Monthly Archives: November 2016

INTAN RESEARCH FAIR (IRF 2016)

Dipanjangkan pemakluman berkaitan program anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang akan mengadakan INTAN Research Fair (IRF 2016) seperti butiran berikut :

 

Tarikh : 28 November 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Auditorium INTAN Bukit Kiara
,
Dewan Kasturi & Bilik Zamrud (Blok B)
INTAN Bukit Kiara

 

Program terbuka untuk semua penjawat awam, para penyelidik dan orang ramai. Atur cara program boleh didapati melalui pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/0B6koje207a7eNy1ZRWVPNW9HZzg?usp=sharing

 

Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

ANIS ROHAYU REMLI

Penolong Pengarah

Unit Korporat dan Antarabangsa

INTAN Bukit Kiara

Tel               : 03-2084 7783

Faks             : 03-2095 4299

Tel. Bimbit     : 019-312 4858

E-mel            : anisrohayu@intanbk.intan.my

 

Google’s prototype machine learning software lets you enhance low-res photos

This article is obtained from here.

by Nov 16, 2016

 

Pulling up a low-quality image and telling the computer to “enhance” the resolution has long been the stuff of TV fantasy. But, thanks to machine learning, we are actually getting much better at zooming into a photo without losing picture quality. This week, Google unveiled prototype software that does exactly this that it calls RAISR, or Rapid and Accurate Image Super-Resolution.

In essence, RAISR is similar to current methods of upsampling — the process of turning a small image into a larger one by inserting new pixels into it. But while traditional upsampling methods make these images bigger by filling in new pixel values using fixed rules, RAISR adapts its methods to the type of image its looking at. The software pays particular attention to what are called “edge features” — i.e., parts of an image where the brightness or color gradient differs quickly, and which usually indicates the edge of an object. This adaptive upsampling means the resulting, zoomed images are less blurry.

In the composite image from Google below, the top section is the original, low-res picture, and the bottom is the RAISR-enhanced version. (In the image at the top of this article the original is on the left, and the RAISR version is on the right).

4

Now compare that to the composite image below, which shows the low-res image on the left, and the traditionally upsampled version on the right. The resulting image is less pixellated, but its edges seem blurred and out of focus:

1

Google isn’t the only company working on this tech, and earlier this year, Twitter bought a startup named Magic Pony that does the same sort of smart upsampling, but with video — a much harder task considering how many frames need to be quickly processed. In the future, it seems low-resolution imagery is going to become much less common, with machine learning deployed to fill in the gaps.

HBP 2016 Booth PKU ( Pemeriksaan Darah untuk Kolestrol dan Gula)

Assalammualaikum, merujuk perkara  di atas,
2. Bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan UTM Kuala Lumpur 2016 yang akan diadakan pada 23/11/2016 nanti, Pusat Kesihatan Universiti akan bekerjasama dengan Makmal Gribbles untuk pemeriksaan Glukose dan Kolestrol. Hanya 50 peserta pertama sahaja yang akan diterima.
3. Berhubung perkara di atas, sasaran kami adalah mereka yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit berkenaan kolestrol dan diabetes. Peserta yang ingin menyertai  dinasihatkan  untuk  berpuasa bermula pukul 10 mlm 22/10/16.
4. Disamping itu booth Pusat Kesihatan Universiti juga ada menyediakan Pemeriksaan Berat Badan Ideal (BMI), Pemeriksaan Tekanan Darah dan Kaunseling Kesihatan.
Sekian, terima kasih.

Capaian ke elearning.utm.my menrusi Portal MyUTM

Assalamualaikum wrmt wbrt dan Salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya /  Dr. / Saudara, 

 

Berdasarkan kepada Pekeliling CICT Bil. 1/2016 (Penggunaan MyUTM sebagai Portal Rasmi Mahasiswa UTM), maka mulai 18 November 2016, semua capaian ke elearning.utm.my haruslah menerusi Portal Rasmi tersebut.

2. Semua pensyarah dan pelajar boleh akses ke eLearning@UTM menerusi link berikut http://my.utm.my. Sebarang masalah capaian di laman ini boleh hubungi aduit@utm.my atau 07-5532136 untuk bantuan lanjut.
unnamed

Keputusan Permohonan Biasiswa MyBrain 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi menerusi laman web rasminya telah memaklumkan status permohonan biasiswa Zamalah bagi tahun 2016 menerusi pautan ini:

https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/

Mohon kerjasama dari penyelia mewar-warkan perkara ini kepada pelajar penyeliaan yang telah membuat permohonan.
Assoc. Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim, MMIM, MIMM,
Academic Manager Research & Scholarship
School of Graduate Studies

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru ,

Malaysia

Office: +607 5537782|Mobile: +6012 7972218|Fax: +607 5610099

Primary Email: m-hazarina@utm.my

Secondary Email: noorhazarina@gmail.com

Site: http://www.management.utm.my/staff/userprofile/hazarina.html

JEMPUTAN: HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP) UTM KUALA LUMPUR 2016

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UTMKL dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan Hari Bersama Pelanggan (HBP) UTM Kuala Lumpur 2016pada ketetapan berikut:

        Tarikh    : 23 November 2016 (Rabu)

        Masa     : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

        Tempat  : Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTMKL

        Perasmi : YBhg. Prof. Dr. Azlan bin Abdul Rahman, TNC (Pembangunan)

3.      Sehubungan dengan itu seluruh warga kampus UTMKL adalah dijemput hadir ke program HBP UTMKL 2016. Terdapat lebih daripada 30 kaunter perkhidmatan pelbagai PTJ boleh tuan/puan kunjungi disamping gerai-gerai yang menjual pelbagai produk seperti demonstrasi masakan, pakaian, makanan, produk kesihatan, produk IKS dan sebagainya. Selain itu, agensi Kerajaan seperti JPJ, PPZ, PTPTN, Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). dan bank juga ada membuka kaunter perkhidmatan mereka.

4.      Hadiah-hadiah menarik juga bakal menanti pengunjung yang bertuah dalam siri cabutan nombor bertuah yang akan dibuat pada jam 11.00 pagi semasa majlis perasmian (pusingan pertama) dan 2.30 petang (pusingan ke-2).

5.      Marilah beramai-ramai berkunjung ke HBP UTMKL 2016, “Perkhidmatan Cemerlang, Pelanggan Girang”. 

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

MOHD NAJIB BIN MASROOM

Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)

Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

Office: 03-2615 4916 I Fax: 03-2693 4344

Primary Email: mohdnajib.kl@utm.my I Secondary Email: jfg1816@gmail.com I Site: http://registrar.utm.my/kualalumpur

UTM Library Kuala Lumpur Open Day 2016 Invitation

Assalamualaikum and Dear all,
unnamed
UTM Library Kuala Lumpur  cordially invites all staff and students to our Open Day, which will be held as follows:
Date :      23 November 2016 (Wednesday)
Time :     9.00 am- 4.00 pm
Venue:    Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur  

Services provided including :
  • New membership registration
  • Registration for Friends of UTM Library
  • Turnitin registration and tutorial
  • Library account updates
  • Finding your H-Index and others
There will be goodies and gifts to be won for quiz participation. 
If you have any used or new books to donate, kindly drop the books at our Book Donation Box. 
Do save the date and join us there.

CAR FREE DAY UTM 2016

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari

Greetings,
Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Saudara,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia akan melaksanakan Car Free Day Peringkat UTM dan bakal bermula pada 5 Disember 2016. Pihak sekretariat, UTM Campus Sustainability (UTMCS) bersama penganjur bersama yang lain mengesyorkan supaya kaedah yang bakal dilaksanakan akan memberikan sedikit transformasi misi ke arah “Kampus Rendah Karbon” (Low Carbon Campus) yang bakal mengubah sedikit demi sedikit mentaliti dan keprihatinan warga kampus.

Mungkin agak klise dan mewujudkan persepsi negatif di kalangan semua warga kampus. Bagaimanapun, penambahbaikan dan perubahan positif akan tetap dilaksanakan selaras dengan usaha UTM untuk memacu kampus berinisiatif global dan dikenali sebagai pusat rujukan Kampus Hijau dan Lestari. Matlamat utama ialah membina mentaliti kelas pertama dan meningkat infra “green and sustainable” secara berperingkat. Pelbagai cadangan dan saranan baru telah dimasukkan dalam aktiviti kalendar UTM Campus Sustainabilitysehingga kini. Dan, perlaksanaan salah satu program seperti ini akan memberikan lebih ruang kepada UTM untuk penambahbaikan inisiatif tersebut.

Pihak kami menjangka inisiatif ini akan memberikan pelbagai impak terutama dalam koordinasi PTJ, makluman dan hebahan umum, kaedah perlaksanaan dan seterusnya mengekalkan momentum ini nanti. Terdapat beberapa lagi inisiatif keperluan “green and sustainable” ini pada masa akan datang. InsyaAllah, pihak kami akan terus ke hadapan dan memerlukan sokongan semua warga kampus sama ada Fakulti/Pejabat/Bahagian/Unit untuk sama-sama menyokong inisiatif seperti ini.

Mungkin terdapat masalah-masalah yang akan berlaku dan pihak sekretariat akan menambahbaik pada masa akan datang. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penganjur bersama untuk program “Car Free Day” Peringkat UTM ini. Semoga kita semua dibekalkan kekuatan dan keberkatan di atas usaha yang murni ini.

Sekian. Kami Prihatin.

Terima Kasih.
Yang Benar,
Pengarah
UTM Campus Sustainability
Universiti Teknologi Malaysia

PENANGGUHAN PROGRAM TAKLIMAT EKSA

PENANGGUHAN PROGRAM Taklimat ekosistem kondusif sektor awam (EKSA)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa taklimat EKSA yang dijadualkan 22 November 2016 DITANGGUHKAN sehingga tarikh yang akan diberitahu kerana pihak penceramah tidak dapat menghadirkan diri disebabkan terlibat dengan tugasan yang tidak dapat dielakkan.

Pihak PIUTMKL  memohon maaf di atas kesulitan ini.
 
Sekian, terima kasih.