[Part 2] Pencapaian Cemerlang Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia Dalam QS World University Rankings 2019

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/part-1-pencapaian-cemerlang-institusi-pendidikan-tinggi-ipt-malaysia-dalam-qs-world-university-rankings-2019/

Kriteria-kriteria yang diambilkira oleh QS dalam menentukan kedudukan sesebuah universiti dalam QS World Ranking seperti reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar kepada staf fakulti (20%), sitasi mengikut staf (20%), nisbah staf antarabangsa (5%) dan nisbah pelajar antarabangsa (5%). Dalam kriteria reputasi akademik, pandangan lebih dari 80000 individu yang berada dalam bidang pendidikan tinggi diperolehi yang mana pandangan ini meliputi aspek kualiti pengajaran dan penyelidikan sesebuah universiti. Kriteria ini menyumbang peratus paling besar berbanding kriteria-kriteria lain dalam menentukan kedudukan sesebuah universiti dalam ranking dunia. Kriteria reputasi majikan pula melibatkan pandangan majikan yang mengenalpasti institusi-institusi yang mereka fikirkan menghasilkan graduan yang cekap, inovatif dan efektif. Kriteria nisbah pelajar kepada fakulti pula melihat kepada sejauh mana sesebuah institusi menyediakan pelajar dengan akses kepada pensyarah, manakala sitasi mengikut fakulti merujuk kepada bilangan sitasi yang dimiliki oleh artikel-artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik sesebuah institusi dalam tempoh lima tahun kebelakang. Bilangan staf dan pelajar antarabangsa juga diambilkira dalam menentukan ranking sesebuah universiti kerana apabila sesebuah universiti berupaya menarik staf dan pelajar dari seluruh dunia, ini menunjukkan ia mempunyai jenama antarabangsa yang kukuh.

Jadual 1: Perbandingan Kedudukan Universiti di Malaysia untuk tahun 2018 dan 2019

Universiti Kedudukan 2018 Kedudukan 2019
Universiti Malaya (UM) 114 87
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 230 184
Universiti Putra Malaysia (UPM) 229 202
Universiti Sains Malaysia (USM) 264 207
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 253 228
UCSI University 481
Universiti Teknologi Petronas (Petronas) 601-650 521-530
Taylor’s University 601-650
Universiti Utara Malaysia (UUM) 701-750 601-650
International Islamic University Malaysia (IIUM) 701-750 651-700
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 701-750
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 751- 800 751-800
Multimedia University (MMU) 801-1000

Dengan data yang ada, penulis cuba analisis bagaimana UCSI yang baru pertama kali berada dalam ranking, dan terus melonjak ke kedudukan 481 terbaik dunia, dan keenam terbaik di Malaysia (berada di belakang kesemua lima universiti penyelidikan di Malaysia). Salah satu faktor utama ialah bilangan pelajar antarabangsa. Berdasarkan data, jumlah pelajar di UCSI ialah seramai 6,495 dan dari jumlah tersebut, seramai 1,647 merupakan pelajar antarabangsa yang berasal 80 buah negara. Penulis cuba bandingkan dengan universiti terbaik di Malaysia, iaitu Universiti Malaya (UM) untuk kriteria tersebut. Terbukti itulah satu-satunya kategori yang berjaya UCSI atasi UM. Skor UCSI untuk kategori tersebut ialah 75.4 iaitu tertinggi dalam kalangan universiti di Malaysia, manakala skor UM ialah 61.2. Begitu juga dengan Taylor’s University yang baru pertama kali berada dalam senarai, yang mencatatkan skor kriteria tersebut sebanyak 63.4. UCSI juga aktif bekerjasama dengan universiti terkemuka iaitu Ivy League, Russell Group, Universitas 21 and Australia’s Group of Eight. Ivy League merujuk kepada lapan universiti swasta di bahagian Utara Timur Laut Amerika Syarikat seperti Brown University dan Harvard University. The Russell Group pula merujuk kepada 24 buah universiti terkemuka di UK yang cemerlang dalam bidang penyelidikan, menawarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan serta menjalinkan hubungan yang erat dengan sektor awam dan swasta. Antaranya termasuklah University of Cambridge, University of Oxford dan Imperial College London. Australia’s Group of Eight (Go8) pula adalah kumpulan universiti terkemuka di Australia, yang intensif dalam bidang penyelidikan dan komprehensif dalam bidang pendidikan umum dan profesional. Antaranya termasuklah The University of Melbourne dan The Australian National University. Universitas 21 (U21) adalah rangkaian universiti-universiti terkemuka dunia yang berintensifkan penyelidikan dan memperkasakan ahli untuk berkongsi kejayaan, berkolaborasi merentas sempadan dan memupuk pertukaran pengetahuan secara global. Universiti-universiti tersebut mewakili rantau tertentu. Contohnya untuk rantau Asia Tenggara, ianya diwakili National University of Singapore (NUS). Hal ini membuktikan betapa besarnya kesan aktiviti mahupun aspek pengantarabangsaan dalam menentukan ranking sesebuah universiti.

Bersambung……

[Part 1] Pencapaian Cemerlang Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia Dalam QS World University Rankings 2019

Pada tanggal 7 Jun 2018 yang lalu,  QS World University Rankings 2019 telah diumumkan. Ia merupakan satu penilaian tahunan yang memberi pengiktirafan pada universiti-universiti terbaik di seluruh dunia. Berbanding tahun-tahun sebelum ini, ranking 2019 ini dilihat terbaik buat institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Berdasarkan laporan ranking 2019 tersebut, sebanyak 13 buah universiti Malaysia berjaya disenaraikan antara 1000 universiti terbaik di dunia. Bilangan ini merupakan yang tertinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, iaitu hanya lapan universiti tersenarai dalam ranking 2016, dan sembilan universiti dalam ranking 2017 dan 2018. Universiti Malaya (UM) merupakan universiti terbaik di negara kita ketika ini apabila berjaya menembusi kelompok 100 universiti terbaik di dunia dengan berada di kedudukan 87, meningkat dari kedudukan ke-114 tahun lalu.

Dengan kedudukan ini, UM berjaya mengatasi banyak universiti ternama yang lain seperti Boston University dan Purdue University di Amerika Syarikat, Uppsala University di Sweden, University of Aberdeen di Scotland, University of Geneva di Switzerland, dan banyak lagi. Ia turut mencatat sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia yang berada di kelompok 100 terbaik di dunia. Empat universiti penyelidikan yang lain terus mengukuhkan kedudukan sebagai lima universiti terbaik di Malaysia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-184 berbanding kedudukan 230 pada tahun lalu, diikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-202 berbanding kedudukan 229 pada tahun lalu, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-207 berbanding 264 pada tahun lalu dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-228 berbanding 253 pada tahun lalu. Selain lima universiti penyelidikan tersebut dan universiti yang pertama kali berada dalam ranking, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, universiti-universiti lain dalam ranking tersebut turut menunjukkan peningkatan atau mengekalkan kedudukan mereka sebagaimana edisi tahun lalu. Malah tiada satu pun universiti yang menunjukkan penurunan. Empat universiti swasta Malaysia berada dalam ranking buat pertama kali iaitu UCSI University, Taylor’s University, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Multimedia University (MMU). Walaupun pertama kali berada dalam ranking, beberapa universiti tersebut berjaya mengatasi universiti lain yang telah tersenarai dalam ranking sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam kalangan universiti swasta termasuk Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang telah pun berada dalam ranking sejak tahun 2017, UCSI berada di kedudukan 481 terbaik di dunia, dan seterusnya menjadi universiti swasta Malaysia terbaik ketika ini.

Bersambung…………

 

Tulisan Saya Dalam Dewan Siswa dan Backpackerz Oktober 2018

Alhamdulillah. Dua artikel saya dengan dua genre yang berbeza diterbitkan dalam dua majalah yang berbeza dalam bulan yang sama.

Artikel 1

 

Artikel pertama bersifat akademik dan amat istimewa sekali kerana buat pertama kalinya sepanjang saya menulis dalam pelbagai bahan bacaan, artikel saya dijadikan headline muka hadapan majalah Dewan Siswa bulan Oktober ini. Saya dihubungi editor majalah berkenaan semasa hari jadi saya pada bulan Ogos yang lalu dan diberikan topik ini. Ya, topik ini mungkin bukan dalam kepakaran saya tetapi saya tetap menerima kerana ia merupakan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Untuk menghasilkan artikel ini, banyak sumber yang telah saya rujuk untuk memperkayakan kandungan penting artikel tersebut. Saya juga berkongsi bagaimana UTM melalui Pelan Globalnya merancang pelan strategi untuk memastikan graduannya berjaya mendapatkan pekerjaan sejurus menamatkan pengajian.

Artikel 2

Artikel kedua merupakan sebuah travelog. Saya bukan anak orang senang. Malah saya tak malu nak mengaku bahawa saya anak felda. Jadi jika ada peluang ke luar negara yang biasanya bertujuan lebih ke arah akademik seperti membentangkan kertas kerja dan sebagainya, cuti tambahan akan dimohon tetapi sebagai ahli akademik, kita kena pastikan ianya tidak bertindan dengan tujuan utama kita ke sana. Alhamdulillah, kali ini pengalaman saya di bumi Sepanyol saya kutip dan titip dalam majalah Backpackerz untuk saya buat kenang-kenangan pada masa hadapan. Banyak kenangan manis sebenarnya sebelum dan semasa berada di sana. Antaranya, saya dimaklumkan yang Madrid terkenal dengan kes penyeluk saku (pickpocket). Jadi sepanjang berada di sana, satu-satunya baju yang saya pakai ialah t-shirt umrah yang kocek berzip di hadapan. Passport dan sejumlah wang diletakkan dalam poket t-shirt tersebut, dan sejumlah wang lagi dalam stokin. Hehe. Banyak lagi kenangan yang saya coretkan dalam travelog tersebut. Ini merupakan travelog ke-16 abam dalam majalah/suratkhabar. InshaAllah cukup 30 travelog, abam compile jadikan senaskhah buku ya.

Workshop on “Jom Bina Item KBAT!”

In conjunction with the 1st International Conference on Creative and Innovative Technology in Education (i-CITE 2018) that was held at Hotel Le Grandeur Palm Resort, Johor, Malaysia on 24th – 25th July 2018, I was given a chance to conduct a workshop to the participants of the conference. The workshop focused on the process of developing higher order thinking skills (HOTS) items according to Lembaga Peperiksaan Malaysia. The development is based on the revised version of Bloom Taxonomy (Anderson & Krathwohl, 2001). Workshop participants had also been exposed to the concept of validity and reliability, and difficulty and discrimination index.

Workshop poster

At door of the room where I conducted the workshop

Some photos during my session

 

Citra Karisma:Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya sekali lagi saya dapat menjejakkan kaki di Citra Karisma:Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018. Kali ini saya telah menerima Anugerah Penulis Dalam Jurnal Berindeks. Secara peribadi, ini merupakan kali ketiga saya berada di Citra Karisma. Kali pertama pada tahun 2010, dan kali kedua pada tahun 2016 yang mana dalam kedua-dua majlis tersebut, saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Alhamdulillah

Citra Karisma:Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018

Anugerah Penulis Dalam Jurnal Berindeks

Bersama AP Dr. Mahani dan Dr. Nor Hasniza

Kenangan di Citra Karisma 2010 dan Citra Karisma 2016

5th International Education Postgraduate Seminar (IEPS)

Salah satu istimewanya bergelar pelajar pasca siswazah di Sekolah Pendidikan (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pendidikan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah anda dapat menganjurkan dan membentangkan kertas persidangan di International Education Postgraduate Seminar (IEPS) yang diadakan setiap tahun. Menariknya, persidangan ini dirancang dan digerakkan oleh mahasiswa sendiri dan para pensyarah bertindak sebagai penasihat. Persidangan ini telah menjadi platform kepada mahasiswa untuk membentangkan hasil kajian mereka tidak kiralah sama ada di peringkat awal, pertengahan mahupun di fasa akhir kepada peserta-peserta lain yang kebiasaannya di dalam bidang yang sama serta menerbitkan hasil tulisan mereka dalam jurnal berindeks dan tidak berindeks. Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini dapat memupuk pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa seperti semangat kerja berpasukan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan banyak lagi. Hal ini sejajar dengan objektif Bidang Tujahan Utama yang pertama dalam Pelan Global UTM 2018-2020 iaitu untuk mentransformasikan pengalaman kampus secara menyeluruh khususnya dalam aspek kemahiran insaniah mahasiswa. Tahun ini merupakan edisi ke-5 pengajuran persidangan ini dan ayuh, sama-sama kita sertai!!

Tema-tema persidangan:

1st International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Innovation, Issues and Challenges for Educational Sustainability”

2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Inspiring Young Researchers”

3rd International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Embracing 21st Century Education”

4th International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Issues and Challenges in the 21st Century Learning”

5th International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Education in the 4th Industrial Revolution Era”

1st International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Innovation, Issues and Challenges for Educational Sustainability”

2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS) “Inspiring Young Researchers”

3rd International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Embracing 21st Century Education”

4th International Education Postgraduate Seminar (IEPS) “Issues and Challenges in the 21st Century Learning”

5th International Education Postgraduate Seminar (IEPS)
“Education in the 4th Industrial Revolution Era”

Knowledge Sharing on Mathematics Education Research and Publication at Two Cities in Sumatra, Indonesia

I was invited as a speaker at two international conferences conducted at two cities in Sumatra Indonesia recently. The first conference was the 6th South East Asia Design Research International Conference (6th SEA-DR) which was held in Banda Aceh, Sumatra, Indonesia from 27 to 28 June 2018. The conference was organised by Faculty of Teacher Training and Education, Syiah Kuala University with the theme “Inspiring Students to Learn: Fostering Innovative Teaching and Learning of Mathematics, Science and Technology”. I delivered a talk on how to publish articles in international journals in the field of social sciences. As a former a Research Manager who was responsible in coordinating research and publication aspects among academic staffs and students, I had the opportunity to share insights about various aspects on publication such as types of publication, structures of an article, list of potential international good journals and many more. The second conference I attended was the 2nd International Conference on Mathematics and Mathematics Education 2018 (ICM2E) which was held in Padang, West Sumatra, Indonesia on 30th June 2018. The conference was organised by Faculty of Education, Universitas Negeri Padang. With the theme “The Future Trends of Research in Mathematics and Mathematics Education”, I delivered a keynote entitled “The Trend of Research in Mathematics Education in Malaysia”. The presentation covered specifically current issues on research in mathematics education such as Higher Order Thinking Skills (HOTS) and Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) in Malaysia. It is hoped that my participation in these conferences can further strengthen cooperation between UTM and Indonesian universities.

with some of the participants at the 6th South East Asia Design Research International Conference (6th SEA-DR), Banda Aceh, Indonesia

I was delivering a keynote at the 2nd International Conference on Mathematics and Mathematics Education 2018 (ICM2E), Padang, Indonesia

with the participants at the the 2nd International Conference on Mathematics and Mathematics Education 2018 (ICM2E), Padang, Indonesia

UTM News

Senarai Terkini Jurnal Yang Diindeks Dalam Scopus Dalam Bidang Sains Sosial dan Pendidikan

Salam semua,

Di sini dikongsikan senarai jurnal dalam bidang sains sosial dan pendidikan yang diindeks dalam pengkalan data Scopus.

Pendidikan

Education- Page 1

Education- Page 2

Education- Page 3

Education- Page 4

Education- Page 5

Psikologi

Psychology- Page 1

Psychology- Page 2

Psychology- Page 3

Psychology- Page 4

Psychology- Page 5

Religious Studies

Religious Studies – Page 1

Religious Studies – Page 2

Religious Studies – Page 3

Language

Language – Page 1

Language – Page 2

Language – Page 3

Language – Page 4

Semua maklumat ini saya ekstrak daripada pengkalan data Scopus.

Terima kasih

Senarai Jurnal Dalam Bidang Sains Sosial dan Pendidikan Yang Diindeks Dalam ISI 2018

 

Salam semua,

Di sini dikongsikan senarai jurnal dalam bidang sains sosial yang diindeks dalam pengkalan data ISI (Web of Science).

ISI Journals in Social Science Field 2018

Berikut pula senarai jurnal dalam bidang pendidikan yang dibahagikan kepada dua iaitu

Pendidikan dan Kajian Pendidikan

ISI Journals in Education & Educational Research Field 2018

dan, Pendidikan Khas

ISI Journals in Special Education Field 2018

Selain itu, dikongsikan juga senarai senarai jurnal dalam bidang pendidikan yang berada dalam kategori Emerging Sources Citation Index.

Pendidikan dan Kajian Pendidikan

Emerging Sources Citation Index – EDUCATION & EDUCATIONAL RESEARCH

dan, Pendidikan Mengikut Bidang (contohnya, pendidikan matematik, dan sebagainya)

Emerging Sources Citation Index – EDUCATION, SCIENTIFIC DISCIPLINES

Semua maklumat ini saya ekstrak daripada laman web Clarivate Analytics- Master Journal List

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Aku manusia biasa
Tidak sesempurna Nabi yang mulia
Tidak seagung raja yang berkuasa
Tidak sehebat tokoh yang berjasa
Namun aku masih boleh berbangga
Apa kucapai hasil keringat usaha

Aku pemuda biasa
Yang tidak punya apa istimewa
Yang tidak punya harta berjuta
Yang masih belajar mengenal dunia
Namun aku berdoa agar dilimpahi tenaga
Untuk dikekalkan semangat terus berjaya

Aku insan biasa
Yang tak terlepas dari melakukan dosa
Yang tak mampu bertahan dari nafsu membara
Yang tak terlawan dari hasutan syaitan durjana
Namun aku cuba sedaya upaya
Untuk menangkis godaan yang ada

Aku hamba biasa
Makhluk tuhan yang Esa
Yang banyak cacat dan cela
Yang hidupnya banyak sengketa
Namun aku tetap bersyukur kehadratNya
Dengan segala apa yang dikurnia

Dan
Kerna aku hanya manusia, pemuda, insan dan hamba biasa yang serba kekurangan
Izikan aku mengambil kesempatan
Sempena menjelangnya hari lebaran
Yang kita nantikan penuh kesabaran
Andai bicara pernah menyinggung perasaan
Sepuluh jari aku hulurkan
Andai tindakan pernah kurang menyenangkan
Aku mengharap sejuta kemaafan
Andai pernah terminum dan termakan
Aku pohon minta dihalalkan

Kita hidup hanya sementara
Manalah tahu esok atau lusa
Nyawa dicabut untuk selamanya
Andai ada dendam di dada
Mohon maaf ikhlas dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia
Dariku, Abdul Halim Abdullah buat saudara-mara dan kenalan yang diingati semua.