Sempena menjelang tahun baru, azamku…
….. ingin menjadi seperti gunung. Tidak peduli apa yang diperkatakan orang kepadaku, tetapi berdiri dengan bangga dan berpegang teguh dan terus menjadi diri sendiri. Sepanjang mendaki, pastinya laluan berliku perlu ditempuhi, namun kepuasan menyerlah tatkala menjejak ke puncak.
Kendatipun, aku ingin menjadi seperti padi. Sejuk mata memandang dek kehijauannya. Di sebalik keindahannya, terkandung di dalamnya penuh isi, namun tetaplah menunduk dan merendah diri.
Selamat Datang 2024!
Speak Your Mind