Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 dalam bidang pendidikan secara umum
SOCIAL SCIENCES CITATION INDEX-EDUCATION
Berikut pula pautan untuk senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 untuk bidang pendidikan khas
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 dalam bidang pendidikan secara umum
SOCIAL SCIENCES CITATION INDEX-EDUCATION
Berikut pula pautan untuk senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 untuk bidang pendidikan khas
Pada 22 hingga 25 September 2019 yang lalu, saya telah dijemput untuk menyampaikan kuliah tamu di Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Surabaya dan Malang. Saya bersama seorang lagi pensyarah dari Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Norasykin Mohd Zaid telah berlepas ke Surabaya dari Johor Bahru. Mujur ada penerbangan terus dari Johor Bahru ke Surabaya. Jadi saya tidak perlu transit di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum ke Surabaya. Penerbangan mengambil masa selama dua jam setengah. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, kami dijemput oleh dosen (pensyarah) iaitu Pak Syaiful, Pak Hendro dan Pak Edi. Perjalanan dari Surabaya ke Malang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dengan jarak kira-kira sejauh 100km. Kota Malang juga mempunyai lapangan terbang yang kecil dengan bilangan penerbangan yang sangat terhad iaitu hanya dua kali penerbangan dari Jakarta. Jadi cara yang paling mudah ialah turun di Surabaya dan menaiki pengangkutan darat untuk ke Malang. Tambahan pula lebuhraya yang baru disiapkan oleh pemerintah Indonesia memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan. Sebelum dihantar ke hotel, saya dijamu makan malam di salah sebuah restoran ikan bakar di kota Malang. Hari kedua saya di Universitas Negeri Malang dimulakan dengan pertemuan bersama bapak dekan Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA). Hampir setengah jam bersama bapak dekan, saya mengadakan pertemuan bersama ketua jabatan pendidikan matematik UM. Saya kemudiannya bertemu dengan kumpulan penyelidikan geran kolaborasi antara UTM yang diwakili oleh saya dan UM. Hampir satu jam perbincangan, saya ke dewan kuliah untuk mengikuti kuliah tamu yang disampaikan oleh Dr. Norasykin yang bertajuk trend dalam penyelidikan matematik dalam bidang ICT. Kuliah tamu beliau mengambil masa selama kira-kira dua jam. Setelah berakhirnya kuliah tamu Dr. Norasykin, kami dijamu dengan makanan di dalam kotak yang bagi saya merupakan satu pengalaman yang sangat unik dan menarik. Usai solat, saya bersama Dr. Norasykin dibawa berjalan-jalan di Kampung Warna-Warni yang terletak di tengah-tengah kota Malang. Saya sangat teruja melihat keindahan dan keunikan kampung tersebut. Saya juga berasa kagum melihat penduduk tempatan tinggal di dalam rumah-rumah kecil dan melihatkan kesemuanya dinding rumah tersebut dicat dengan warna yang pelbagai. Hampir satu jam meluangkan masa di Kampung Warna-Warni, saya pulang ke hotel untuk menyiapkan slaid pembentangan kuliah tamu saya. Hari ketiga merupakan hari untuk saya menyampaikan kuliah tamu. Pada sebelah pagi, saya sekali lagi terlibat dalam focus group dalam penyelidikan yang bertajuk “Keterampilan High Order Thinking Matematika Siswa Kelas VII di Malang Berdasarkan Varian Sekolah” selama hampir satu jam. Pada sebelah petang, saya menyampaikan kuliah tamu untuk dua topik yang diberikan yang bertajuk “Seputar Higher Order Thinking Skills” dan “Penulisan Artikel Dalam Jurnal Terindeks”. Saya menyampaikan kuliah tamu selama hampir tiga jam di samping membuka sesi soal jawab bersama para dosen dan mahasiswa. Walaupun agak penat bercakap dan berdiri di hadapan dewan kuliah yang besar selama hampir tiga jam, namun saya berasa seronok dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Chollis, Pak Hendro, Pak Syaiful, Pak Edi, Heri (pelajar Phd) dan seluruh warga FMIPA Universitas Negeri Malang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya dan Dr. Norasykin sepanjang kami berada di Kota Malang.
Jalan-jalan ke Kota Malang,
Malam harinya melihat bulan,
Kenangan manis akan ku kenang,
Ketemu lagi di masa hadapan.
Alhamdulillah, saya telah terpilih dalam program UTMSHINE Batch 5 yang menawarkan geran penyelidikan berjumlah RM40,000.00. Terima kasih ya Allah.
Kedudukan institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia berdasarkan kepada World University Rankings 2020-Times Higher Education (THE). Untuk kedudukan (3) hingga (8), (9) dan (10) serta (11) hingga (13), ianya disusun berdasarkan susunan abjad (alphabetical order). Untuk kedudukan-kedudukan tersebut, ia tidak bermakna universiti A lebih baik dari universiti B disebabkan universiti A berada di atas universiti B. Ia disebabkan universiti A diletakkan di atas universiti B berdasarkan susunan abjad. Dalam ranking 2020 ini menyaksikan kemasukan dua lagi universiti di Malaysia menjadikan keseluruhan 13 universiti berbanding hanya 11 universiti berada dalam ranking THE 2019. Dua universiti berkenaan ialah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Multimedia University (MMU). Maklumat lanjut, bolehlah layari pautan berikut https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2020/world-ranking#!/page/0/length/25/sort_by/rank/sort_order/asc/cols/stats
Saya ambil artikel ini dan ubah suai daripada akhbar Berita Harian bertarikh 6 September 2019 m/s:60. Berikut merupakan tips panduan melancong ke luar negara.
Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-catatan-di-gwangju-bandaraya-di-barat-daya-korea-selatan-dengan-keunikan-tersendiri/
Pada hujung minggu ketiga saya di Gwangju, saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Stadium Piala Dunia 2002 dan Culture and Art Center. Kedudukan stadium ini agak jauh dari pusat bandar dan saya menaiki bas henti-henti untuk ke sana. Stadium Piala Dunia Gwangju merupakan salah satu simbol utama bandaraya Gwangju. Apabila diterangi dengan lampu limpah, stadium itu kelihatan seperti kubah bercahaya. Siling dan tiang berbentuk ‘Y’ besar membentuk perkataan ‘Go’, iaitu alat yang digunakan dalam permainan tradisional dari Gwangju, Gossaumnori. Dari aspek binaannya, tempat duduk penonton direkabentuk berdasarkan permainan tradisional rakyat Korea yang dikenali sebagai “kossaum nori”, manakala bumbung melengkung menggambarkan Gunung Mudeung yang sangat terkenal di Gwangju. Stadium yang dibuka secara rasmi pada 13 November 2001 ini boleh memuatkan lebih kurang 40,000 penonton pada satu-satu masa. Stadium ini juga dikenali sebagai ‘Stadium Guus Hiddink’ dalam kalangan masyarakat setempat. Stadium itu dinamakan ‘Stadium Guus Hiddink’ sebagai menghormati jurulatih yang bernama Guus Hiddink yang merupakan jurulatih lagenda bagi pasukan bola sepak kebangsaan Korea selatan. Ini kerana pada Piala Dunia 2002, Guus Hiddink membantu pasukan Korea Selatan menewaskan Sepanyol pada peringkat suku akhir sekaligus mara ke peringkat separuh akhir untuk kali pertama dalam sejarah penglibatan Korea Selatan dalam Piala Dunia. Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Piala Dunia Gwangju. Selain itu, semasa Piala Dunia 2002, stadium ini juga menjadi stadium untuk perlawanan-perlawanan yang melibatkan negara China, Costa Rica, Korea, Slovenia dan Sepanyol. Stadium ini juga merupakan stadium rasmi pasukan Gwangju FC dari Liga Bola Sepak Profesional Korea (Liga K). Destinasi terakhir saya pada hujung minggu ketiga ialah Gwangju Culture & Art Centre. Ia merupakan pusat di mana terletaknya bahan pameran dan persembahan yang mewakili dari zaman purba hingga era moden. Pusat ini merupakan kompleks persembahan seni, termasuklah opera, balet, tarian moden, teater dan opera tradisional Korea.
Pengalaman tiga hujung minggu berturut-turut di kota Gwangju menjadikan saya lebih memahami sedikit sebanyak tempat-tempat menarik di Gwangju di samping lebih mengenali masyarakat setempat di kota tersebut.
Tamat
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks ERA 2018 melalui pautan berikut:
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks Scopus sehingga April 2019 melalui pautan berikut:
Salam semua,
Baru-baru ini, saya telah menginstall aplikasi Jetpack ke blog saya. Sebelum ini saya hanya menggunakan plug-in Flag Counter seperti berikut yang tertera di blog saya. Walau bagaimanapun, plug-in tersebut hanya memaparkan bilangan pengunjung yang melayari blog saya.
Namun, dengan menginstall plug-in Jetpack, maklumat lanjut mengenai pengunjung dapat saya ketahui seperti berikut:
*sila klik pada rajah untuk paparan yang lebih jelas
*sila klik pada rajah untuk paparan yang lebih jelas
*sila klik pada rajah untuk paparan yang lebih jelas
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) khususnya Sekolah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan dua persidangan antarabangsa pada tahun 2019 ini. Pertama ialah 6th International Social Sciences Postgraduates Conference (ISPC). Ia merupakan kesinambungan persidangan International Education Postgraduate Seminar (IEPS) pada tahun-tahun lepas (baca https://people.utm.my/halim/5th-international-education-postgraduate-seminar-ieps/). Ia diubah nama kepada ISPC berikutan penggabungan beberapa fakulti/akademi bersifat sains sosial kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Laman web persidangan boleh dilayari melalui pautan berikut https://humanities.utm.my/pgssfssh/
Persidangan kedua ialah 3rd International Conference on Educational Studies (2019 ICES). Kedua-dua persidangan ini menawarkan peluang untuk penerbitan artikel dalam jurnal-jurnal berindeks. Laman web persidangan boleh dilayari melalui pautan berikut https://humanities.utm.my/ices2019/
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
We are listed among the best Education subject in the world, as reported in the Global Ranking of Academic Subjects (GRAS), Times Higher Education (THE) World University Rankings, and QS World University Rankings. So, what are you waiting for? Join us for the next intake!
Copyright © 2024 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in