Archives for November 2024

Rencana Sepanjang Tahun 2024

Hampir menuju ke penghujung tahun 2024. Dari Januari 2024 hingga setakat November 2024, sebanyak 32 buah rencana telah ditulis, Alhamdulillah. Terima kasih majalah akademik/professional yang sudi menyiarkan makalah tulisan hamba.

Semoga saya terus istiqamah menulis untuk masyarakat, insya-Allah.

Hari Ini Dalam Sinar Harian

Tulisan saya dalam Sinar Harian hari ini (24 Nov 2024)

Rencana BH – 20 Nov 2024

Lama tak bersiaran di BH.

Alhamdulillah, tulisan saya di BH hari ini mengenai kelebihan PBD andai dihayati dan difahami bersama terutamanya oleh ibu bapa.

Artikel penuh boleh dibaca melalui pautan berikut

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/11/1326210/pbd-penilaian-berterusan-cungkil-pelbagai-potensi-murid

Artikel ini menggunakan afiliasi baharu iaitu Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (Faculty of Educational Sciences and Technology, UTM). Jom like dan follow page FB rasmi FEST

Till We Meet Again My Dear Students!

I promise this will be my last post about my PhD students’ convocation, which took place yesterday. Thank you for being part of my career journey, through its ups and downs, and for all the things we learned together.
I wish you all the best, both professionally and personally, in this world and the hereafter.
With that, I, Dr. Halim, am signing off.

Tahniah Buat Pelajar-Pelajar PhD Saya

Antara momen indah dan kepuasan seorang penyelia ialah melihat raut wajah gembira pelajar-pelajar seliaannya.

Tahniah buat pelajar PhD saya (penyelia utama) yang berkonvokesyen sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-68 hari ini.

1. Dr. Ilda Salwani

2. Dr. Chandra Sinniah

3. Dr. Sharifah Nurarfah

4. Dr. Hartini

Semoga ukhwah kita terus berkekalan, dan semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

Ikhlas,

Dr. Halim

Dari kiri; Dr. Sharifah Nurarfah, Dr. Chandra, Saya, Dr. Ilda Salwani dan Dr. Hartini

[BAHAGIAN AKHIR] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

18 Oktober 2024

Saya tiba di Hamad International Airport jam 7 am. Beratur agak lama di imigresen. Penerbangan saya ke KL jam 8 pm. Stopover yang panjang. Jadi saya ambil peluang untuk teroka kota Doha. Solat Jumaat di airport sebab airport tersebut disambungkan dengan masjid. Sangat selesa.

Saya ambil pakej lawatan 3 jam yang ditawarkan oleh Qatar Airways untuk menikmati pemandangan di Doha. Dalam bas, saya duduk depan sekali. Sekali tourist guide tanya, which country won the World Cup 2022 in Qatar? Saya blur kejap. Haha. Then saya replied, “Malaysia, I guess”. Hihi

Tamat lawatan, saya masuk ke balai pelepasan. Moden airport ni. Hamad International Airport ini baharu sahaja dinobatkan sebagai airport terbaik di dunia pada 2024. Boleh kalahkan Changi Airport yang mengungguli carta bertahun-tahun.

Tempat wajib bergambar ialah bear kuning besar dalam airport tu. Sempat buat video call dengan anak-anak kat situ. Ada ke diorang suruh babah diorang bawa balik bear tu. Hihi

Saya akui keunikan dan kemodenan lapangan terbang ni. Besar ya ampun. Apabila berada di sini, terasa macam berada di shopping mall untuk golongan kayangan. Butik LV sahaja ada dua. Terdetik juga dalam hati, dalam orang ramai kelam kabut terkejar-kejar sana dan sini, sempat ke mereka membeli belah. Huhu. Saya pula hanya mampu beli keychain tertera perkataan Qatar sahaja. Itupun harganya tak masuk akal walhal made in China.

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur dari Doha sangat lancar.

Wajib ambil gambar di sini

19 Oktober 2024

Saya selamat tiba di KLIA jam 7.50 am. Saya cuba juga jenguk laman sesawang Air Asia. Namun harga tiket KL-JB tinggi. Jadi saya buat keputusan untuk menaiki bas YoYo yang terus ke JB dari KLIA. Sepanjang perjalanan, apa lagi, tidur. Sedar-sedar dah sampai Terminal Larkin.

Tamat sudah catatan ringkas kembara ilmu saya di bumi Amerika. Alhamdulillah, banyak ilmu dan kenangan yang saya timba walaupun dengan masa yang terbatas. Semoga saya terus diberikan kesempatan dan dimurahkan rezeki untuk menjejakkan kaki di negara-negara lain pada masa-masa mendatang, insya-Allah. Semoga kalian juga diberikan peluang yang serupa.

Namun, ingatlah

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”

Tamat

Sinar Harian – 10 Nov 2024

[BAHAGIAN 6] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

16 Oktober 2024

Hari terakhir persidangan. Setengah hari sahaja. Persidangan tamat selepas lunch. Pihak penganjur memaklumkan FIE 2025 akan diadakan di Nashville, Tennessee.

Walaupun saya dapat Visa ke US untuk 10 tahun, takdalah setiap tahun nak ke sana, kan? Kalau US-M tu mungkinlah..hihi

Jadi di sebelah petang, saya ke White House, yang dari kecil saya dengar namanya di televisyen, dada akhbar dan movie. Ingatkan dapat tengok dekat. Jauh rupanya. Okay lah ambil gambar buat kenangan di rumah kediaman presiden.

Oh ya, rakyat Amerika akan mengundi presiden baharu mereka tak lama lagi. Jadi banyaklah poster Mr Trump dan Kamala di sana. Berita kat tv pun banyak berkisar tentang kempen mereka.

D.C ni banyak sangat muzium yang best-best. Percuma pula tu. Tapi saya cuma sempat singgah satu sahaja, iaitu National Museum of American History. Best sangat muzium tersebut. Tak cukup 2-3 jam. Kemudian, muzium di sana juga besar-besar. Bila difikirkan balik, patutlah diorang boleh buat filem ‘Night at the Museum‘ sampai entah berapa kali sequelnya.

Hari sudah hampir maghrib. Maghrib di sana sekitar 6.30 pm. Saya sempat singgah di sebuah kedai cenderamata untuk beli sedikit ole-ole.

Sebelah malam, saya kemas bagasi sebab esok awal-awal pagi nak order Uber untuk ke airport.

17 Oktober 2024

Penerbangan saya dari D.C ke Doha jam 10 am. Penerbangan kali ini mengambil masa selama 12 jam. Just nice!. Sampai airport, check-in, pemeriksaan imigresen dan bersedia untuk boarding.

Rezeki saya dapat seat yang selesa dalam penerbangan kali ini. Masih lagi kelas ekonomi, tapi seat depan yang menghadap ke dinding tu. Walaupun saya duduk di tengah-tengah, iatu kanan saya orang Yaman, dan kiri saya orang Bahrain, tapi saya bebas bergerak ke toilet di samping dapat melunjurkan kaki dengan selesa. Alhamdulillah.

Mamat Bahrain sebelah saya ni peramah. Saya rasa dia anak somebody di Bahrain, tapi saya tak tanya lebih lah. Beliau graduated dari Northeastern University dan graduated pada tahun 2018. Waktu PKP, beliau dihantar bekerja sebagai pegawai diplomatik di Kedutaan Bahrain di D.C. Saya sempat berjenaka dengan beliau,

You know, in Malaysia, we have a joke. Which country in the world floods first, then it rains? That’s your country, Bahrain. ‘Bah’ is a Malay word that means flood, while rain means ‘hujan’ in Malay.

Bersambung…

United States Capitol

Kemasukan Februari 2025

Bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian sarjana (master) dalam bidang pendidikan matematik secara Open and Distance Learning (ODL), permohonan kini dibuka untuk kemasukan Februari 2025.

Maklumat lanjut, titipkan e-mel ke p-halim@utm.my
dan tinggalkan nombor telefon anda untuk saya hubungi.

[BAHAGIAN 5] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

15 Oktober 2024

Hari ketiga, saya membentangkan kertas kerja kedua. Pembentangan yang ini saya kira dapat menambat hati audiens sebab ia berkaitan indigenous people. As expected, banyak soalan yang diutarakan.

Oh ya, setiap kali pembentangan, slaid pertama saya pasti akan ada tentang Malaysia. Sebab kan, ada yang tak tahu Malaysia kat mana, tapi diorang tahu Kuala Lumpur. Ada juga yang tahu Malaysia, tapi tak tahu Kuala Lumpur. So nak senang saya tepek peta Malaysia. Siap tunjuk, ini Kuala Lumpur. Ini Johor Bahru, di mana saya bekerja. Sebelah Johor Bahru tu Singapore. Kemudian selitlah gambar Menara Berkembar Petronas.

Di slaid terakhir, saya tak tulis “thank you”, tapi saya tulis “terima kasih”. Nampak tak betapa tingginya semangat kenegaraan saya. Gittew! Tapi kan saya geram juga, sebab setiap kali saya naik Uber, pemandu tu akan tanya, “where are you from?”. Saya takkan terus menjawab, sebaliknya saya akan tanya balik, “can you guess where I am from?”. Tapi takda satu pun yang jawab betul. Kebanyakannya, Filipina, ada sorang tu, Thailand, sorang tu Cambodia, dan yang paling tak boleh diterima, Bangladesh.

Kebetulan hotel saya terletak tidak jauh dari pasaraya Giant. Tak pasti sama ada Giant ni sama tak company dengan Giant di Malaysia sebab tengok logo tak sama. Selepas tamat persidangan, saya akan singgah untuk beli buah melon, pisang dan nanas untuk makan malam.

D.C sekarang dah nak masuk musim sejuk. Jadi di mana-mana akan nampak manusia berjalan sambil pegang secawan kopi panas. Jenama yang satu tu memang bersepah. Tapi memang taklah saya singgah. Saya cari cafe yang takda kat Malaysia. Tapi kan sejujurnya, kopi di sana tak memenuhi citarasa saya. Bagi saya kopi free flow hotel juga yang terbaik. Jadi tak payah bazir duit beli kopi.

Bersambung…

Selesai pembentangan kedua