, dikhianati oleh pihak ini. Masalah korupsi, salah guna kuasa, penyeludupan dan penjualan data peribadi adalah antara contoh yang berkait dengan pihak ketiga.

Dalam interaksi yang memerlukan pihak ketiga, ada dua elemen penting yang terlibat iaitu pemindahan barang/maklumat dan kepercayaan. Kita ambil dua contoh yang mudah, penghantaran barang, dan sistem pilihanraya.

Dalam penghantaran barang jarak jauh, wujud tiga pihak, iaitu pemilik asal, pemilik baharu dan pihak pengirim barang(syarikat pos). Pemilik asal memberikan barang kepada pihak pengirim, dan pihak pengirim menghantar barang tersebut kepada pemilik baharu. Dalam proses penghantaran, kedua-dua pemilik asal dan pemilik baharu meletakkan kepercayaan kepada syarikat yang mengirimkan barang untuk menghantar barang tersebut.https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-9625625

Dalam sistem pilihanraya pula, tiga pihak yang terlibat ialah pengundi, calon, dan institusi pilihanraya. Pengundi memilih calon berdasarkan undian. Undian tersebut diselia oleh institusi pilihanraya, dan keputusan undian dibuat oleh institusi pilihanraya.

Dalam kedua-dua contoh di atas, pihak ketiga boleh melakukan pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan.

Teras utama dalam teknologi blockchain ialah menghapuskan sepenuhnya atau mengurangkan peranan pihak ketiga, dan mengagihkan kuasa tersebut secara adil kepada semua individu yang terlibat.

Bagaimana blockchain berfungsi?

Blockchain bukanlah suatu blok fizikal yang dirantai. Namun, gambaran fizikal tersebut adalah satu analogi yang sesuai dengan konsep blockchain itu sendiri.

Pertama, dalam sesebuah blok tersimpan segala maklumat berkaitan interaksi antara dua pihak yang terlibat. Maklumat ini seperti transaksi wang, undian, lokasi barang kiriman dan data individu. Blok yang dimaksudkan boleh terdiri dalam bentuk pangkalan data umum (public database)

Kedua, bagi menjamin integriti sesebuah blok, data di dalam blok tersebut perlu disahkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat. Pengesahan dan persetujuan ini dibuat secara umum melalui tandatangan digital yang tidak boleh dipalsukan.

Rajah 1 https://bitcoin.org/bitcoin.pdf

Ketiga, pengesahan dan persetujuan bersama antara semua pihak ini direkodkan dalam satu tandatangan digital yang unik (istilah teknikal ialah Hash). Tandatangan ini kemudiannya diumumkan kepada semua pihak dan didaftarkan sebagai tandatangan unik bagi keseluruhan maklumat dalam blok tersebut. Jika mana-mana pihak cuba mengubah maklumat asal, maka tandatangan unik tersebut akan berubah, dan semua pihak akan menyedari perubahan tersebut, dan boleh bertindak menafikan perubahan itu.

Rajah 2 https://bitcoin.org/bitcoin.pdf

Keempat, apabila maklumat dalam sesebuah blok telah lengkap, ia akan dirantai kepada blok sebelumnya. ‘Rantai’ ini dibuat dengan menggabungkan tandatangan blok sebelumnya, dengan tandatangan unik dalam blok yang terbaru. Gabungan kedua-dua tandatangan ini, menjadi tandatangan utama bagi blok tersebut.

Integriti Blockchain

Integriti maklumat yang wujud di dalam sesebuah blok, tidak memerlukan mana-mana pihak ketiga untuk menjaga blok tersebut. Semua pihak yang terlibat, berperanan mengesahkan integriti maklumat yang disimpan, dan membuat persetujuan bersama.

Integriti ini diperkukuhkan lagi dengan merantai sesebuah blok, dengan blok sebelumnya. Jika maklumat di dalam sesebuah blok diubah, maka keseluruhan tandatangan pada blok itu, dan blok-blok yang dirantai selepasnya, akan berubah. Oleh yang demikian, apa-apa pengkhianatan terhadap maklumat di dalam sesebuah blok, dapat dikesan oleh semua pihak yang terlibat, dan bukan pihak ketiga.

Kaedah serangan blockchain

Dalam interaksi yang memerlukan pihak ketiga, sesuatu serangan boleh dilakukan dengan menyerang pihak ketiga tersebut. Serangan ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu, termasuklah pihak ketiga sendiri. Antara contoh serangan yang telah berlaku adalah pencerobohan data dan korupsi pihak ketiga. Serangan-serangan ini dapat dielakkan dengan menetapkan undang-undang tertentu bagi menghukum penyerang. Namun sistem ini juga masih terdedah kepada masalah sama kerana undang-undang itu dilaksanakan oleh pihak ketiga.

Adakah blockchain ini terbukti selamat daripada apa-apa serangan?

Walaupun integriti blockchain itu dipelihara melalui persetujuan bersama, ia masih terdedah kepada serangan. Antara serangan yang boleh berlaku ialah serangan 51% dan serangan komputer kuantum.

Serangan 51% berlaku apabila majoriti daripada pihak yang terlibat, merancang untuk mengubah maklumat yang tersimpan pada blok. Serangan ini sukar berlaku kerana sukar bagi majoriti sesebuah masyarakat itu untuk menyerang maklumat yang melibatkan majoriti masyarakat itu sendiri.

Serangan daripada komputer kuantum boleh berlaku dengan menembusi keselamatan pada tandatangan digital setiap blok. Piawaian keselamatan yang digunakan hari ini adalah berdasarkan daripada SHA-256 (Secure Hash Algorithm) dan ECC (Elliptic curve cryptography). Algoritma Grover tidak mampu menembusi SHA-256. Ia hanya mampu mengurangkan kesukarannya daripada O(N) penilaian, kepada O(N1/2) penilaian menggunakan serangan hentam kromo (brute force attack). Algoritma ini berbeza dengan algoritma Shor yang menyerang terus kepada algoritma ECC dan RSA, dan mengurangkan masa penilaian secara eksponen (daripada masa eksponen kepada masa polinomial).

his Photo by Unknown Author is licensed under CC BY

Maklumat tambahan

·      Perbelanjaan dua-kali 

Pernahkah anda tertanya, apabila anda menggunakan e-wallet TnGo, apa yang menghalang anda daripada membuat 2 pembayaran sekaligus pada satu-satu masa? Andaikan ada dua pengimbas yang mengimbas kod QR anda pada satu-satu masa. Adakah anda berjaya membuat 2 transaksi sekaligus?

Bayangkan situasi ini pula: Andaikan anda mempunyai RM 100 dalam dompet elektronik yang tidak diselia oleh mana-mana institusi kewangan.  Anda boleh menciplak duit anda sesuka hati, daripada RM100 menjadi RM200, menjadi RM400 dan seterusnya. Kemudian, anda boleh membelanjakan wang anda ini di kedai. Maka, nilai duit ini sudah tidak boleh dikawal dan terdedah kepada inflasi.

  • Tandatangan blok

Sesuatu blok pada satu rantaian blokchain, mempunyai tandatangan masing-masing yang unik. Tandatangan ini datang dalam bentuk Hash yang terhasil daripada beberapa gabungan maklumat lain. Istilah teknikal yang digunakan ialah Hash dan saya akan gunakan istilah ini bagi menerangkan pendetilan tandatangan tersebut.

Apabila sesuatu maklumat didaftarkan pada blok, ia bukanlah datang dalam bentuk sebenar seperti ‘Identiti A mengundi calon 1, Identiti B mengundi calon 2, …’. Tetapi, maklumat ini didaftarkan dalam bentuk Hash yang menggunakan algoritma SHA-256.[13] Hash ini unik bagi setiap maklumat yang tersimpan didalamnya. Anda boleh gunakan pautan berikut untuk mencuba: https://andersbrownworth.com/blockchain/blockchain  

  • Rantaian Blok

Apabila maklumat pada sesebuah blok telah lengkap, ia akan dirantai dengan blok sebelumnya dengan menggabungkan Hash daripada blok sebelumnya dengan segala maklumat di dalamnya untuk membentuk Hash bagi blok tersebut. Lihat pada gambar sebelum ini, andaikan pihak daripada calon 1 ingin mengubah undian pada blok pertama. Ia akan mengubah Hash bagi blok tersebut, dan blok-blok seterusnya. Dalam bahasa mudah, rantaian tersebut telah putus, dan kesemua pihak dapat mengesan perbuatan calon 1 tersebut. Keseluruhan proses ini berlaku tanpa kewujudan pihak ketiga.

  • Bukti kerja dilaksanakan (Proof of Work/PoW)

Bukti kerja dilaksanakan adalah satu komponen utama dalam teknologi blockchain, terutamanya bitcoin. Istilah yang lebih kerap digunakan ialah penggalian (mining). Pihak-pihak yang terlibat dalam penggalian ini menunjukkan bukti kerja dilaksanakan dengan mencari nonce pada sesuatu blok yang menghasilkan Hash dengan permulaan beberapa digit 0. Dalam rajah di atas (blok berwarna hijau), setiap blok mempunyai Hash yang bermula dengan 4 digit kosong.

Apabila maklumat baharu dimasukkan dan lengkap dalam sesuatu blok, pihak yang terlibat perlu mencari nonce yang baharu supaya Hash yang dihasilkan, bermula dengan beberapa digit 0 yang telah ditetapkan. Hash yang terhasil itu mengandungi 3 maklumat iaitu maklumat pada blok, maklumat Hash daripada blok sebelumnya, dan nonce bagi blok tersebut.

Bagi bitcoin, kesukaran mencari nonce ditetapkan pada kadar 10 minit setiap blok. Ini bermaksud, segala transaksi melibatkan bitcoin, akan disahkan dalam masa 10 minit sahaja, iaitu apabila blok tersebut telah dirantai dengan blok sebelumnya.

Sessi perkongsian Ilmu berkenaan Blockchain dengan Pihak USIM. Pengarah USIM sangat memberi kerjasama yang baik dan tidak lokek untuk memberi maklumat dan pengetahuan yang ada. Good Job Pn Khadijah….

Ruang Kerja DDI ….

Tahun 2022 akan bermula beberapa hari sahaja lagi….Banyak kerja yg dah berjaya disiapkan untuk mencapai KAI 2021.

Rasa bangga..sebab dapat teamwork yg rajin…baik..dan dengar kata….hihi…Kejayaan kita perlu mendapat sokongan dari ahli team sebenarnya.

Tahun baru 2022..Bos Baru Struktur Baru….yang penting kita buat kerja macam biasa. enVision 2025…………..is coming

Majlis Perpisahan BFF Pn Suraya Bin Ibrahim 30 Disember 2021

Hari ni hari terakhir sahabat baik saya, Pn Suraya Ibrahim berkhidmat sebagai staf lantikan kontrak di UTMDigital. Saya mengenali beliau sejak tahun 2010. Bermula dari interview sama2. Masuk CICT pun sama 1/2/2010. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun di sini. Beliau juga salah seorang ahli geng piranha. Geng saya selalu jadikan beliau pakar rujuk sebab beliau seorang pendengar yang baik, suka memberi nasihat, berilmu tentang banyak perkara dan juga seorang yang sentiasa positif dan bersangka baik pada semua orang.

Ingatkan x nak sedih….tapi bila dia berucap…terus nangis….x kuat sebenarnya bila kawan baik kita dah xder kat opis…..Semoga Pn Suraya dimurahkan rezeki…dan bahagia bersama keluarga………

Apakah diet yang sihat dan seimbang?

Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang boleh memberi gabungan tenaga dan zat-zat makanan yang berbeza, dapat membantu menjaga kesihatan secara am dan mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk fungsi harian. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, dan produk tenusu memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi badan anda (Gambar 1).3,4

Gambar 1: Apa yang anda perlu makan dan berapa yang anda perlukan setiap hari?*

What is a healthy, balanced diet?

Bilangan hidangan dikira berdasarkan 60% jumlah kalori daripada karbohidrat (50% karbohidrat komplek + 10% gula ringkas), 15% daripada protein dan 25% daripada lemak, untuk orang yang memerlukan jumlah 1,500 kcal sehari, 2,000 kcal sehari atau 2,500 kcal sehari.3

Gambar 2 menunjukkan bagaimana anda boleh membuat diet seimbang di atas pinggan

Gambar 2: Pembahagian pinggan sihat4

What is a healthy, balanced diet?

Salah satu faktor kepada diet yang sihat dan seimbang adalah makan secara sederhana. Ini termasuk:

1. Makan mengikut keperluan tenaga seharian anda: Jumlah tenaga yang anda perlukan dalam sehari bergantung kepada jantina, umur, ketinggian, berat badan, saiz badan, tahap aktiviti fizikal dan kadar metabolik anda.4 Tentukan keperluan tenaga seharian anda berdasarkan kategori yang sesuai dengan anda3,4:

What is a healthy, balanced diet?

2. Mengambil jumlah hidangan yang betul: Nda juga patut mengawal saiz hidangan dengan mengambil jumlah makanan yang sesuai untuk mengelak daripada terlebih makan.Jadual 1 menunjukkan jumlah hidangan untuk setiap jenis makanan berdasarkan keperluan tenaga seharian anda, manakala, Jadual 2 menunjukkan contoh saiz hidangan untuk pelbagai jenis makanan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan kalori untuk makanan yang biasanya dimakan di Malaysia daripada Jadual 3.

Jadual 1: Contoh-contoh saiz satu-hidangan untuk pelbagai jenis makanan

What is a healthy, balanced diet?

Jadual 2: Contoh-contoh saiz satu-hidangan untuk pelbagai jenis makanan4

What is a healthy, balanced diet?

Jadual 3: Kandungan kalori dalam makanan Malaysia4.5

What is a healthy, balanced diet?

Cawan, pinggang, sudu besar dan sudu kecil adalah ukuran yang biasa digunakan untuk menganggarkan jumlah makanan yang anda makan dalam sehari. Secara alternatif, anda boleh gunakan panduan visual sebagai cara mengukur (Gambar 3).6

Gambar 3: Panduan visual untuk menganggar hidangan makanan6

What is a healthy, balanced diet?

Jalan-jalan Cari Makan

Ikan, Sotong, Udang Celup Tepung 

Gerai ni lokasinya di hujung sekali. Depan Sk Sedili Besar. Dia ada jual udang,  ikan  dan sotong celup tepung. Keropok dan pisang goreng pun ada. Istimewanya kedai ni bagi aku kesegaran bahan basahnya, kuahnya, dan tepungnya tu. Rangup. Aku suka. Cuma sini korang kena datang awal kalau tak tak dapat tempat  Kerusi meja dia tak banyak. Yang ni pada aku memang kena improve.  Sebab pengunjung memang selalu ramai tapi tak cukup tempat. Servis dia boleh tahan laju jugak. Tak lama sangat la menunggu.

Sebelum goreng

Harga boleh tahan. Ikut pilihan dan bajet korang  Ada udang RM 10 dapat 3. Ada udang besar sikit RM7 sekor. Sotong pun sama ikut saiz. Kalau besar mahal sikit la. Tapi puas hati la  Sekor pun kadang cukup dah. Sebab besar.  Depan kedai ni ada taman permainan. So sambil makan2 boleh layan anak2 main. Anak2 aku memang kejarkan main kat sini. Takmo makan. 
Selain celup tepung, ada jugak gerai lain yang jual maggie ketam,  maggie udang, mee rebus, abc dan lain. Boleh pilih ikut suka korang. 

Ok lah ..puas hati…17/12/2021 – Jalan2 ngan family

Strategi untuk komunikasi ruang kerja yang berkesan

Komunikasi yang berkesan di tempat kerja bukan hanya bersifat terbuka dan jujur dengan pekerja dan rakan kerja anda—walaupun itu tidak akan merugikan. Inti pati komunikasi profesional ialah asas proses dalaman dan budaya syarikat perniagaan anda, menentukan cara kerja anda dan cara anda menjalani hubungan sesama manusia. Terokai kepentingan komunikasi tempat kerja serta beberapa strategi terbaik untuk komunikasi di tempat kerja.

Mengapakah komunikasi yang berkesan di tempat kerja penting?

Komunikasi tempat kerja yang pintar ialah salah satu kunci kepada kejayaan jangka panjang perniagaan anda, membantu meningkatkan produktiviti dan mengekalkan hubungan kerja yang kukuh di seluruh organisasi anda. Cuba fikirkan tentang gejala komunikasi yang lemah di tempat kerja: matlamat syarikat yang tidak dapat difahami, model maklum balas yang terhad atau tidak wujud, pengurusan konflikyang lemah atau arahan yang tidak jelas daripada pengurus. Semua menjadi satu perkara—pembaziran. Masa dibazirkan, usaha dibazirkan dan modal dibazirkan. Dalam erti kata lain, standard komunikasi profesional syarikat anda mempunyai kesan langsung pada garis dasar perniagaan anda, dengan satu kajian menunjukkan bahawa syarikat yang berkomunikasi secara berkesan memberikan 47% pulangan lebih tinggi kepada pemegang saham (dalam tempoh lima tahun) berbanding syarikat yang tidak berkomunikasi dengan baik.

5 strategi komunikasi profesional

Memastikan komunikasi berkesan di tempat kerja harus menjadi agenda utama pasukan kepimpinan syarikat anda. Kami telah menggariskan beberapa cara terbaik untuk meningkatkan komunikasi di tempat kerja di bawah:

1. Melabur dalam ruang kerja yang pintar

Paling penting, mustahak untuk memusatkan alat komunikasi profesional anda. Kira-kira 50% pekerja  menggunakan aplikasi atau perisian yang tidak sah, iaitu—selain daripada menjadi risiko keselamatan—boleh menyebabkan pasukan dan projek tidak selaras. Saluran komunikasi tidak berpusat dan rosak menyebabkan masalah dengan akses ke dokumen atau fail, serta situasi yang beberapa rakan sekerja mungkin tidak mempunyai semua maklumat yang mereka perlukan untuk meneruskan, mengakibatkan kelewatan dan pendapatan dibazirkan.

Penyelesaian? Ruang kerja pintar , seperti Dropbox, yang menggabungkan semua pelantar, apl dan jenis kandungan perniagaan anda di satu tempat. Dengan cara itu, ahli pasukan tidak perlu bertukar antara alat semasa mereka bekerja pada tugas berlainan sepanjang hari. Contohnya, ciri pengurusan tugasDropbox Paper boleh membantu memastikan semua orang mengikut jadual dan memahami perkara yang dijangkakan daripada mereka, membantu meningkatkan kebertanggungjawapan dan memastikan garis komunikasi yang jelas.

Perancangan projek juga ialah bidang yang memerlukan komunikasi tempat kerja yang sangat baik. Templat perancangan projek Dropbox Paper boleh memberikan anda alat yang anda perlukan untuk memastikan seluruh pasukan berada pada halaman yang sama. Menugaskan tugasan dan mengumpulkan semua maklum balas anda di satu tempat, supaya tiada lagi salah faham melalui e-mel yang membingungkan. Ketika menguruskan maklum balas dalam masa nyata, anotasi pada Dropbox jauh lebih berkesan daripada rantaian e-mel yang panjang dan serabut dengan terlalu banyak orang di cc.

2. Bercakap secara bersemuka, jika boleh

Di tempat kerja moden, pertemuan secara bersemuka kadang-kadang diketepikan kerana alat komunikasi tempat kerja seperti Slack dan e-mel menjadi standard perbualan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan komunikasi secara bersemuka ketinggalan zaman. Jika anda perlu menyampaikan maklumat sensitif, pertemuan secara bersemuka adalah penting, manakala bertemu pasukan anda secara individu (atau sekurang-kurangnya melalui panggilan Zoom) membolehkan anda melihat bahasa badan dan ekspresi wajah, sehingga anda dapat memahami sepenuhnya kelancaran anda menyampaikan maklumat tertentu. Fikirkan tentang saluran komunikasi anda seperti hierarki: panggilan video lebih bersifat peribadi berbanding panggilan telefon (hubungan mata adalah mesti), dan panggilan telefon lebih bersifat peribadi berbanding e-mel atau mesej segera.

3. Fokus pada kejelasan mesej anda

Untuk komunikasi yang berkesan di tempat kerja, anda perlu membawa kejelasan dan keringkasan pada mesej anda. Komunikasi pejabat yang tidak jelas daripada ketua boleh melewatkan atau melancarkan projek sebelum projek disiapkan (contoh, penduaan kerja, rangka masa yang membingungkan, penyampaian yang salah, dll.) iaitu sebab kepentingan mendapatkan mesej betul pada kali pertama. Sertakan arahan terperinci untuk mana-mana tugas dan pastikan anda menjawab soalan teras pasukan anda—apa, bagaimana dan mengapa. Jika anda tidak melakukan sedemikian, anda hanya akan mengelirukan dan tidak melibatkan rakan sekerja daripada tugas yang dilakukan. Sudah tentu, komunikasi profesional yang lemah juga boleh berlaku pada pembekal dan pelanggan, menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan perniagaan anda dan pergi ke tempat lain. Elakkan perkara ini dengan mengekalkan komunikasi yang cepat dan jelas daripada awal.

4. Amalan “sikap berterus terang secara terbuka”

Sikap berterus terang secara terbuka ialah rangka untuk komunikasi profesional yang memerlukan anda untuk mengambil berat tentang rakan kerja anda sambil mencabar tingkah laku mereka, memberikan anda keseimbangan tepat antara sifat agresif dan empati dalam persekitaran kerja. Bagi kebanyakan pemimpin, kemahiran komunikasi yang baik bukan sifat semula jadi. Malah, sebuah tinjauan oleh Interact mendapati bahawa 69% daripada pengurus tidak selesa berkomunikasi secara langsung dengan pekerja, manakala 37% menyatakan bahawa mereka tidak selesa memberikan maklum balas langsung jika mereka percaya bahawa pekerja mungkin memberi respons secara negatif. Sekiranya itu kedengaran seperti diri anda, sikap berterus-terang secara terbuka boleh menjadi strategi komunikasi di pejabat yang anda perlukan, membantu anda untuk membina pasukan yang padu dan mencapai hasil yang lebih baik.

5. Mengekalkan struktur komunikasi mendatar

Membuka aliran komunikasi pejabat merupakan cara yang bagus untuk memberi suara kepada pekerja anda. Sebuah Tinjauan tahun 2018 daripada The Economist Intelligence Unit mendapati bahawa 31% pekerja menyatakan kekurangan komunikasi yang terbuka dan jujur sebagai penyebab semangat yang rendah. Ini merupakan faktor penting untuk penglibatan pekerja dan kepuasan kerja. Untuk menggalakkan hubungan di tempat kerja anda, anda perlu memastikan struktur komunikasi mendatar iaitu pekerja peringkat C dan pengurusan kanan berkomunikasi secara langsung dengan pekerja, mengundang maklum balas langsung.

Dalam erti kata lain, pekerja junior harus merasa diberi kuasa untuk bercakap dengan pekerja berjawatan tinggi—tidak seharusnya ada perasaan bahawa komunikasi dengan pemimpin organisasi disekat atau tidak disukai. Ini mungkin memerlukan perubahan pada tahap institusi, tetapi ada strategi komunikasi tempat kerja lain yang mungkin dapat anda laksanakan untuk merapatkan jurang antara kepimpinan dan pekerja, seperti dewan bandar maya dengan sesi soal jawab.

Ucapan akhir

Komunikasi profesional boleh memainkan peranan penting dalam hampir semua aspek perniagaan anda secara maya. Menguasai komunikasi yang berkesan di tempat kerja dapat membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti, dan inovasi, memastikan pekerja terlibat dan menyebabkan perniagaan anda sentiasa berjaya.

Jadikan ilmu Al-Quran panduan hidup

ILMU yang Allah swt turunkan kepada manusia harus dijaga dengan baik.

Antara ilmu yang Allah swt berikan kepada manusia adalah apa yang Allah wahyukan dan ilmu ini disebut dalam kitab suci Al-Quran.

Justeru, dalam kuliah tafsir yang disampaikan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram di Masjid Darul Makmur baru-baru ini, jemaah diingatkan supaya menghargai ilmu pemberian Allah swt itu dengan baik dan jangan kita sibuk mempersoalkan yang bukan-bukan.

TENTANG ROH

Mufti telah mentafsirkan surah Al-Isra’ daripada ayat 85 dalam surah Al-Isra’ membawa maksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah bahawa roh itu adalah daripada urusan Tuhanku dan kamu itu tidak diberikan sembarang ilmu kecuali sedikit sahaja yang diberikan kepadamu.”

Ayat tersebut menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah ditanya orang:

“Yang namanya roh itu, apa, Ya Muhammad?”

Para sahabat yang satu ketika sedang bersama Nabi Muhammad saw di Madinah menceritakan bahawa sekumpulan orang Quraish telah berkata kepada Nabi Muhammad:

“Kalau betul apa kau katakan selama ini, cuba terangkan roh itu apa?”

Lalu, Nabi Muhammad saw dikhabarkan ketika itu menjenguk-jenguk ke arah langit dan orang yang menceritakan ini kata dia tahu bahawa pada saat itu diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad saw lalu Nabi Muhammad memberi ayat ini:

“Mereka tanya tentang roh, katakanlah roh adalah urusan Tuhan. Kamu semua tak tahu. Ilmu yang kamu ada itu sedikit sahaja yang diberikan kepada kamu.”

Roh itu adalah milik Allah dan sifatnya ghaib.

Upaya roh membolehkan manusia berfikir dan menjana ilmu.

Upaya roh menjadikan kekuatan rohani perkasa dan dapat membeza yang buruk dengan yang baik.

Roh juga memberikan daya kepada manusia supaya ianya menjadi buah amal yang diterima oleh Allah.

Lalu, ayat sambungan dalam surah Al-Isra’ itu menyaran manusia agar menjaga ilmu yang Allah turunkan dengan baik.

“Mana ilmu yang Allah dah turunkan, kita jaga itu dengan baik. Itu yang kita pegang, itu yang kita laksanakan, itu kita jadikan sebab supaya selamat di sisi Allah swt,” kata Mufti.

KEKUATAN AL-QURAN

Kemudian, manusia diingatkan:

“Wahai manusia, ingat, ini (Al-Quran) yang kami wahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Kalau Quran ini ditarik balik atau ayat-ayat ini Allah hapuskan, kita tak dapat mencari orang lain yang boleh tolong kita dapatkan balik ayat-ayat yang diturunkan Allah itu.”

Lalu, Mufti menjelaskan bahawa Al-Quran itu tidak akan hilang daripada kehidupan kita, tidak akan hilang daripada hati kita, tidak akan hilang daripada pegangan agama kita kalau ada rahmat daripada Allah swt.

Justeru, manusia tidak boleh sombong.

Lantas, macam mana hendak mendapat rahmat Allah swt?

Jadilah orang yang baik, yang taat, yang takut dengan azab dan kemurkaan Allah swt.

Ada manusia bersungguh-sungguh hendak menjadi pakar Al-Quran tapi ingat, kalau tidak ada rahmat Allah, akan hilang Al-Quran itu daripada kehidupan.

Satu perkara lagi, Al-Quran boleh hilang daripada jiwa dan hati kita jika kita tidak ambil iktibar daripada kandungan ayat Allah, kita tidak sungguh-sungguh, tidak menghargai dan tidak pelajari kitab suci Al-Quran dan jadikan ia sebagai panduan dalam hidup kita.

Jadi, Mufti mengajak umatnya agar belajar, tuntut ilmu, mengaji, baca Al-Quran dan menghargai ilmu yang Allah swt berikan kepada kita.

DITURUNKAN DALAM BULAN RAMADAN

Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 Allah menyatakan:

“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil).”

Maksud petunjuk itu luas maknanya.

Ia bukan sekadar pengetahuan dan ilmu, data dan fakta, pedoman dan maklumat, malah petunjuk daripada Allah itu mampu membentuk akal fikir dan hati nurani hingga terjelma watak contoh dan misali.

Turunnya Al-Quran di bulan Ramadan memberi erti yang amat besar kepada ahli abid (orang yg menghambakan diri kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya) supaya dekat dengan Allah dalam maksud melaksanakan yang makruf dan menghindar diri daripada yang mungkar.


”Mana ilmu yang Allah dah turunkan, kita jaga itu dengan baik. Itu yang kita pegang, itu yang kita laksanakan, itu kita jadikan sebab supaya selamat di sisi Allah swt.”
 Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Facebook
WhatsApp

Slip DISC

Apakah yang dimaksudkan dengan SLIP DISC?
Apa itu slip disc?

“nak buat kerja rumah sakit belakang”

“nak berjalan pun sakit belakang”

“rasa sakit sampai menjalar ke kaki, kadang-kadang rasa kebas-kebas kaki ni”

“sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakitbalik”

“baring baru rasa lega sakit belakang ni”

Adakah anda pernah mengalami situasi begini dalamkehidupan harian anda?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan sakitbelakang?

Sakit belakang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai puncasalah satu daripadanya adalah slip disc atau tulang rawantergelincir. Berdasarkan portal rasmi Kementerian KesihatanMalaysia slip disc merupakan diagnosis utama yang seringberlaku di kalangan pesakit tulang belakang.

Mengikut statistik, hampir 70% golongan dewasa akan mengalami sakitbelakang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka.

Slip disc boleh berpuca daripada proses penuaan yang berlakupada tulang rawan (intervertebral disc) anda, trauma, posturyang tidak bagus, mengangkat beban yang berat.

Masalah tulang rawan (intervertebral disc) berlaku apabila kandungandi dalam tulang rawan tersebut yang dikenali sebagai nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang anda. Kesannya, ia akanmenyebabkan berlakunya keradangan dan anda akan mengadusakit belakang, kebas-kebas dan rasa sakit menjalar ke kaki pula berlaku disebabkan oleh saraf yang terhimpit olehnucleus polposus tadi. Kadang-kadang slip disc juga bolehmenyebabkan sindrom cauda equine (kegagalan mengawal air besar atau air kecil).

SIMPTOM-SIMPTOM SLIP DISC
Jika anda mengalami slip disc anda akan merasa simptom-simptom berikut:

• Sakit dan kebas-kebas selalunya pada sebelah bahagiansahaja
• Rasa sakit yang menjalar ke lengan atau kaki
• Rasa sakit yang bertambah teruk pada waktu malam ataudengan pergerakan tertentu
• Rasa sakit yang bertambah teruk ketika berdiri atau duduk
• Rasa sakit ketika berjalan pada jarak dekat
• Merasa lemah-lemah otot yang tidak dapat dijelaskan
• Rasa mencucuk-cucuk atau panas pada tempat yang terlibat

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika rasa sakit andamenyebabkan kebas atau mencucuk-cucuk yang bolehmenggaggu keupayaan anda mengawal otot anda.

Apakah rawatan yang anda boleh dapatkan untuk masalah slip disc?
Slip disc boleh dirawat secara konservatif atau pembedahan. Selalunya rawatan diberikan bergantung kepada tahapketidakselesaan yang anda alami. Kebanyakan individumerasa lega dengan menjalani rawatan konservatif sepertiprogram senaman yang melibatkan senaman regangan dankekuatan sekitar otot belakang. Ahli fizikal terapi akanmembantu menguatkan otot belakang bagi mengurangkansakit belakang yang anda alami.

“sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakit balik”
Menyapu minyak panas atau menggunakan rawatan habaseperti menuam dengan tuala panas hanya memberi kelegaansementara, kerana haba daripada minyak panas dan tualapanas akan menghalang stimulus sakit anda dari di hantar keotak menyebabkan anda merasa lega buat seketika. Tetapidengan rawatan regangan, kekuatan dan fizikal terapi iamungkin dapat memberi kelegaan yang lebih panjang danmungkin juga dapat menyembuhkan anda daripada masalahsakit belakang.

Selain itu, ahli fizikal terapi juga akan mengajar andabeberapa senaman yang boleh anda lakukan di rumah. Beberapa kajian telah dilakukan dan keputusan menunjukanmereka yang melakukan senaman di rumah selepas sesi fizikalterapi kurang mendapat sakit belakang berulang berbandingmereka yang hanya melakukan senaman di klinik fisioterapi.

Pengalaman saya bila saya rasa betapa sakitnya kaki..kaki seperti mengembang…x boleh bergerak ..amat menyakitkan. Namun disebabkan sokongan keluarga dan kawan- kawan membantu saya pulih…walaupun tidak lah sepenuhnya…Tapi Alhamdulillah….boleh menguruskan diri sendiri..

Tahun 2020

Tahun yang sangat mencabar untuk saya

7 Punca Sakit Lutut Menjadi Masalah Utama

Masalah sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ sangat sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua. Kajian menunjukkan, seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit radang sendi atau ‘Osteoarthritis (OA).

Tahukah anda bahawa masalah ini merupakan penyebab utama kepada kemerosotan keupayaan fizikal. Bukan sahaja ia mengganggu rutin harian, tetapi masalah ini juga lama-kelamaan akan mempengaruhi emosi individu tersebut.

Apa itu Osteoarthritis (OA) Lutut?

Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut. Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.

Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Apabila seseorang mengalami OA pada lutut, pergerakan lutut akan terbatas di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya. Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Masalah OA pada lutut kebiasaannya terjadi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Ada juga yang mengalaminya pada usia yang lebih awal, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada lutut.

TAHAP-TAHAP OSTEOARTHRITIS (OA) LUTUT

Apakah punca berlakunya Ostoarthritis (OA) Lutut?

1. Umur: Semakin meningkat usia tua, proses penyembuhan rawan pada tulang untuk sembuh akan semakin perlahan.

2. Berat badan: Semakin tinggi berat badan seseorang, semakin tinggi tekanan yang akan dikenakan pada sendi lutut.

Setiap1 pound berat badan, ini menyebabkan penambahan sebanyak 3 hingga 4 pound bebanan yang akan dikenakan pada lutut.

3. Keturunan: Ini termasuk faktor genetik yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor bentuk tulang atau postur kedudukan lutut yang diwarisi dalam keluarga.

4. Jantina: Wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas lebih berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut berbanding lelaki.

5. Kecederaan lutut: Kebiasaannya mereka yang pernah mengalami kecederaan yang berulang kali pada lutut akan cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Contohnya, mereka yang terlibat dengan pekerjaan rutin yang banyak melibatkan mencangkung, melutut dan mengangkat barang yang berat (55 pounds dan ke atas), aktiviti ini menyebabkan tekanan yang konsisten diberikan pada sendi lutut.

6. Atlet: Atlet yang terlibat dalam sukan seperti bola sepak, tenis, atau berjalan jarak jauh berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut. Digalakkan untuk atlet sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan ketika latihan dan bersukan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengamalkan senaman yang mempunyai intensiti yang sederhana bagi menguatkan otot dan untuk mengurangkan risiko osteoartritis.

Otot yang lemah pada sekitar lutut akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami osteoarthritis.

7. Penyakit-penyakit lain: Mereka yang mempunyai penyakit ‘rheumatoid arthritis’, dan mereka yang mengalami gangguan metabolik tertentu, seperti berlebihan iron atau hormon tumbesaran dalam badan berisiko untuk mengalami osteoarthritis lutut.

Apakah gejala dan simptom Osteoarthritis (OA) Lutut?

  • Sakit pada lutut semakin meningkat apabila seseorang terlalu aktif, dan lega apabila berehat.
  • Rasa ketat dan keras pada sendi lutut terutamanya apabila bangun pagi dan duduk dalam keadaan yang lama.
  • Bengkak pada lutut disebabkan oleh berlakunya keradangan dalaman pada sendi lutut.
  • Pergerakan lutut yang terbatas menyebabkan fungsi fizikal yang kurang berkualiti dan tidak optimum.
  • Bunyi ‘klik’ dan menyakitkan apabila melakukan pergerakan lutut. Ini disebabkan oleh geseran yang berlaku antara permukaan tulang pada sendi lutut.

Bagaimana cara merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Kurangkan berat badan.

2. Sentiasa melakukan senaman: Untuk meningkatkan mobiliti dan pergerakan serta menguatkan otot.

3. Ubat-ubatan: Ubat tahan sakit dan ubat anti radang seperti acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), atau naproxen sodium (Aleve).

4. Rawatan suntikan steroid pada sendi lutut.

5. Memakai ‘knee guard’ atau ‘braces’ pada lutut terutamanya apabila melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan atau dalam keadaan yang lama. Ia berfungsi untuk memberikan sokongan pada sendi lutut.

6. Rawatan fisioterapi: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut. Senaman juga akan diajar bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

7. Pembedahan: Pembedahan yang dinamakan sebagai ‘total knee replacement’ akan dilakukan sebagai langkah rawatan terakhir.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Manual teknik: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut.

2. Modaliti untuk mengurangkan sakit: Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan pengaliran darah yang lancar

3. Senaman: Senaman juga harus dilakukan bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

4. Latihan keseimbangan: Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stabiliti badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

5. Penjagaan sendi: Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

6. Nasihat kepada pesakit:

  • Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
  • Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Segera rujuk doktor atau pakar 

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.