[BAHAGIAN 4] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

14 Oktober 2024

Hari kedua persidangan. Ramai peserta sudah mula mendaftar. Saya bakal membentangkan kertas kerja pertama serta menjadi session chair pada sebelah pagi. Baju batik Terengganu diperagakan. Tapi semua macam tak teruja dengan baju batik tersebut. Hmm.. tak cukup cantik kot. Sabar je lah. Haha

Ada beberapa orang approach saya setelah saya menjadi session chair sebelah pagi. Seorang professor berasal dari India yang sebelum ini buat Master di UTP. “Apa khabar?”, tegurnya pada mula. Terkejut saya. Lama juga bersembang dengan beliau yang kini mengajar di US. Sedikit-sedikit pandai bahasa Melayu, katanya.

Seorang lagi student undergraduate dari Purdue University, juga berasal dari India datang approach saya. Katanya bapanya kerja dengan Petronas di Menara Berkembar dan dia membesar dan belajar di Indian Private School di KL sebelum sambung pengajian di Purdue.

Ini pengalaman pertama saya membentangkan kertas kerja persidangan di Amerika Syarikat. Sempoi je conference mereka. Takda pelajar yang tolong ke apa. Pandai-pandai lah peserta tu sendiri cari bilik sesi selari sebab buku program telah die-melkankan seminggu awal. Di kaunter pendaftaran pun, adalah dua orang yang bertugas.

Keynote address berlangsung pada waktu lunch. Walaupun masing-masing sibuk makan, mereka tetap beri perhatian pada keynote tersebut. Disebabkan tiada pilihan halal, saya ambil vegetarian. Mereka tak sediakan pork pun. Cuma grilled chicken yang mereka serve tu tak pasti sembelih atau tak. Jadi jalan selamat, saya pilih menu vegetarian.

Pembentangan saya bermula jam 5 pm. Sabar je lah. Mereka betul-betul fully utilize hari kedua sebab pada sebelah malam ada welcoming reception.

Selain ahli akademik dari pelbagai universiti seluruh dunia, saya cukup teruja dengan pembentangan dari pelajar under graduate Ivy Leagues Universities. Walaupun baru peringkat pra-siswazah, kajian mereka dah level-level PhD.

Bersambung…

I must thank my PhD students, Hakim and Ain, as well as my kind friends, PM Dr. Hilmi (UUM) and Dr. Farah (UTMKL), for making these studies and presentations a success.